omniture

Stream TV Dan BOE Jalin Kerjasama Bawakan 3D Tanpa Kaca Mata Resolusi Tinggi Dalam Pasaran

Stream TV Networks, Inc.
2018-01-11 16:30 251

PHILADELPHIA, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Stream TV Networks, Inc. dan BOE Technology Group Co., Ltd. dengan sukacitanya mengumumkan jalinan kerjasama antara kedua-duanya untuk menggabungkan panel beresolusi tinggi BOE dengan teknologi 3D Tanpa-Kaca Mata memenangi anugerah Stream TV (@UltraD3). Dengan ukuran saiz panel bermula dengan telefon bimbit kepada monitor komputer peribadi dan televisyen berskrin besar, projek ini akan mendayakan pembangunan peranti dalam seluruh industri elektronik pengguna.

Stream TV ushers in a new era of Glasses-Free 3D, taking full advantage of hi-res panels to create the world’s most immersive viewing experiences for movies, TV, videogames, live sports and more. @UltraD3 #8K #8KTV #CES18
Stream TV ushers in a new era of Glasses-Free 3D, taking full advantage of hi-res panels to create the world’s most immersive viewing experiences for movies, TV, videogames, live sports and more. @UltraD3 #8K #8KTV #CES18

"TV 4K dan monitor komputer peribadi kini ketinggalan zaman apabila panel 8K tiba," kata Mathu Rajan, Ketua Pegawai Eksekutif Stream TV. "Mengusahakan panel resolusi tinggi daripada rakan kongsi seperti BOE membolehkan kami mendapat daya tarikan penting dalam pasaran global." #8K #8KTV

Dikenali secara meluas sebagai teknologi 3D tanpa-kaca mata terbaik di dunia, penyelesaian Ultra-D Stream TV menggunakan optik canggih dan algoritma persembahan yang hebat bagi menghasilkan sudut tontonan 140-darjah yang memberikan semua orang di dalam bilik dengan pengalaman 3D yang segar, jelas, bersemangat dan boleh dilaras tanpa memerlukan kaca mata atau gogal.

"Mata manusia tidak dapat membezakan antara 4K dan 8K pada skrin rata 2D," tambah Rajan. "Tanpa menggunakan panel ketiga, hakikatnya anda mensia-siakan kesemua piksel tersebut. Kami menggunakan piksel tambahan berkenaan bagi tujuan penonjolan dan kedalaman demi mencipta pengalaman imersif yang memberi nilai sebenar kepada pembuat peranti dan pelanggan mereka."

Hasil pertama jalinan kerjasama antara Stream TV dan BOE ialah paparan Ultra-3D Tanpa-Kaca Mata Lite 8K yang akan disediakan hanya melalui temu janji untuk tontonan peribadi di reruai Stream TV dalam Pameran Elektronik Pengguna (@CES #CES2018), Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Tengah #10939. Sila hubungi press@Ultra-D.com untuk butiran lanjut.

LATAR BELAKANG STREAM TV NETWORKS, INC:
Stream TV ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Philadelphia. Teknologi Ultra-D rintisnya ialah satu-satunya penyelesaian 3D tanpa-kaca mata proprietari yang memberikan paparan visual yang memukau serta ciri penukaran kandungan daripada mana-mana sumber 2D atau 3D. www.Ultra-D.com

LATAR BELAKANG BOE:
BOE ialah perintis dalam usaha inovasi dan pembangunan teknologi TFT-LCD dan mengkhusus untuk mempercepatkan kemajuan peranti paparan baharu seperti paparan fleksibel, realiti imbuhan dan realiti maya. BOE bermatlamat untuk mencipta produk yang ringan, tipis, jimat-tenaga dan mesra-pengguna dengan ketelitian warna yang tinggi, imej berdefinisi tinggi dan sudut tontonan yang luas. Ia terus berusaha meningkatkan pengalaman visual untuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, monitor, televisyen dan peranti-peranti lain. http://www.boe.com/en/index/pei.html

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/626823/Stream_TV_Networks.jpg

 

Source: Stream TV Networks, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television New products/services Trade show news