omniture

Presiden FMC Asia Terima Anugerah Wanita dalam Kepimpinan daripada Persatuan Alumni Australia China

FMC Corporation
2018-01-11 22:18 333

PHILADELPHIA, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Alumni Australia China (ACAA) mengiktiraf Bethwyn Todd, naib presiden dan pengarah FMC Agricultural Solutions dan presiden FMC Asia dengan Anugerah Duta Australia bagi Wanita dalam Kepimpinan. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian siswazah wanita terkemuka daripada universiti-universiti Australia yang memberi inspirasi kepada wanita-wanita lain melalui dedikasi, pencapaian dan komitmen mereka terhadap hubungan Australia-China.


"Saya masih ingat lagi betapa pentingnya untuk saya mempunyai suri teladan wanita yang mantap sepanjang hidup saya. Kini, setelah mendapat pengiktirafan melalui penerimaan Anugerah Wanita dalam Kepimpinan dan diiktiraf sebagai inspirasi buat wanita-wanita lain merupakan satu pengalaman yang mengharukan," kata Todd. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Alumni Australia China atas komitmennya untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesaksamaan jantina dan kepelbagaian dalam kepimpinan. Pastinya, saya juga amat bersyukur atas pencalonan daripada The University of Queensland," tambah Todd.

Anugerah Alumni Australia China diwujudkan pada tahun 2009 oleh ACAA bagi mengiktiraf pencapaian luas siswazah daripada universiti Australia dan kejayaan-kejayaan lain menerusi hubungan Australia-China.

"Bethwyn ialah seorang eksekutif yang luar biasa dan penyokong kuat terhadap kepelbagaian dan penyertaan," kata Pierre Brondeau, presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi FMC. "Beliau merupakan sumber inspirasi buat kakitangan FMC di seluruh Asia dan juga dalam syarikat kami. Kami amat berbangga terhadap beliau dan ingin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pengiktirafan penting ini."

Latar Belakang FMC
Selama lebih seabad lamanya, FMC Corporation menyediakan perkhidmatan untuk pasaran pertanian, perindustrian dan pengguna global menerusi penyelesaian inovatif, aplikasi dan produk yang berkualiti. Pada 1 November 2017, FMC memperoleh sebahagian besar daripada perniagaan DuPont Crop Protection. Pendapatan pro forma FMC bagi tahun 2016 adalah berjumlah kira-kira $4 bilion.1 FMC menggaji lebih 7,000 kakitangan di seluruh dunia dan mengendalikan perniagaannya dalam dua segmen: FMC Agricultural Solutions dan FMC Lithium. Untuk maklumat lanjut, layari www.FMC.com.

1Pendapatan pro forma 2016 menganggap transaksi dengan DuPont berlaku pada awal tahun dan ini termasuk dua belas bulan pendapatan daripada perniagaan DuPont Crop Protection dan tidak termasuk pendapatan daripada FMC Health and Nutrition.

Latar Belakang Persatuan Alumni Australia China

Persatuan Alumni Australia China (ACAA) ditubuhkan pada tahun 2007 dengan sokongan daripada Duta Australia ke China. Selepas hampir 10 tahun beroperasi dan berkembang, ACAA kini berhubung dengan jaringan yang terdiri daripada lebih 20,000 alumni Australia di seluruh rantau besar China. Sebagai sebuah pertubuhan bukan untung, ACAA dibiayai oleh universiti kami dan rakan-rakan kongsi korporat serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Australia di China.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/627150/FMC_Corporation_Bethwyn.jpg

Source: FMC Corporation
Related Stocks:
NYSE:FMC
Related Links:
Keywords: Agriculture Chemical Awards Women-related news