omniture

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Simbol Titik Pertengahan Festival Habano Tahun Ini

HABANOS SA
2018-03-02 01:03 772

HAVANA, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • Kejayaan dua dekad disambut pada malam khusus untuk Festival yang menghimpunkan peminat Habano dari lebih 70 negara 
  • Festival ini dihoskan oleh personaliti-personaliti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Jorge Drexler, Tom Jones, Chucho Valdés atau Naomi Campbell 
  • Habanos, S.A. lancarkan produk penghormatan ulang tahun ke-20 festival: Romeo y Julieta Grand Churchills 

Festival Habano menyambut ulang tahun ke-20nya, maka acara sebelah malam itu menandakan titik pertengahan Festival bagi memperingati sejarah dan kejayaannya.

Teatro Martí dan Gran Teatro de la Habana menjadi tuan rumah acara.

Para hadirin menikmati Habanos seperti produk penghargaan Festival: Romeo y Julieta Grand Churchills (56x190 mm), vitola yang unik dan eksklusif untuk siri terhad 450 humidor. Begitu juga Hoyo de Monterrey Le Hoyo Río Seco (56 x 140 mm), format yang menjanjikan Le Hoyo Rio Seco diterima dengan sangat baik oleh peminat Hoyo de Monterrey.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8283251-celebration-20-anniversary-habano-festival/

Malam penghormatan ini diadakan bagi memperingati Festival menerusi muzik, tarian dan seni, selain beberapa persembahan oleh Edesio Alejandro, Carlos Acosta, Litz Alfonso atau Alain Pérez. The Gran Teatro de la Habana's mengadakan majlis makan malam koktel yang diakhiri dengan persembahan oleh Descemer Bueno.

Sempena edisi ke-20 ini, lebih 1,200 orang mengunjungi Havana bagi meraikan budaya Habanos menerusi kehadiran individu-individu berkaitan dan ahli-ahli budaya (Jorge Drexler, Tom Jones Chucho Valdés, Naomi Campbell, Joseph Fiennes, Jim Belushi atau Ara Malikian). Tahun ini, Orishas akan membawakan persembahan muzik dalam Malam Gala.

Hari ini, para hadirin menikmati gandingan istimewa Torres Brandies bersama dua Habanos yang paling dihargai: Partagás Serie D No 4 dan Romeo y Julieta Short Churchills.

Festival ini turut mengetengahkan Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa. Selepas fasa awal yang berlangsung pada 26 Februari, tanggal 2 Mac, barisan finalis Darius Namdar dari United Kingdom dan Mabel Duran dari Cuba akan bersaing dalam pertandingan peringkat akhir.

Cabaran Dunia I Habanos akan menilai pengetahuan dan kemahiran peminat-peminat Habano dari seluruh dunia. Dua pasangan finalis terdiri daripada Raffi Der Garapetian dan Alexis Tselepis dari Cyprus, serta Mayli Mostaza dan Daylin López dari Cuba.

Malam Gala pula akan berlangsung pada 2 Mac yang didedikasikan untuk Partagás serta Línea Maduro baharunya. Acara sebelah malam itu juga akan menyajikan sambutan majlis Anugerah Habanos dan Lelongan Humidor.

Carla Lladó
press.habanos@yr.com
Tel: +34-669-54-69-09        

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/647774/Habano_Festival_20th_Anniversary.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco