omniture

Target Umum Kolaborasi Edisi Terhad dengan Hunter

Target Corporation
2018-03-02 01:21 537

Koleksi gaya hidup musim bunga raikan keluarga, keseronokan dan aktiviti luar, dengan kebanyakan pakaian berharga bawah $30

MINNEAPOLIS, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Target Corporation (NYSE: TGT) hari ini mengumumkan kolaborasi musim bunga edisi terhad dengan Hunter, jenama warisan British yang diasaskan pada 1856 yang terkenal dengan kasut but Original Wellington yang ikonik, pakaian perlindungan luar, beg dan aksesori. Koleksi ini terdiri daripada lebih 300 barangan. Ia merangkumi pakaian dan aksesori untuk wanita, lelaki, kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak kecil, serta produk untuk kediaman dan aktiviti luar - sebilangannya dijual buat kali pertama oleh Hunter, seperti buaian kanvas, peneduh cahaya matahari dan alat pendingin.

Hunter for Target
Hunter for Target

"Hunter menjadi perhatian sejak dahulu kerana estetika rekaan yang kemas dan rapi, kekayaan warisan serta semangat lincah yang ditonjolkan, dan berdasarkan penyelidikan kami, jenama ini dikenali dan digemari oleh pengunjung kami. Oleh itu apabila dua jenama kami dipadankan ia sememangnya sangat praktikal," kata Mark Tritton, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai perdagangan di Target. "Sejak awal lagi, kami bekerjasama dengan Hunter untuk membangunkan koleksi dengan rekaan yang baik dan mampu milik yang melambangkan keseronokan, optimisme dan pengembaraan yang boleh disertai oleh seluruh ahli keluarga. Rekaan berwarna-warni dan sesuai untuk setiap cuaca yang boleh didapati dalam keluaran ini dihasilkan khas bagi menikmati aktiviti luar – hujan atau panas – berpadanan dengan sebarang bajet yang ada."

Koleksi Hunter untuk Target ini boleh didapati bermula Sabtu, 14 April 2018 di kedai Target terpilih dan di Target.com. Koleksi ini mencerminkan semangat inovasi kedua-dua jenama, perkongsian kegembiraan dan optimisme, serta komitmen untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan. Pada julat harga $5-$80, dengan kebanyakan barangan berharga kurang daripada $30, koleksi ini direka untuk mempertemukan ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati aktiviti luar. Selain itu, buat kali pertama dalam sejarah kerjasama rekaan Target, pemegang kadRED bakal menerima akses awal untuk menempah warna eksklusif bagi stail terpilih di Target.com bermula Sabtu, 7 April 2018.

"Kerjasama kami dengan Target memberikan peluang yang unik dan sangat luar biasa bagi kami untuk berkongsi tentang Hunter dan terlibat dengan audiens yang sangat luas di Amerika Syarikat," kata Alasdhair Willis, pengarah kreatif di Hunter. "Kami berkongsi semangat dan nilai jenama yang sama. Secara khususnya, daya tarikan yang ada pada kami untuk menarik penglibatan seluruh ahli keluarga, juga penonjolan semangat kegembiraan, optimisme dan pengembaraan harian. Kerjasama ini meraikan perkara ini dan hubungan kami dengan pesta serta aktiviti luar."

Bagi menjadikan Hunter for Target satu kenyataan dan juga untuk meraikan kerjasama ini, Target dan Hunter bakal menganjurkan satu pesta yang akan melibatkan aktiviti yang mesra keluarga dan persembahan muzik. Pesta ini, yang dirancang pada akhir Mac di Los Angeles, terbuka kepada orang awam dan bakal membuka peluang pertama bagi para pengunjung membeli koleksi tersebut. Target bakal menyiarkan maklumat lanjut tentang pesta ini dan informasi tiketnya dalam beberapa minggu akan datang.

Diasaskan pada 1856 oleh usahawan Amerika di Scotland, Hunter (pada asalnya bernama North British Rubber Company) ialah sebuah jenama warisan British yang progresif, terkenal dengan kasut but Original Wellingtonnya yang ikonik. Pada 2013, Alasdhair Willis menyertai jenama ini sebagai pengarah kreatif, memperkenalkan era baharu Hunter. Sejak pelantikan Willis, jenama ini telah berubah daripada perniagaan produk tunggal, dikenali hampir secara eksklusif melalui kasut but Original, menjadi perniagaan multikategori, berkembang untuk menghasilkan pakaian bagi semua cuaca merentas kategori pakaian sedia pakai, kasut dan aksesori lain. Produk jenama ini popular dalam kalangan pengunjung pesta dan hari ini, Hunter dengan mudahnya dikenal pasti dalam arena pesta di Britain dan di seluruh dunia.

Maklumat lanjut tentang Hunter untuk Target boleh didapati di ABullseyeView.com. Para pengunjung dijemput untuk menyertai perbualan di media sosial menggunakan #HunterxTarget.

Latar Belakang Target

Target Corporation yang berpangkalan di Minneapolis (NYSE: TGT) melayani pengunjung di 1,822 kedai dan juga di Target.com. Sejak 1946, Target memulangkan 5 peratus keuntungannya kepada masyarakat, kini bersamaan dengan berjuta-juta dolar seminggu. Untuk maklumat lanjut, lawati Target.com/Pressroom. Untuk suasana belakang tabir di Target, lawati Target.com/abullseyeview atau ikuti @TargetNews di Twitter.

Latar Belakang Hunter

Hunter ialah sebuah jenama warisan British yang terkenal dengan kasut but Originalnya yang ikonik. Diasaskan di Scotland pada 1856, jenama ini memiliki sejarah inovasi dan perintisan rekaan. Jenama ini dibangunkan atas warisan yang hampir mencecah 160 tahun, menghasilkan kasut dan pakaian luar yang memberi perlindungan cuaca dan mempamerkan prestasi merentas semua rupa bumi. Hunter memegang dua Waran Diraja melalui Pelantikan kepada Baginda Ratu dan Duli Yang Teramat Mulia Duke Edinburgh.

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/648179/Target_Hunter_Collaboration.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/648284/Target_Hunter_Logo.jpg  

Source: Target Corporation
Related Stocks:
NYSE:TGT
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements New products/services Outdoors/Camping/Hiking