omniture

Crocs Lancar LiteRide(TM), Inovasi Terbaharu dalam Teknologi Keselesaan

Busa LiteRide™ 40 peratus lebih lembut dan 25 peratus lebih ringan berbanding busa Classic Croslite™
Crocs, Inc.
2018-03-02 09:46 1662

SINGAPURA, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), pemimpin global dalam kasut kasual untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini mengumumkan penampilan sulung LiteRide ™ di seluruh dunia, teknologi keselesaan paling inovatifnya setakat ini. Dicipta daripada "gabungan seimbang sains dan keajaiban," LiteRide, bahan sel tertutup yang revolusioner, mengukuhkan dedikasi Crocs terhadap keselesaan, memberikan pengguna gabungan sokongan dan kelembutan yang selesa dipijak.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, sila klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/crocs_201803.shtml

 

 

Duta Crocs YOONA dalam terompah LiteRide, produk hebat Koleksi LiteRide(TM)
Duta Crocs YOONA dalam terompah LiteRide, produk hebat Koleksi LiteRide(TM)

 

Duta jenama Henry mempamerkan Koleksi LiteRide(TM) Crocs, inovasi terbaharunya dalam keselesaan
Duta jenama Henry mempamerkan Koleksi LiteRide(TM) Crocs, inovasi terbaharunya dalam keselesaan

 

Terompah LiteRide Crocs yang baharu dilancar di crocs.com dan kedai terpilih bulan ini
Terompah LiteRide Crocs yang baharu dilancar di crocs.com dan kedai terpilih bulan ini

 

Koleksi LiteRide(TM) baharu, tersedia dalam pelbagai warna yang menyerlah
Koleksi LiteRide(TM) baharu, tersedia dalam pelbagai warna yang menyerlah

Busa LiteRide™, bahan utama dalam koleksi nama yang sama, lahir dengan menggabungkan gaya sporty, gaya dan reka bentuk masa kini dengan keselesaan Crocs yang legenda yang diharapkan oleh pengguna. Malahan, busa LiteRide™ ialah 40 peratus lebih lembut dan 25 peratus lebih ringan berbanding busa Classic Croslite ™, bahan keselesaan Crocs asal yang sudah sedia disukai dan diketahui oleh pengguna.

"Kita menyaksikan peralihan daripada keselesaan yang 'elok-untuk-dimiliki' kepada barangan pengguna yang 'mesti dimiliki,' dan kami fikir LiteRide menyahut peralihan ini," kata Michelle Poole, Naib Presiden Kanan Produk dan Pemasaran Global Crocs. "Malah, teknologi keselesaan LiteRide kami sangat sesuai untuk pengguna yang ingin berasa selesa sepanjang masa setiap hari atau mereka yang hanya mahu pelengkap bergaya untuk memakai pakaian sukan santai mereka."

Untuk SS18, Koleksi LiteRide™ menawarkan pelbagai pilihan produk yang direka untuk wanita dan lelaki yang bersesuaian dengan peningkatan populariti kategori sukan santai. Koleksi LiteRide™ merangkumi gaya berikut: Clog, Slide, Sandal, Flip, Slip-On, Lace, Pacer dan Mule.

"LiteRide lebih ringan, lebih lembut dan lebih fleksibel berbanding semua yang pernah kami cipta sebelum ini. Walaupun Croslite kekal sebagai nadi kisah keselesaan kami dan kasut klasik kami, kami terus meningkatkan kecemerlangan dengan memberikan keselesaan yang inovatif kepada pengguna kami," sambung Poole. "Teknologi LiteRide bukan sahaja menawarkan tahap keselesaan yang tinggi, tetapi reka bentuk yang diperkemaskan baru memberikan gaya Crocs moden yang terbaik. Pada dasarnya: kami percaya inovasi yang berterusan untuk menjadikan pengguna kami berasa selesa dengan diri mereka sendiri."

Duta-duta jenama Crocs YOONA, pemuzik dan pelakon wanita Korea Selatan yang mula terkenal pada tahun 2007 sebagai ahli Girls 'Generation, dan Henry, penyanyi, penulis lagu dan komposer berkongsi pendapat mereka mengenai koleksi LiteRide™:

"Keselesaan sangat penting untuk kelihatan bagus - itulah gaya saya! Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Crocs kerana melancarkan koleksi LiteRide yang baharu, yang membawakan keselesaan kepada peringkat seterusnya. Saya mengalami kesukaran untuk memilih antara terompah sporty LiteRide dan sandal feminin LiteRide!" kata YOONA.

"Saya amat teruja untuk semua orang mencuba kasut terbaru Crocs - LiteRide. Kasut ini seperti satu keajaiban. Amat selesa. Saya memakai terompah LiteRide buat pertama kalinya sewaktu satu rakaman Crocs pada Julai lepas dan kini saya tidak boleh berhenti memakainya! Mereka telah menjadi kegemaran saya untuk sebarang acara kasual," kata Henry.

Latar Belakang Crocs, Inc.

Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia dalam kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan digemari pengguna. Setiap pasang kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™, teknologi kasut yang dibentuk yang proprietari, yang memberikan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pada tahun 2018, Crocs mengukuhkan misi "semua orang selesa dengan diri mereka sendiri" dengan tahun kedua kempen Come As You Are™ global. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Crocs atau Come As You Are, sila lawati www.crocs.com atau ikuti @Crocs di Facebook, Instagram dan Twitter.

Hubungan Media:

Anisha Baghudana
Pengurus Pemasaran Serantau, AMEA
anisha.baghudana@crocs.com  
+65-64999527

Ryan Roccaforte
Pengurus Perhubungan Awam Global
rroccaforte@crocs.com  
+120-38487116

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201803/CROCS/video_v2.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2066620-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2066620-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2066620-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180227/2066620-1-d

Source: Crocs, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:CROX
Related Links:
Keywords: Fashion Retail Sports Sports Equipment & Accessories