omniture

Feiyu Tech pamerkan penstabil baharunya, Vimble 2, dengan tiang terbina dalam boleh dipanjang untuk telefon pintar pada CES 2018

Feiyu Tech
2018-01-11 17:14 661

LAS VEGAS, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 9 Januari 2018, Feiyu Technology (Feiyutech) melancarkan produk baharu pertamanya untuk tahun ini, Vimble 2 untuk telefon pintar, pada CES 2018.

Penstabil pegang Vimble 2 ini menggabungkan fungsi kayu swafoto dan penstabil gimbal. Mengambil kira bahasa reka bentuk generasi baharu, Vimble 2 diperbuat daripada bahan komposit dengan bentuk ergonomik, yang boleh memperelok pegangan keseluruhan dan pengalaman mengambil gambar. Sambungan besi terbina dalam, yang memberi pertambahan sehingga 5 1/2 inci, menambah jarak dan memberi anda julat gerakan yang lebih lebar untuk tangkapan gambar yang lebih dinamik. Kemudahan menyelaras sudut penggambaran dan mod dengan panel kawalan terbina dalam memberikan anda lebih masa untuk menumpukan perhatian kepada tangkapan gambar anda.

Vimble2 untuk telefon pintar, produk baharu Feiyu Tech
Vimble2 untuk telefon pintar, produk baharu Feiyu Tech

Dengan gabungan algoritma penstabilan baharu dan motor tanpa berus yang dibuat persis, Vimble 2 berupaya untuk memberikan penstabilan imej yang licin dalam semua keadaan. Aplikasi ini menawarkan ciri-ciri baharu seperti menjejak objek, menjejak wajah dan menyunting video, serta menambah baik kefungsian penetapan parameter dan pengemaskinian perisian tegar. Gabungan perkakasan dan perisian menawarkan pengalaman fotografi pintar yang hebat kepada pengguna.

Vimble 2 ialah pilihan sempurna untuk pelancong atau pemilik Blog, dan menjadi peralatan yang sangat berguna bagi sesiapa yang ingin memanfaatkan video telefon pintarnya ke tahap lebih tinggi.

Bukan sahaja bateri dalamannya mampu bertahan berjam-jam, malah anda juga boleh mengecaj telefon pintar anda pada masa yang sama ketika menggunakan port USB dalaman yang telah dibina bersekali dalam pemegang.

Dengan pelbagai pilihan warna, Vimble 2 diperbuat supaya mudah digunakan dan sedap dipandang. Beberapa aksesori baharu daripada Feiyu Technology juga telah dilancarkan, seperti tripod boleh lipat, peranti selang masa bermotor, pengecaj pod dll.

Sebagai perintis dalam industri penstabil pegang, Feiyu Technology telah melancarkan lebih daripada 20 model penstabil yang popular untuk kamera aksi, telefon pintar, kamera 360, mikrokamera, dan kamera DSLR. Sejak 2015, Feiyu Technology bekerjasama dengan Apple Inc. untuk melancarkan beberapa penstabil telefon pintar inovatif yang telah menukar cara anda mengambil gambar. Dedikasi mereka untuk menambah baik pengalaman fotografi dan mutu imej telah diberikan pujian tinggi oleh khalayak fotografi di seluruh dunia.

Ucapkan selamat datang kepada Vimble 2 Feiyu Tech dalam barisan FeiyuTech Gimbal yang kian bertambah. Jemput melawat reruai FeiyuTech CES di 27427 LVCC Dewan Selatan dan juga laman web kami: www.feiyu-tech.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180110/2029343-1

Source: Feiyu Tech
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services Trade show news