omniture

ZTE ganding bahu dengan MTN Group terajui pengkomersialan 5G di MEA

ZTE Corporation
2018-03-01 21:21 828

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama strategik dengan MTN Group, pengendali utama MEA (Timur Tengah & Afrika). Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman berkaitan kolaborasi untuk seni bina rangkaian 5G semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2018 di Barcelona.

ZTE bekerjasama dengan MTN Group terajui pengkomersialan 5G di MEA
ZTE bekerjasama dengan MTN Group terajui pengkomersialan 5G di MEA

Menurut perjanjian, kedua-dua pihak, berdasarkan kerjasama sedia ada, akan bersama-sama menjalankan beberapa ujian dan penilaian penentusahan teknologi dalam 5G, bagi mengukuhkan kedudukan utama MTN dan mempercepatkan usaha pengkomersialan 5G di MEA.

Sebagai penyedia utama bagi penyelesaian 5G hujung-ke-hujung dalam industri, ZTE akan menyediakan sokongan teknikal yang komprehensif kepada MTN Group. Khususnya, dalam fasa pertama pada tahun 2018, ZTE akan berkolaborasi dengan MTN untuk menyelesaikan ujian-ujian makmal dan lapangan terhadap NR 5G, hirisan rangkaian maya 5G, DevOps kelas pembawa dan vEPC berasaskan bekas dan rangkaian pembawa 5G Flexhaul.

Menerusi ujian-ujian terhadap rangkaian, aplikasi dan terminal hujung-ke-hujung ini, kedua-dua pihak akan melengkapkan proses penentusahan bersama bagi seni bina teknologi 5G, model perniagaan dan pengalaman pengguna, yang dijangka akan menyediakan asas kukuh untuk MTN Group bagi menerajui proses penerimaan 5G di MEA.

"ZTE sentiasa menjadi rakan strategik jangka panjang MTN Group. Setelah menjalin kerjasama yang luas untuk 2G, 3G dan 4G, kami berasa teruja untuk berkolaborasi dengan ZTE bagi 5G. Kami percaya 5G ialah langkah revolusioner dalam memberikan fungsi ketersambungan, data dan akses kepada pelanggan kami. Kami berharap dapat meneruskan perjalanan kami dalam inovasi 5G dan melalui usaha ini, kami dapat mengukuhkan kerjasama sedia ada dan bersama-sama meneroka hala tuju masa depan bagi pembinaan rangkaian dan evolusi teknologi, serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami. MTN dan ZTE sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka. Penyediaan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan adalah lebih penting berbanding teknologi dan kecekapan," kata Babak Fouladi, Ketua Pegawai Inovasi Teknologi MTN Group.

Xu Huijun, Ketua Pegawai Teknologi ZTE berkata: "Sebagai penyedia penyelesaian ICT yang utama di dunia, ZTE mempelopori dalam bidang 5G, strategi teras kami. Kami percaya kerjasama dalam bidang 5G kali ini akan membantu MTN memanfaatkan prestasinya sebagai pembawa terbaik dan membolehkannya membina rangkaian bertaraf dunia."

ZTE telah menjadikan pembangunan 5G sebagai strategi terasnya dan berusaha untuk menerajui inovasi 5G. ZTE telah menjalin kerjasama 5G dengan banyak pengendali paling sofistikated yang terkenal di dunia, termasuk Telefonica, T-Mobile, Wind Tre Itali, Telenet Belgium, VEON, Telecom Malaysia, KT Korea Selatan, China Mobile, China Unicom dan China Telecom.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.  

Perhubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180228/2067952-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements Trade show news