omniture

One World International School Buka Kampus Baharu Singapura

One World International School
2018-01-11 17:36 559

- kampus memuatkan 1,200 orang bakal menjadi salah satu sekolah dengan kadar yuran sederhana terbesar di Singapura

SINGAPURA, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ --  One World International School (OWIS), yang telah memenangi satu tender yang menjadi rebutan daripada Kerajaan Singapura untuk membuka sekolah antarabangsa dengan kadar yuran sederhana yang julung kali wujud, membuka kampus baharunya yang mampu memuatkan 1,200 orang minggu ini dengan sambutan sangat positif meskipun bermula pada pertengahan tahun akademik.

The OWIS campus
The OWIS campus

Dibina di atas tapak seluas 3.2 hektar, OWIS Nanyang mempunyai senarai menunggu yang panjang, menandakan pendaftaran yang hampir penuh bagi tahun akademik Ogos 2018. Ini ialah kampus kedua OWIS, yang membuka sekolah pertamanya di Singapura pada 2008.

Tahun lalu, OWIS memperoleh tender daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura untuk mengendalikan sekolah antarabangsa dengan yuran sederhana. Panggilan tender ini dibuat untuk mengatasi kebimbangan para ekspatriat tentang kenaikan yuran persekolahan dan persaingan kemasukan.

OWIS Nanyang telah menetapkan yuran tahunan untuk sekolah rendah pada kadar S$17,000 (US$12,700), iaitu sehingga 40% lebih murah daripada kebanyakan sekolah antarabangsa lain. Kurikulumnya meliputi subjek teras seperti pendidikan jasmani dan bahasa kedua, dengan aktiviti selepas sekolah dikenakan bayaran tambahan.

Tawaran akademik OWIS termasuk Program Sarjana Muda Antarabangsa untuk Peringkat Sekolah Rendah dan Sijil Umum Antarabangsa Cambridge untuk Pendidikan Menengah. OWIS ialah sekolah yang dicalonkan untuk Diploma Sarjana Muda Antarabangsa, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kurikulum OWIS mendedahkan pelajar kepada asas teori dan praktikal dalam sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik (STEAM), pada masa yang sama menyemai minat dalam sukan, bahasa dan keusahawanan.

Bilik darjahnya dilengkapi dengan teknologi e-pembelajaran, termasuk TV Apple, tablet dan layar LED. Kurikulum dan kelengkapan ini menawarkan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman dalam persekitaran yang pelbagai seperti balai cerap alam semula jadi, ladang, taman dan hutan hujan miniatur.

Para pelajar OWIS datang daripada lebih 40 kewarganegaraan berbeza; tidak ada satu pun kewarganegaraan yang melebih 30 peratus daripada keseluruhan pendaftaran. Kelas terhad kepada 24 pelajar untuk memudahkan interaksi guru murid secara mendalam.

OWIS mengekalkan struktur yuran rendah menerusi ekonomi skala, perkongsian perkhidmatan dengan organisasi induk Global Schools Foundation -- yang telah memenangi lebih 90 anugerah pendidikan dalam tempoh 14 tahun yang lalu -- dan kerjasama pembekal. Inisiatif mesra alamnya mengekalkan kos berkaitan utiliti pada kadar rendah.

En. Gregor Polson, Pengetua OWIS berkata: "Kami sangat berbesar hati kerana kampus OWIS Nanyang telah diterima baik. Kami tertunggu-tunggu kedatangan lebih banyak pelajar pada semester akan datang untuk menikmati pengalaman kurikulum kami yang unik dan menjadi ahli warga dunia global yang serba boleh."

Untuk maklumat lanjut, lawati www.owis.org/. Kemasukan akan disahkan berdasar siapa cepat, dia dapat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180109/2028505-1

 

Source: One World International School
Related Links:
Keywords: Education Corporate Expansion New products/services