omniture

Chemetall® jadi jenama global baharu BASF untuk teknologi rawatan permukaan inovatif

Chemetall
2018-01-11 20:20 289

FRANKFURT, Germany, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Baru setahun berlalu sejak bahagian Penyalutan BASF mengambil alih Chemetall, sebuah pembekal rawatan permukaan terkemuka global. Terkenal dalam industri dengan produk dan penyelesaiannya yang bermutu tinggi, Chemetall akan beroperasi sebagai satu jenama dalam unit perniagaan global Rawatan Permukaan di bahagian Penyalutan BASF. Semasa acara sambutan di ibu pejabatnya di Frankfurt, Jerman dan kemudahannya yang lain di seluruh dunia, imej jenama baharu Chemetall telah diperkenalkan secara rasmi. Martin Jung, Naib Presiden Kanan, Rawatan Permukaan, bahagian Penyalutan BASF, mengiktiraf peristiwa penting ini: "Satu tambah satu lebih besar daripada dua! Imej jenama baharu kita menggambarkan pengetahuan luas BASF dalam bidang kimia dan penghasilan penyalutan berserta kepakaran Chemetall yang terkemuka dalam pasaran rawatan permukaan praktikal. Setelah bergabung, perniagaan ini akan menawarkan keupayaan penyelesaian yang tiada tandingan kepada para pelanggan."

BASF sejak dahulu diiktiraf sebagai pemimpin inovasi global. Chemetall menikmati sejarah pengiktirafan global yang hebat kerana menyediakan pelanggannya dengan produk berprestasi tinggi dan penyelesaian tersuai. Gabungan kepakaran dan kuasa inovasi dua pemimpin pasaran global ini akan mempercepat inovasi dan memacu lebih kejayaan meraih pelanggan.

Julia Murray, Komunikasi Pemasaran Global Rawatan Permukaan, berkata: "Jenama Chemetall diiktiraf kerana kepimpinan teknologinya, dan kami sangat berbangga dengan pendekatan bertumpu dan berpusatkan pelanggan, pada peringkat tempatan dan global. Menjadi sebahagian daripada bahagian Penyalutan BASF membuka peluang untuk menambah manfaat pelanggan daripada gabungan kepakaran dan komitmen kami terhadap inovasi berterusan. Kami merancang untuk memajukan lagi capaian pelanggan kami kepada teknologi, sistem dan penyelesaian terbaik dalam kelasnya merentas rantaian nilai, sentiasa dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan dan nilai bagi semua pelanggan kami."

Di bawah jenama Chemetall, BASF membangunkan dan menghasilkan teknologi tersuai dan penyelesaian sistem untuk rawatan permukaan praktikal. Produk ini melindungi logam daripada kakisan, memudahkan pembentukan dan pemesinan, membolehkan bahagian-bahagian tertentu disediakan secara optimum bagi proses pengecatan dan memastikan lekatan salutan yang mencukupi. Produk-produk ini digunakan dalam pelbagai industri dan pasaran akhir, seperti automotif, aeroangkasa, kemasan aluminium, dan pembentukan logam.

Latar Belakang bahagian Penyalutan BASF
Bahagian Penyalutan BASF ialah pakar global dalam pembangunan, pengeluaran dan pemasaran OEM automotif dan penyalutan kemasan semula yang inovatif dan mapan, serta pengecatan hiasan. Kami mencipta penyelesaian prestasi maju dan memacu prestasi, reka bentuk dan aplikasi baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di seluruh dunia. BASF berkongsi kemahiran, pengetahuan dan sumber pasukan rentas bidang dan global untuk manfaat pelanggan dengan cara mengendalikan rangkaian kolaboratif di pelbagai tapak di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia Pasifik. Pada 2016, bahagian Penyalutan mencapai jualan global kira-kira €3.2 bilion.

Pada 2016, BASF mengambil alih Chemetall, pembekal terkemuka global bagi rawatan permukaan gunaan untuk substrat logam, plastik dan kaca dalam pelbagai industri dan pasaran akhir. Dengan pengembangan portfolio ini, BASF menjadi penyedia penyelesaian penyalutan yang lebih lengkap.

Penyelesaian di luar imaginasi anda – Penyalutan BASF. Untuk maklumat lanjut tentang bahagian Penyalutan BASF dan produknya, lawati www.basf-coatings.com

Latar Belakang BASF
Di BASF, kami mencipta kimia untuk masa hadapan mapan. Kami menggabungkan kejayaan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Kira-kira 114,000 pekerja di BASF Group berusaha menyumbang kepada kejayaan pelanggan kami dalam hampir semua sektor dan setiap negara di dunia. Portfolio kami terbahagi kepada lima bahagian: Bahan Kimia, Produk Prestasi, Bahan & Penyelesaian Fungsian, Penyelesaian Pertanian dan Minyak & Gas. BASF menjana jualan lebih kurang €58 bilion pada 2016. Saham BASF diniagakan di bursa saham di Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (BAS). Maklumat lanjut di www.basf.com.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/626792/Chemetall_BASF_Logo.jpg

 

Source: Chemetall
Related Stocks:
Frankfurt:BAS LSE:BFA OTC:BASFY Swiss:BAS
Related Links:
Keywords: Chemical Computer/Electronics Contracts