omniture

UnionPay International Percepat Penerimaan Dalam Talian di Malaysia

Perkongsian strategik dengan iPay88 akan membolehkan pengalaman pembayaran digital yang cepat, mudah dan selamat untuk Pemegang Kad UnionPay dan e-peruncit.
UnionPay International
2018-01-10 18:25 278

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- UnionPay International mengumumkan perkongsian dengan iPay88, penyedia gerbang pembayaran dalam talian terbesar di Malaysia untuk memperluas penerimaan dalam taliannya. Kini, lebih daripada 50 laman sesawang e-dagang Malaysia telah diaktifkan dengan penerimaan UnionPay. Secara progresif, para pengguna akan boleh menikmati pengalaman bayaran yang selamat dan lancar dengan Kad UnionPay di lebih 70% laman sesawang e-dagang Malaysia.

Di ASEAN, Malaysia ialah salah sebuah pasaran dalam talian yang paling pesat  berkembang dengan penembusan pembeli dalam talian tertinggi (67% dalam talian Malaysia), diikuti oleh Thailand (57%) dan Singapura (52%)[1]. Statistik daripada iPay88 mendedahkan bahawa jumlah transaksi dalam talian yang dibuat di Malaysia meningkat sebanyak 161 peratus dalam tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya. Ini merupakan lonjakan yang mengagumkan daripada 14.6 juta transaksi dalam tahun 2015 kepada 38.2 juta dalam tahun 2016.

"Memandangkan penembusan industri telefon pintar dan e-dagang di Malaysia terus bertumbuh, UnionPay bertekad untuk menyediakan transaksi dalam talian yang jauh lebih mudah untuk pedagang dan pengguna. Perkongsian dengan iPay88 ini membolehkan kami untuk memanfaatkan kehadiran mereka yang mantap dalam penyelesaian pemerolehan bayaran dalam talian tempatan untuk memberikan kemudahan e-bayaran kepada Pemegang Kad UnionPay." kata En Wenhui Yang, Pengurus Besar Asia Tenggara, UnionPay International.

"iPay88 terus berusaha untuk menawarkan senarai kaedah bayaran paling menyeluruh untuk membantu ekosistem perdagangan di Malaysia dan di seluruh rantau. Kami bangga dan gembira kerana para pedagang kini boleh menerima bayaran daripada pemegang kad UnionPay. Ini akan ditawarkan sebagai ciri tambah nilai kepada semua pedagang iPay88 dan mereka yang berada dalam industri yang berkaitan dengan perjalanan akan mendapat lebih manfaat." kata En Lim Kok Hing, Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif iPay88.

Di Malaysia, UnionPay International bekerjasama dengan Bank of China, Industrial & Commercial Bank of China, dan Public Bank untuk menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan pembayaran. Kad Debit Public Bank UnionPay diaktifkan untuk kegunaan dalam talian. Para pengguna voleh menjangkakan pelbagai promosi dalam talian dengan Kad UnionPay, termasuk 10% potongan bagi tempahan hotel melalui Expedia[2] dan 10% potongan tambang asas sebagai tambahan kepada semua promosi AirAsia yang sedang berlangsung[3].

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay, rangkaian pembayaran global yang memberikan perkhidmatan kepada kumpulan Pemegang Kad terbesar dunia. Dengan lebih 6.3 bilion kad UnionPay yang dikeluarkan di 162 negara dan rantau, lebih 45 juta pedagang dan 2.55 juta ATM menerima kad kami di seluruh dunia, UnionPay kini merupakan salah sebuah rangkaian pembayaran yang berkembang pesat di dunia. Di Asia Tenggara, UnionPay telah membolehkan ATM, penerimaan POS dan pengeluaran kad di semua 10 negara.

Sebagai sebuah syarikat dengan rangkaian penerimaan global dan jaringan luas perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia, UnionPay bertekad untuk menyediakan akses kepada nilai dan penyelesaian pembayaran selamat yang disesuaikan kepada keperluan pasaran tempatan, untuk membolehkan pilihan dan kemudahan pembayaran bagi pengguna dan perniagaan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.unionpayintl.com.

Latar Belakang iPay88 Sdn Bhd

iPay88 Sdn Bhd ialah sebuah syarikat bayaran terkemuka di ASEAN. Sejak tahun 2006, iPay88 telah berjaya menyediakan perkhidmatan e-dagang dan pembayaran dalam talian kepada lebih daripada 12,000 pedagang di seluruh rantau dan dunia. Pada tahun 2015, NTT DATA, sebuah syarikat penyepaduan sistem Jepun memperoleh iPay88. Sebagai salah satu daripada penginovasi global, NTT DATA sentiasa berusaha untuk mewujudkan rangka kerja yang membolehkannya menyediakan pelbagai perkhidmatan di seluruh dunia, dan menyokong keperluan penggunanya. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, iPay88 mempunyai kehadiran di Malaysia, Filipina, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand, Vietnam dan terkini di Bangladesh. iPay88 kini melibatkan lebih daripada 200 profesional di semua pejabatnya. Disokong oleh perkongsian yang kukuh di lebih 100 institusi kewangan tempatan dan antarabangsa, penyelesaian pembayaran tercanggih kami telah membantu dan membina ribuan usahawan berjaya dalam ruang e-dagang dan m-dagang.

[1] http://www.thesundaily.my/news/2151542
[2] https://www.expedia.com.sg/g/pt/ms-other-unionpay
[3] https://www.airasia.com/my/en/promotion/get-5-percent-discount-on-top-of-all-airasia-promotions-with-unionpay-card.page

Hubungan Media:

UnionPay International Southeast Asia
Alvin Chia
6563291116
chiayaoqing@unionpayintl.com

iPay88 Sdn Bhd
Calvin Yeap
calvin.yeap@ipay88.com.my

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Corporate Expansion Licensing/marketing agreements