omniture

Black Desert Online Secara Rasminya Tiba ke Asia Tenggara

Pearl Abyss
2018-01-17 10:00 404

SEOUL, Korea Selatan dan BANGKOK, 17 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss mengumumkan Black Desert Online dilancarkan secara rasmi di Asia Tenggara hari ini. Selepas seminggu tempoh Akses Awal, Pearl Abyss bersedia membuka pelayan ini kepada semua Pengembara yang membeli pakej untuk menguasai dunia Black Desert.

Black Desert Officially Launches in Southeast Asia!
Black Desert Officially Launches in Southeast Asia!

Hasil sokongan semua peminat di Asia Tenggara, tempoh akses awal mencapai kejayaan. Dengan penantian yang panjang dan mengujakan kini berakhir, begitu ramai pengguna memulakan perjalanan mereka dan pelayan tambahan terpaksa dibuka pada hari pertama bagi memastikan permainan yang lancar untuk semua pemain. Pearl Abyss merancang untuk menambah lebih banyak pelayan pada masa depan, dan ini bermakna pengembaraan yang lebih hebat bakal menemui anda.

Bagi memulakan pelancaran rasminya, mereka menyediakan pelbagai acara.

Sertai satu perikatan semasa tempoh acara berlangsung, penuhi syarat-syaratnya dan setiap orang dalam perikatan mendapat ganjaran istimewa! Mereka juga mengadakan acara yang membolehkan anda membeli 1 item istimewa sehari dengan hanya 1 Kesetiaan. Menerusi acara-acara ini dan banyak lagi yang bakal menanti semua pemain, marilah terokai dunia Black Desert Online yang luas. Kini tersedia secara rasmi di Asia Tenggara.

Latar Belakang Black Desert Online

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka, dengan visual dan kemahiran canggih menerusi pertarungan yang akan menentukan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak terbaik berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara dan mempunyai lebih 8 juta pengguna berdaftar.

Untuk maklumat lanjut tentang Black Desert Online, layari:https://sea.playblackdesert.com

Latar Belakang Pearl Abyss

Pearl Abyss ialah studio Korea di sebalik Black Desert Online MMORPG PC yang berjaya. Sejak syarikat diasaskan pada tahun 2010, ia berjaya melancarkan permainannya di Korea Selatan, Jepun, Rusia, Amerika Utara/Selatan, Eropah, Taiwan, Asia Tenggara, Turki dan seluruh Timur Tengah. Syarikat mengumumkan Black Desert MMORPG utama mereka dijadual melancarkan versi konsol dan mudah alih pada masa terdekat. Pearl Abyss sudah bersiap sedia meneruskan pertumbuhannya di sepanjang tahun 2018 dan seterusnya bagi mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju Asia dalam pembangunan permainan.

Maklumat lanjut layari:www.pearlabyss.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180116/2032263-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services