omniture

agoda himpunkan pembukaan hotel terhangat pada 2017 demi senarai impian 2018 anda

agoda
2018-01-11 21:15 309

Inginkan sedikit inspirasi perjalanan sempena tahun baharu? Berikut merupakan beberapa pembukaan hotel paling hebat sepanjang 12 bulan lalu bagi memulakan setiap pengembaraan pelancongan yang boleh dilaksanakan.  

BANGKOK, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Tahun lalu, senarai penginapan agoda meningkat sekali ganda, dan kini, platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pantas berkembang ini menawarkan lebih 2 juta hartanah di seluruh dunia. Menerusi pilihan yang semakin banyak disediakan, agoda menyusun satu senarai berdasarkan beberapa pembukaan hartanah yang paling menonjol pada tahun 2017 di seluruh dunia dengan pilihan untuk setiap pengembaraan perjalanan.

Pengarah Jenama dan Komunikasi Global agoda, Andrew Edwards, menjelaskan: "Terdapat beberapa pembukaan hotel yang hebat sejak 12 bulan lalu. Bermula dengan pusat peranginan mewah kepada motel yang unik, pembukaan hotel terkini mempunyai sesuatu untuk setiap orang pada tahun 2018."

"Seperkara yang menonjol ialah kaliber bagi hartanah baharu dengan harga yang lebih berpatutan ini semakin tinggi. Para pengembara semakin menginginkan lebih faedah pada kos yang lebih rendah, dan memandangkan golongan milenia yang kesempitan tunai merupakan sebahagian besar daripada pasaran perjalanan, industri ini memanfaatkan permintaan terhadap penginapan pada kadar berpatutan yang tidak menjejaskan suasana dan kualiti."

Mengikut Rekaan

Hotel Berteknologi Tinggi
YOTEL Orchard Road -- Singapura
Dibuka: Oktober 2017

YOTEL ialah rangkaian hotel yang menyediakan para tetamu dengan segala-gala yang mereka perlukan, dan hanya ini yang penting. Bermula dengan daftar masuk layan diri, kepada Katil pintar boleh laras, dinding tekno dan TV Pintar, setiap 'kapsul' mempunyai segala-gala yang diperlukan oleh pengembara moden yang kekal terhubung. Hotel ini, dibangunkan oleh Pengasas Yo! Simon Woodroffe, mengambil inspirasi daripada kedua-dua aspek ekstrem – hotel kapsul Jepun dan ruang istirehat pesawat yang mewah. Daftar Masuk ke YOTEL Singapura, Melangkah Keluar terus ke Orchard Road, hab membeli belah dan hiburan yang paling meriah di bandar ini.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/en-au/yotel-singapore-orchard-road/hotel/singapore-sg.html?cid=-96

Asrama Ciptaan Semula
Steel House -- Copenhagen, Denmark
Dibuka: Mei 2017

Dahulunya merupakan tempat kediaman Kesatuan Pekerja Logam Denmark, Steel House Copenhagen diubah menjadi segala-gala yang anda perlukan daripada sebuah asrama tanpa meminggirkan bahagian asalnya yang unik. Meskipun tersedia bilik peribadi dan juga bilik asrama, anda tidak berasa seperti seorang pengembara beg galas yang kesempitan tunai di sini disebabkan gabungan yang seimbang antara bahagian dalaman berciri perindustrian dan juga tekstur yang lembut. Daftar Masuk ke Steel House, Melangkah Keluarlah ke Taman Tivoli atau Stesen Copenhagen yang terletak hanya sejauh 5 minit perjalanan bagi melihat tempat-tempat yang tidak akan habis untuk diterokai.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/en-sg/steel-house-copenhagen/hotel/copenhagen-dk.html?cid=-200

Hotel-Eko
1 Hotel Brooklyn Bridge – Bandar Raya New York, AS
Dibuka: Februari 2017

Satu lagi lokasi terpencil kumpulan 1 Hotel yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, hotel tepi pantai setinggi 10 tingkat yang mementingkan aspek mesra alam ini direka oleh artis-artis tempatan menggunakan tumbuh-tumbuhan hijau dan bahan-bahan tebus guna yang natif. Setiap bilik mempunyai mesin kopi dengan pod yang boleh dikitar semula serta tilam yang diisi dengan campuran rami serta cadar kapas 100% organik. Para tetamu mendapat akses untuk menaiki kenderaan Tesla sebagai tunggangan percuma untuk meneroka bandar. Daftar Masuk ke 1 Hotel Brooklyn Bridge, Melangkah Keluarlah ke Brooklyn Bridge Promenade yang terletak hanya sejauh 0.6km perjalanan untuk menikmati pemandangan kaki langit Manhattan serta East River yang luas.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/1-hotel-brooklyn-bridge/hotel/new-york-ny-us.html?cid=-200

Konsep
MACq 01 Hotel -- Hobart, Australia
Dibuka: Jun 2017

Terlindung di tengah-tengah kawasan dermaga Hobart yang bersejarah, MACq 01 ialah sebuah hotel mewah yang menggabungkan kemudahan penginapan premium dengan penceritaan yang tidak dapat dilupakan. Setiap bilik dihubungkan dengan sifat sebenar yang menumpu pada sejarah Tasmania, termasuk wira, penjahat, peneroka, pencipta dan banduan. Daftarlah untuk mengikuti jelajah Master Storyteller dan dapatkan bimbingan untuk mengikuti sejarah yang menghiasi lorong-lorong hotel dan selanjutnya di kawasan Wapping berdekatan; atau Daftar Masuk, Melangkah Keluar secara bersendirian untuk meneroka banyak pemandangan yang ditawarkan, termasuk Brooke Street Pier, Franklin Wharf dan Sullivans Cove – kesemuanya terletak kurang 1 km jauhnya.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/en-au/macq-01-hotel/hotel/hobart-au.html?cid=-96

Seni Bina Moden
Park Hyatt -- Bangkok, Thailand
Dibuka: Mei 2017

Park Hyatt Bangkok ialah pilihan popular untuk pengembara perniagaan dan pelancong percutian, dengan akses mudah kepada kesemua yang dapat ditawarkan oleh bandar yang meriah ini. Seni bina dramatik dan menarik, direka oleh firma Yabu Pushelberg yang berpangkalan di New York, menggunakan seni sebagai titik tumpuan. Di dalamnya, anda akan melihat seni pemasangan yang memukau, dicipta oleh seniman Jepun Hirotoshi Sawada yang akan membuatkan anda berasa kagum sama seperti pemandangan memukau yang terlihat dari kolam yang amat luas, menghadap cahaya lampu bandar yang terang benderang. Daftar Masuk ke Park Hyatt, Melangkah Keluarlah ke tempat-tempat tarikan terbaik Bangkok dalam jarak 2 km dari hotel, termasuk Tokong Erawan, Menara Baiyoke II, Taman Lumphini dan Pusat Kesenian & Kebudayaan Bangkok.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/park-hyatt-bangkok/hotel/bangkok-th.html?cid=-96

Mengikut Lokasi 

Tempat Bersejarah
Alila Fort -- Bishangarh, India
Dibuka: Julai 2017

Terletak di Perkampungan Bishangarh di Daerah Jaipur, kubu pahlawan yang diubah suai ini kini merupakan mercu tanda bersejarah dan pusat peranginan warisan. Jaipur kaya dengan sejarah, dibina sebagai bandar terancang pertama seumpamanya di India, dan dikelilingi oleh tiga kubu dan pelbagai kuil, agar pengembara dapat dipastikan mendapat maklumat sejarah di hotel unik ini. Dengan Taman Biologi Nahargarh seluas 720 hektar yang terletak berdekatan, anda boleh menaiki jip safari untuk melihat harimau bintang, harimau dan singa ketika sedang meneroka kekayaan sejarah Bishangarh. Daftar Masuk ke Alila Fort Bishangarh, yang terletak di atas bukit granit, dan Melangkah Keluarlah untuk menikmati pemandangan 360-darjah lanskap Rajasthani yang mengagumkan.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/alila-fort-bishangarh/hotel/bishangarh-in.html?cid=-200

Hotel Bandar
The Silo Hotel -- Cape Town, Afrika Selatan
Dibuka: Mac 2017

Terletak di salah sebuah bandar paling menakjubkan di dunia, Silo Hotel ialah sebuah hotel bandar dengan rasa yang benar-benar hebat, menempati kawasan 6 tingkat di atas Muzium Seni Kontemporari Zeitz Afrika – pusat pengumpulan seni kontemporari Afrika yang paling besar di Afrika. Lokasi hebat hotel mewah ini membolehkan anda melihat lautan dari keselesaan balkoni peribadi anda, sambil berada di tengah-tengah kesibukan hidup di kota. Daftar Masuk ke Silo Hotel, Melangkah Keluarlah ke bukit datar terasing yang terkenal di dunia, atau gembirakan diri anda menerusi jelajah menaiki helikopter sepanjang pantai Cape Town yang tiada batasan.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/the-silo-hotel/hotel/cape-town-za.html?cid=-200

Syurga Pulau
Conrad Bora Bora Nui -- Bora Bora, Polinesia Perancis
Dibuka: April 2017

Kelilingi diri anda dengan laut membiru yang jernih serta pantai pasir putih di syurga pulau ini, terselip di suak yang terapung antara tanah besar Bora Bora dan terumbu karang. Daftar Masuk ke Conrad Bora Bora Nui, Melangkah Keluarlah untuk menikmati ufuk biru tak berpenghujung dan pemandangan matahari terbenam yang memukau. Dengan banglo atas air, dua restoran gourmet, dua bar, kolam infiniti dan pulau peribadi yang boleh diakses menggunakan bot, para tetamu pastinya tidak mahu meninggalkan syurga ini.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/conrad-bora-bora-nui/hotel/bora-bora-island-pf.html?checkin=2018-01-03&los=14&adults=2&rooms=1&cid=-96&searchrequestid=ad0644b0-2003-44e9-a6c0-f53c63707efe

Tempat Bersendiri Terpencil di Belantara
Hoshinoya Bal -- Ubud, Indonesia
Dibuka: Januari 2017

Terletak di Ubud, Bali, Hoshinoya menggabungkan reka bentuk Jepun yang unik dengan sentuhan Bali tradisional, tersembunyi antara kehijauan belantara yang subur. Lokasinya tidak dapat ditandingi dengan terusan air yang bersih mengalir sepanjang hartanah ini, kesemuanya sebahagian daripada rangkaian kuil air pulau yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO. Daftar Masuk ke Hoshinoya Ubud, Melangkah Keluarlah ke Pasar Ubud yang eklektik, Istana Ubud yang bersejarah dan Campuhan Ridge Walk – kesemuanya terletak dalam jarak kayuhan yang dekat.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/en-sg/hoshinoya-bali/hotel/bali-id.html?cid=-200

Mengikut Jenis Pengembara 

Pengembara Solo
My Cocoon -- Mykonos, Greece
Dibuka: April 2017

Harga berpatutan jarang sekali merupakan perkataan untuk menggambarkan Mykonos di Greece, namun My Cocoon mempunyai pilihan untuk setiap pengembara dan dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Mykonos, pengembara solo tidak mungkin tersalah tempat tujuan. Daftarlah ke My Cocoon, Melangkah Keluarlah ke bar luar dengan teres tempat berteduh dari sinaran matahari serta pemandangan pantai yang hebat – tempat sempurna untuk bertemu rakan baharu. Ia juga mudah untuk meneroka serta mengalami kesemua yang ditawarkan oleh Mykonos, menerusi bar, restoran dan kedai-kedai yang tidak jauh jaraknya.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/mycocoon-hostel/hotel/all/mykonos-gr.html

Hotel Perniagaan
The Murray -- Hong Kong
Dibuka: Oktober 2017

The Murray semakin menjadi pilihan popular untuk pengembara perniagaan. Hartanah ini hanya terletak 1 km dari pusat bandar, dan hanya sejauh 35 minit ke lapangan terbang. Dengan lokasinya yang strategik, hartanah ini turut menawarkan akses mudah menuju ke destinasi-destinasi yang perlu diterokai di bandar ini buat para pengembara yang berkeinginan untuk menyelitkan beberapa aktiviti bersiar-siar ketika mesyuarat perniagaan. Dengan kemudahan Wi-Fi dalam semua bilik, pusat kecergasan, pusat urut, mahupun khidmat penghantaran runcit yang ditawarkan, pengembara perniagaan dapat memastikan mereka kekal terhubung di samping menikmati keselesaan sepenuhnya. Daftar Masuk ke The Murray, Melangkah Keluarlah ke Lan Kwai Fong yang terletak hanya sejauh 550m dari hotel untuk mengalami beberapa tempat tumpuan waktu malam yang meriah di Hong Kong dengan lebih 90 restoran dan bar – pastinya sebaik sahaja semua mesyuarat perniagaan selesai!

Tempah di sini: https://www.agoda.com/the-murray-hong-kong-a-niccolo-hotel/hotel/hong-kong-hk.html

Pusat Peranginan Keluarga
The Anam Deluxe Collection -- Nha Trang, Vietnam
Dibuka: April 2017

Pusat peranginan pantai 5-bintang sebenar yang pertama di Vietnam, The Anam Deluxe Collection mempunyai aktiviti-aktiviti hebat untuk ditawarkan kepada keluarga, berserta beberapa vila mesra keluarga yang amat mewah. Ibu bapa boleh memanfaatkan kemudahan spa dan pantai peribadi, manakala anak-anak boleh menikmati tayangan pawagam, kelab kanak-kanak, meluncur angin mahupun sekadar bermain-main dalam 3 kolam yang amat luas. Terdapat sesuatu di sini untuk semua peringkat usia dan minat, dan menerusi aktiviti-aktiviti yang begitu hebat di lokasi yang indah ini, keluarga anda tidak akan pernah berasa bosan. Daftar Masuk ke The Anam, dan Melangkah Keluarlah ke pantai Bai Dai yang indah bersama anak-anak, atau manjakan diri di 100 Eggs Mud Bath - kedua-dua terletak dalam jarak yang begitu dekat.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/the-anam-deluxe-collection/hotel/nha-trang-vn.html?cid=-200

Mewah
Okada -- Manila, Filipina
Dibuka: Januari 2017

Terbina di kawasan tepian pantai yang indah berkeluasan 44 hektar, Okada Manila ialah pusat peranginan bersepadu yang ikonik di Bandar Hiburan. Okada Manila mempunyai 993 pilihan penginapan berperabot mewah, bermula dengan bilik deluxe berukuran 50 kaki persegi kepada vila berkeluasan 1,000 kaki persegi. Para tetamu boleh Mendaftar Masuk dan serta merta Melangkah Keluar untuk menikmati kemudahan premium milik pusat peranginan ini, termasuk Retail Boulevard yang mempunyai lebih 50 kedai mewah, kelab malam Cove Manila yang unik dan kelab pantai dalaman, spa berkeluasan 3,000 kaki persegi serta air pancut berpusar dan muzikal pelbagai warna yang terbesar di dunia.

Tempah di sini: https://www.agoda.com/en-sg/okada-manila_2/hotel/manila-ph.html?cid=-200

Romantik
The Ritz-Carlton -- Langkawi, Malaysia
Dibuka: September 2017

Daftar Masuk ke Ritz-Carlton dan Melangkah Keluarlah untuk menikmati pemandangan hutan hujan yang terpelihara dari setiap sudut. Terletak di dalam hutan hujan purba di pantai yang terpencil, Ritz-Carlton Langkawi merupakan lokasi sempurna sebagai tempat percutian yang romantis. Pasangan boleh memilih sama ada untuk menikmati kedamaian dan ketenangan pantai, memanjakan diri dengan kemudahan hotel yang mewah seperti di satu-satunya spa tepi air di pulau ini, atau meluangkan masa dalam bilik mandi marmar dalam suit yang amat luas. 

Tempah di sini: https://www.agoda.com/the-ritz-carlton-langkawi_4/hotel/langkawi-my.html

Latar Belakang agoda

agoda , sebahagian daripada kumpulan syarikat The Priceline Group (Nasdaq:PCLN), ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pantas berkembang di dunia.

Source: agoda
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel