omniture

Barisan TV 2018 Hisense Tonjolkan Kemewahan Mampu Milik dengan Kualiti Gambar Utama Industri, Ciri Pintar Dipertingkat dan Reka Bentuk Bezel-Tipis Rintis

Hisense
2018-01-11 20:38 852

LAS VEGAS, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju teknologi bertaraf global, hari ini memperkenalkan barisan TV 2018 yang inovatif, termasuk TV Laser Pintar Ultra HD 4K Hisense 100", lebih 1,000 zon cahaya belakang TV ULED U9 dan TV ULED U7 bezel-tipis. Hisense terus mengubah pengalaman tontonan TV pada tahun 2018 menerusi teknologi-teknologi premium seperti ULED, Titik Kuantum, teknologi pengimejan HDR Dolby Vision™ dan pemalapan setempat serta platform TV Pintar Hisense generasi seterusnya yang mudah digunakan dengan keupayaan kawalan suara baharu.

Hisense U9 TV
Hisense U9 TV

Hisense terus mengubah pengalaman tontonan menerusi komitmennya terhadap teknologi-teknologi canggih, saiz skrin yang lebih besar dan reka bentuk premium. "Kualiti gambar dan audio yang premium, akses lancar kepada kandungan, dan reka bentuk estetika yang cantik kekal menjadi keutamaan untuk pengguna tahun ini, dan kami telah menetapkan piawaian yang amat tinggi," kata Jerry Liu, Ketua Pegawai Eksekutif Hisense Americas. "Selepas satu lagi tahun yang mencetuskan kejayaan pada 2017, kami bersedia untuk meneruskan momentum berkenaan menerusi rangkaian inovasi mewah kami yang luar biasa, termasuk TV Laser Pintar Ultra HD 4K Hisense yang mengubah industri."

Masa Depan Kurang-Panel

Pada suku keempat 2017, Hisense memperkenalkan TV Laser Pintar Ultra HD 4K Hisense yang revolusioner di AS, satu produk yang menonjolkan masa depan hiburan rumah berskrin besar yang premium. Memaparkan 3,000 lumen (tipikal) pada imej 4K yang menakjubkan pada skrin Singkiran Cahaya Ambien, TV Laser 4K Hisense sememangnya sesuatu yang luar biasa. Ia turut menampilkan empat pembesar suara sistem audio Harman/Kardon® terbina dalam dan subwufer tanpa wayar, yang memberikan pengalaman audio sinematik yang memenuhi ruang. Selepas menerima pujian yang tinggi sewaktu pelancaran, TV Laser Pintar Ultra HD 4K akan menjadi produk utama untuk Hisense pada tahun-tahun mendatang.

Sehingga Ribuan Zon Cahaya Belakang

Menggabungkan teknologi ULED, Titik Kuantum, HDR dan HDR-10 Dolby Vision, TV ULED U9 Hisense utama 2018 memberikan kualiti gambar yang menakjubkan dengan lebih 1,000 zon cahaya belakang dan kecerahan puncak melebihi 2,200 nit (tipikal). Ia turut menyediakan antara muka TV Android terbina dalam berserta Google Assistant dan juga aplikasi terbina dalam bagi memperibadikan hiburan anda.

Dianugerahkan dengan lebih 20 paten, teknologi ULED Hisense adalah tiga kali lebih cerah berbanding OLED, dengan julat dinamik yang lebih baik dan persepsi hitam dan putih ketika meningkatkan warna, kontras, tahap gelap, kecerahan dan gerakan lancar.

Bezel-Tipis Banyak Kelebihan

TV ULED U7 Hisense memadankan kualiti gambar premium dengan reka bentuk yang elegan. Menggabungkan teknologi ULED, gamut warna ultra luas, HDR Dolby Vision dan HDR-10 berserta reka bentuk bezel-tipis yang anggun, TV ULED U7 Hisense benar-benar pakej yang lengkap. Ia menyediakan antara muka TV Android terbina dalam berserta Google Assistant, selain banyak aplikasi bagi memperibadikan hiburan anda. Tekan butang main atau kuatkan bunyinya, semuanya tanpa perlu mengangkat jari.

Membawa kualiti gambar ke tahap seterusnya, TV ULED U7 Hisense memberikan Gamut Warna Luas, HDR-10 daripada TV kelas 50" sehingga kelas 86".

TV Laser Pintar Ultra HD 4K 100" Hisense

  • Resolusi HD Ultra 4K
  • 3,000 Lumen (tipikal) bagi Kecerahan Optimum
  • Sistem audio Harman/Kardon® terbina dalam dengan Subwufer Tanpa Wayar berasingan (berjumlah 110 Watt)
  • Skrin Singkiran Cahaya Ambien 100"
  • Cip peranti mikrocermin digital (DMD) UHD 4K Texas Instruments DLP®
  • Penala TV terbina dalam
  • Platform TV Pintar Hisense
  • Sumber Cahaya 20,000-Jam (tipikal)

TV ULED U9 Hisense

  • Resolusi Ultra HD 4K
  • Gamut Warna Luas Titik Kuantum
  • HDR Dolby Vision dan HDR-10
  • Lebih 1,000 Zon Cahaya Belakang
  • Pemalapan Setempat Tatasusunan Penuh
  • Kadar Pergerakan 480
  • Audio Bluetooth™
  • TV Android dengan Kawalan Suara
  • Serasi Google Assistant
  • Berfungsi dengan Amazon Alexa (di AS, Jerman dan UK)
  • Tersedia dalam kelas skrin 75"

TV ULED U7 Hisense

  • Resolusi Ultra HD 4K
  • Dolby Vision HDR dan HDR-10
  • Gamut Warna Luas
  • Pemalapan Setempat
  • Kadar Pergerakan 240 untuk TV kelas 55" dan 480 untuk kelas 65"
  • Audio Bluetooth™  
  • TV Android dengan Kawalan Suara
  • Serasi Google Assistant
  • Berfungsi dengan Amazon Alexa (di AS, Jerman dan UK)
  • Reka Bentuk Beze-Tipis Anggun
  • Tersedia dalam kelas skrin 65" dan 55"

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180110/2029480-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services