omniture

Schoeller Group Jalin Kerjasama Dengan Brookfield Business Partners Peroleh Kepentingan JP Morgan dalam Schoeller Allibert Group B.V. berdasarkan nilai transaksi berjumlah kira-kira 550 juta €

Alwyne Capital Limited
2018-01-17 23:38 481

LONDON, 17 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Schoeller Group bekerjasama dengan Brrokfield Business Partners untuk memperoleh kepentingan JP Morgan dalam Schoeller Allibert Group B.V. (Schoeller Allibert), menerusi sebuah syarikat pegangan bersama yang bakal dinamakan Schoeller Packaging.  Schoeller Packaging akan memegang 100% kepentingan Schoeller Allibert, salah satu pengeluar terbesar di Eropah bagi sistem-sistem pempakejan plastik boleh pulang. Brookfield Business Partners, bersama-sama rakan institusi (secara kolektif, "Brookfield"), menyediakan modal untuk membolehkan peralihan keluar JP Morgan. Schoeller Group akan menyumbang aset-aset pempakejan tambahan dan juga hak harta intelek.

generated by system

Brookfield akan membantu Schoeller Group meningkatkan hak pemilikan sebanyak 5% hingga 30% pada penutupan, dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, Schoeller Group akan berpeluang untuk meningkatkan lagi pemilikan mereka.

Brookfield dan Schoeller Group akan bersama-sama meneruskan strategi pengembangan syarikat menerusi kaedah biasa dan melalui pemerolehan, memanfaatkan rangkaian antarabangsa Schoeller Group yang telah lama wujud dan disokong oleh kehadiran global, kekuatan kewangan serta kepakaran Brookfield. Beberapa transaksi yang bakal dibuat sedang dibincangkan.

Alwyne Capital menasihati Schoeller Group dalam usaha pencarian global terhadap rakan kongsi baharu, memperkenalkan Brookfield.

Martin Schoeller, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan Schoeller Group mengulas:

"Robin Menzel ialah penasihat kewangan yang telah lama bersama kami, menyokong kami dengan jayanya selama hampir dua dekad dalam satu siri pemerolehan dan perkongsian.  

Bersama Brookfield, kami mempunyai rakan kongsi bereputasi dengan kekuatan kewangan, kepakaran industri dan kehadiran global bagi menyokong cita-cita peluasan global kami.  

Robin Menzel dan pasukannya memainkan peranan penting dalam memastikan perjanjian dimeterai yang memenuhi sasaran penilaian keluar JP Morgan dan strategi jangka panjang Schoeller Group."

Penutupan urus niaga masih tertakluk kepada syarat-syarat biasa, termasuk, antara lainnya, kelulusan kawal selia dan ia dijangka terlaksana pada suku kedua tahun 2018.

Alwyne Capital Limited
Kontakt: Robin Menzel
23 College Hill
GB-London EC4R 2RP
Tel. +44(0)20-3560-6028
Emel: rmenzel@alwynecap.com

http://www.alwynecap.com

Source: Alwyne Capital Limited
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Machinery Acquisitions, mergers, takeovers