omniture

Uoolu bakal Himpunkan 100 Pemaju Utama Global di Sidang Kemuncak Beijing

Uoolu.com
2018-01-17 21:22 433

BEIJING, 17 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Uoolu.com akan melancarkan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global (GREIS) pertama dan penaiktarafan jenama dan platform pada 29 Januari 2018. Acara ini dijangka bakal menghimpunkan para pemaju, outlet media dan 500 pakar pelaburan.

Uoolu bakal Himpunkan 100 Pemaju Utama Global dalam Sidang Kemuncak Beijing
Uoolu bakal Himpunkan 100 Pemaju Utama Global dalam Sidang Kemuncak Beijing

Dianjurkan oleh Uoolu.com, platform Cina yang terkemuka bagi pelaburan hartanah di seluruh dunia, dan dihadiri oleh pemaju dan outlet media terkemuka, GREIS bakal menjadi acara utama dalam sektor ini pada tahun 2018. En. Huang Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu.com akan melancarkan penaiktarafan jenama dan platform syarikat. Individu-individu berpengaruh dalam sektor hartanah, ekuiti persendirian dan dana lindung nilai akan berkongsi pandangan mereka tentang peruntukan aset global bagi kelas afluen baharu di China.

Merintis Usaha Baharu

1. Pertemuan pertama 100 pemaju utama dari 22 negara

Seramai 100 pemaju berprestij dari 22 negara, termasuk EMAAR, pemaju terbesar di UAE, CONCORD, pemaju komuniti terbesar di Kanada, Mitsubishi Estate, pemaju Jepun yang terkemuka dan Berkeley, salah satu pemaju terbesar di UK, diundang.

2. Menjadi tumpuan lebih 100 outlet media

Outlet media antarabangsa yang berpengaruh, termasuk Wall Street Journal, Financial Times, Bangkok Post dan Reuters akan turut diundang, seperti yang dirancang. Sidang kemuncak ini akan mendapat liputan dan penstriman langsung daripada rakan-rakan media strategik yang terkemuka Hexun.com, ifeng.com dan Jiemian.com.

3. Menjelaskan formula hartanah + kewangan + AI

Individu-individu berpengaruh dalam industri akan berkongsi pandangan mereka tentang kuasa beli pengguna Cina, trend hartanah global dan aplikasi blockchain dalam sektor ini. Kajian berasaskan data besar terhadap pelaburan hartanah global oleh pengguna Cina dan ramalan trend pada tahun 2018 bakal diumumkan dalam versi Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris buat julung kalinya.

4. Pelancaran Anugerah Hartanah Global Uoolu

Anugerah Hartanah Global Uoolu bakal diperkenalkan buat julung kalinya:

  • Jenama Hartanah Global Paling Popular
  • Projek Hartanah Global Paling Popular
  • Dana Hartanah Global Inovatif Paling Popular
  • Kuasa Penggerak Peruntukan Aset Global

Kedudukan ini akan membantu para pelabur mencari hartanah terbaik di seluruh dunia. 

GREIS rintis ini memperlihatkan pandangan pasaran Uoolu dan kebolehan menghimpunkan hartanah terbaik. GREIS bertujuan untuk mengumpulkan individu berpengaruh dalam industri dan merapatkan jurang antara aset kualiti dan kuasa beli besar-besaran China.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180116/2033163-1

Source: Uoolu.com
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Trade show news Future Events