omniture

Systech Europe™ Umum Peluasan Pesat Kumpulan Pelanggan dan Rakan Penyirian Farmaseutikal Sedia Patuhi Peraturan FMD

Systech International
2018-01-12 21:03 285

BRUSSELS, 12 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Systech International, peneraju teknologi bertaraf global bagi perkhidmatan penyirian, jejak dan kesan serta perlindungan jenama memperluaskan kehadirannya di Eropah pada tahun 2017 dengan 50% kontrak baharu di Perancis, Jerman, Greece, Turki dan juga Finland.

Syarikat turut menambah Rakan Penyelesaian Berdaftar baharu dalam jaringan globalnya yang menyediakan penyelesaian siap guna bersepadu bersama Systech UniSeries™, piawaian industri untuk penyirian produk-produk bagi mematuhi Arahan Ubat-ubatan Palsu (FMD), selain teknologi jejak dan kesan dan juga teknologi antipemalsuan Syarikat yang sedang berkembang.

Systech mengatur projek penyirian dan pengagregatan pertama dunia di Eropah lebih sedekad lalu dan kini menjalankan perkhidmatan penyirian untuk 19 daripada 20 syarikat farmaseutikal terbaik di dunia. Dengan 30 tahun pengalaman dalam industri, Systech memanfaatkan teknologi perisian boleh dikonfigurasi yang memenangi anugerah, termasuk visi, aliran kerja penyirian dan pengurusan nombor bagi menjamin penyerahan penyelesaian penyirian yang pantas dan berkesan kos kepada syarikat-syarikat farmaseutikal bersaiz besar dan kecil, termasuk syarikat multinasional, pengeluar serantau dan juga organisasi perkilangan kontrak (CMO)/organisasi pempakejan kontrak (CPO).  

Alastair Taylor, Pengarah Jualan Eropah untuk Systech berkata, "Kami membantu para pelanggan menepati tarikh akhir peraturan pada Februari 2019 dan mengekalkan pematuhan dengan cara yang cekap dan rendah gangguan. Kami menyediakan perisian dan perkhidmatan dengan penyelesaian agnostik peralatan pempakejan, membolehkan kami bekerjasama dengan sebarang rakan kongsi dan mana-mana peringkat pempakejan, sama ada baharu atau dipasang semula."

Servicepoint Oy, salah satu rakan kongsi jualan dan penyepaduan Systech, melaksanakan penyelesaian penyirian Systech di Finland untuk Santen Pharmaceutical, pengeluar ubat oftalmik Eropah Utara yang terkemuka. Pelaksanaan berkenaan melibatkan perisian penyirian Systech disepadukan dengan mesin pempakejan oleh Inno4Life, juga merupakan rakan kongsi Systech.

Matti Rosengren, Naib Presiden, Pengeluaran EMEA daripada Santen berkata, "Servicepoint menyediakan modul penyirian Systech yang digunakan secara pesat dan diprakonfigurasi pada musim panas ini, yang sesuai dengan bajet dan jarak masa kami, dan kami mendapat manfaat daripada penyepaduan tapak serta proses pengesahan yang diselaraskan."

"Servicepoint ialah salah satu daripada segelintir pembekal Eropah yang berupaya menyediakan penyelesaian penyirian yang lengkap dan bersepadu kepada peringkat pempakejan farmaseutikal, termasuk perundingan, reka bentuk, pembangunan, pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan," kata Pekka Hoffrén, Ketua Pegawai Eksekutif, Servicepoint.

Latar Belakang Systech International:

Systech menyediakan perkhidmatan pematuhan peraturan yang dipercepatkan dan menjalankan lebih 4,000 pelaksanaan perisian di 35 negara. Rakan Penyelesaian Berdaftar Global bersiap sedia membantu syarikat-syarikat demi menepati tarikh akhir peraturan negara mereka dan negara-negara eksport. Systech dan jaringan rakan kongsinya memastikan penyepaduan ketat antara penyelesaian penyirian, komunikasi data terbantu dan pengurangan risiko projek keseluruhan.

Hubungi:
Systech International
Stacey Owens-Perrotta
T +1 609 235 3639
stacey.owens-perrotta@SystechOne.com 

Source: Systech International
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals