omniture

Handheld Lancar NAUTIZ X9 PDA Android Luar yang Tahan Lasak

Handheld Group
2018-01-10 15:30 388

LIDKÖPING, Sweden, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan NAUTIZ X9 baharu: sebuah peranti pegang perusahaan ultra lasak yang dibina untuk kerja lapangan dalam persekitaran luar atau perindustrian yang paling mencabar.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8155251-handheld-launches-nautiz-x9-rugged-pda/

generated by system

Nautiz X9 Android peranti pegang baharu ini disasarkan untuk aplikasi perindustrian dan lapangan di mana kebolehpercayaan merupakan perkara yang sangat kritikal dan ketahanan adalah kuncinya. Menawarkan ciri-ciri lengkap dan unik, Nautiz X9 yang tahan lasak sepenuhnya ini boleh digunakan sebagai komputer mudah alih, pengumpul data atau pengawal medan.

Nautiz X9 yang tahan lasak sepenuhnya menawarkan:

  • Pemproses quad-teras dan Sistem Pengendalian Android 7 (Nougat) yang mudah digunakan.
  • Standard keupayaan GPS/GLONASS.
  • Pilihan pengimejan 2D berkelajuan tinggi dan berkualiti tinggi.
  • Kamera dua hala termasuk 13 megapiksel kamera belakang dengan autofokus dan denyar, dan 2 megapiksel kamera hadapan.
  • Fungsi telefon Android 4G/LTE.
  • Google GMS untuk navigasi Google Maps dan akses aplikasi Play Store.
  • Paparan kapasitif 5-inci yang membolehkan pembacaan pada suasana sinaran matahari menawarkan sensitiviti berbilang sentuhan.
  • Penarafan ketahanan IP67 bagi prestasi kalis air dan debu.

Nautiz X9 direka untuk digunakan di persekitaran luar dan perindustrian yang paling mencabar. PDA tahan lasak ini telah diuji MIL-STD 810G bagi jatuhan, getaran, kelembapan, suhu melampau dan ketinggian yang berbeza-beza. Peranti terbaru Handheld mempunyai pemproses 1.3 GHz yang berkelajuan tinggi dengan RAM sebanyak 2 GB dan Memori Kilat sebanyak 16 GB. Bateri 4800 mAhnya pula boleh digunakan untuk satu syif penuh, walaupun digunakan sepenuhnya.

"Penambahan Nautiz X9 ke dalam rangkaian produk kami mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan peranti lapangan yang benar-benar tahan lasak ke dalam pasaran," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld Group. "Nautiz X9 juga memperluaskan tawaran produk Android kami yang semakin meningkat permintaannya. Pensijilan GMS merupakan ciri tambahan yang tidak selalunya disertakan dalam peranti perusahaan, tetapi telah terbukti berharga bagi pelanggan kami, memberikan mereka akses ke suit penuh aplikasi Google. Kebolehpercayaan dan ketahanan Nautiz X9 akan memberikan nilai yang besar kepada pengguna di seluruh dunia."

Nautiz X9 ialah sebahagian daripada rangkaian peranti pegang Nautiz yang tahan lasak. Saksikannya di pameran perdagangan kami yang akan datang, bermula dengan InfraTech, Geospatial World Forum dan Intersec.

Webinar pengenalan 

Sertai webinar percuma yang memberikan pengenalan yang  mendalam tentang Nautiz X9. Daftarlah untuk hadir pada masa yang sesuai bagi anda.

Ketersediaan 

Pesanan Nautiz X9 boleh dibuat segera untuk penghantaran pada bulan Januari.

Pautan berguna 

Spesifikasi produk NAUTIZ X9

Imej Akhbar

Video Produk

Webinar pengenalan produk

Rangkaian produk Handheld

Apa itu tahan lasak?

Tweet' berita ini:  

Handheld lancarkan NAUTIZ X9 serba baharu, PDA Android perusahaan  yang ultra lasak

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar dan pembekal global komputer, peranti pegang dan tablet mudah alih yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group, beribu pejabat di Sweden, memiliki anak syarikat di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Ketahui lebih lanjut di http://www.handheldgroup.com.

 

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services