omniture

Robot LineRanger: Penyelesaian pemeriksaan talian hidup inovatif

Hydro-Québec
2018-03-02 23:19 634

MONTRÉAL, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hydro-Québec mengumumkan satu pencapaian baharu dalam pembangunan robot pemeriksaan talian kuasa melalui pengenalan prototaip berfungsi bagi platform robotik baharunya, LineRanger. Robot ini, dibangunkan oleh institut penyelidikan Hydro-Québec (IREQ) di Varennes, ialah satu penyelesaian teknologi baharu bagi pemeriksaan yang cekap untuk berkas konduktor pada talian penghantaran bervoltan tinggi.

Kira-kira separuh daripada sistem penghantaran Hydro-Québec mengandungi talian yang terdiri daripada berkas konduktor. Jenis talian ini juga digunakan secara meluas di seluruh dunia. Berkas konduktor ini memberi cabaran khusus kepada robot. Mekanisme terbina dalam revolusioner membolehkan LineRanger mengatasi halangan dengan pantas dan mudah demi pemeriksaan yang lebih cepat dan lebih ringkas bagi jenis talian ini. "Apa yang menjadikan LineRanger berbeza adalah ia mudah digunakan oleh petugas lapangan. Tiada pasukan khas diperlukan," kata Serge Montambault, Pengurus – Kepakaran – Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Robot di Hydro-Québec. LineRanger mempunyai antara muka mesra pengguna dan boleh dipasang dengan mudah pada talian, menjadikannya pilihan ideal untuk pelaksanaan berskala luas.

Akhirnya, LineRanger akan berupaya memeriksa kira-kira 20 km talian sehari, tanpa mengganggu penghantaran kuasa, kerana ia dapat mengendalikan talian hidup.

> Kunjungi Laman Sesawang
> Lihat LineRanger beraksi

Untuk maklumat lanjut: Hydro-Québec, Perhubungan Media, Louis-Olivier Batty, +1-514-289-4214, Batty.louis-olivier@hydro.qc.ca

Source: Hydro-Québec
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities New products/services