PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

ConvenientPower Systems Dan Gionee Lancar Pengecasan Tanpa Wayar Telefon Pintar China Pertama Dunia di China

2018-01-11 21:30

Gionee ialah Telefon Bimbit China Pertama dengan Pengecasan Tanpa Wayar dalam Pasaran Pengguna Mudah Alih Terbesar Dunia

LAS VEGAS, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- ConvenientPower Systems mengumumkan telefon pintar Cina pertama dunia untuk menggabungkan Qi serta pengecasan tanpa wayar yang pantas untuk China, pasaran terbesar dunia, yang mempunyai 1.38 bilion pengguna mudah alih*.

ConvenientPower Systems Launches World 1st China Smartphone Wireless Charging In China with Gionee M7 Plus and Gionee Charging Pad
ConvenientPower Systems Launches World 1st China Smartphone Wireless Charging In China with Gionee M7 Plus and Gionee Charging Pad

Gionee, jenama telefon pintar yang terkemuka di China, menumpu untuk memberikan kamera dengan rekaan termaju dan berprestasi tinggi serta pilihan pengecasan kuasa kepada pengguna mudah alih di seluruh Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

"Pelancaran pengecasan tanpa wayar pantas oleh Gionee dalam pasaran mudah alih yang terbesar di dunia ialah satu pencapaian penting untuk seluruh ekosistem pengecasan tanpa wayar," kata Camille Tang, Presiden, ConvenientPower Systems. "Kejayaan ini mempercepatkan usaha inovasi dan prestasi oleh jenama-jenama dan pengeluar-pengeluar mudah alih Cina dalam seluruh ekosistem. Kecanggihan pengguna mudah alih Cina dan jumlah besar dalam pasaran China akan mendorong pewujudan dimensi baharu terhadap pengalaman pengguna pengecasan kuasa selain skala bagi pengoptimuman kos."

Sebagai peneraju bagi teknologi pengecasan tanpa wayar, ConvenientPower Systems membangunkan pengecasan tanpa wayar yang pantas untuk telefon pintar M7Plus Gionee dan pad pengecasan tanpa wayar pantas Gionee. Telefon pintar M7Plus mempunyai ciri Qi dan pengecas tanpa wayar Gionee sehingga 10 watt kuasa bagi pengecasan pantas.

Pengecasan tanpa wayar pantas telefon bimbit M7Plus Gionee akan didemonstrasikan dalam Pameran Elektronik Pengguna 2018, Reruai Konsortium Kuasa Tanpa Wayar Reruai #SL2, Dewan Selatan 3-4 Tingkat Atas & Penghubung, Tech East, Pusat Konvensyen Las Vegas.

*Statista, Ogos 2017

Latar Belakang Gionee
Gionee ialah kumpulan mudah alih China yang terkemuka, menyediakan peranti mudah alih yang inovatif serta berkualiti tinggi. Menggaji lebih 15,000 kakitangan dalam segmen penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan selepas jualan di China, pengagihan Gionee di China melibatkan lebih 300,000 kaunter jualan dan 80,000 pempromosi jualan. Usaha peluasan antarabangsa Gionee yang pesat dalam 50 pasaran melibatkan Mesir, India, Indonesia, Georgia, Kazakhstan, Nigeria, UAE.  Ibu pejabat Gionee terletak di Shenzhen, China.
www.gionee.com

Latar Belakang ConvenientPower Systems
ConvenientPower Systems "CPS" ialah hab sehenti untuk penyelesaian, produk dan perkhidmatan pengecasan tanpa wayar. Satu-satunya teknologi pengecasan tanpa wayar dan penyedia penyelesaian yang teknologinya terbukti dalam produk yang dilancarkan dalam pasaran, dari segi jumlah, setiap tahun, sejak 9 tahun lalu, CPS mempunyai 27 produk yang pertama seumpamanya di dunia. Penyelesaian dan produknya mencakupi seluruh segmen pengguna dan mudah alih, automotif, perabot dan bangunan, aplikasi perubatan dan penjagaan kesihatan. Teknologi pengecasan tanpa wayar CPS dilindungi oleh paten. CPS Group terletak di Hong Kong, San Francisco, Shenzhen, Chengdu.
http://www.convenientpower.com

Hubungi
Larry Smalheiser, Sparkpr
larry.smalheiser@sparkpr.com
(415) 504-3694

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/627093/ConvenientPower_Systems_Wireless_Charging.jpg

 

Source: ConvenientPower Systems

Featured Video

Related Keywords:

Computer/Electronics

Mobile Entertainment

Peripherals

Telecommunications

Licensing/marketing agreements

New products/services

Trade show news

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us