omniture

ZTE Jangkakan Kecerdasan Buatan untuk Operasi Dipercepat

ZTE Corporation
2018-03-03 00:04 1024

SHENZHEN, China, 3 Mac 2018 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, bekerjasama dengan firma penyelidikan pasaran IDC untuk bersama-sama mengeluarkan kertas putih "Mempercepatkan AI untuk Operasi dalam Rangkaian Masa Depan", ZTE percaya pengautomatan AI akan memainkan peranan yang lebih penting dalam sektor telekomunikasi dan AI untuk Operasi memberikan peluang hebat untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi menerajui pasaran masa depan.

Dalam kertas putih tersebut, diramalkan bahawa menjelang tahun 2020, organisasi-organisasi yang berupaya menganalisis semua data yang berkaitan dan memberikan maklumat yang boleh diambil tindakan bakal mencapai tambahan $430 bilion dalam faedah-faedah produktiviti berbanding rakan-rakan setara yang kurang berorientasikan analitik. Menerusi AI masa kini yang semakin menjadi tumpuan dalam pengurusan dan penggunaan data besar, lebih banyak organisasi tercari-cari kaedah-kaedah yang berkesan untuk mengendalikan AI.

ZTE, selaku penyedia penyelesaian rangkaian, terminal dan telekomunikasi peneraju dunia yang membuat pelaburan besar dalam 5G, menggalakkan percubaan rangkaian 5G di banyak lokasi seluruh dunia. Pandangan jauh bagi masa depan dengan sambungan hiper turut membawa syarikat untuk mengaturkan penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun terhadap Data Besar dan AI dalam satu platform proprietari - uSmartInsight - bagi membantu mempercepatkan pengendalian AI untuk pelanggan-pelanggannya dalam industri-industri berbeza. Platform uSmartInsight dibangunkan dengan baik untuk bersaing dalam arena kuasa pengkomputeran, data dan senario tugas.

Kebolehan untuk memanfaatkan AI akan menjadi suatu yang penting untuk pengendali rangkaian 5G masa depan. Prospek aplikasi utama termasuk tiga bidang berfungsi: Pengendalian dan Penyelenggaraan Rangkaian; Keselamatan, Konfigurasi, Pengaturan dan Pengoptimuman Rangkaian; Operasi dan Sokongan Perniagaan. Pengendalian Rangkaian akan menjadi bidang segera untuk Pengautomatan berasaskan AI bagi mencipta nilai. Konfigurasi, Pengaturan dan Pengoptimuman Rangkaian akan menyaksikan manfaat paling banyak daripada AI dalam konteks 5G. Operasi dan Sokongan Perniagaan akan dinaik taraf secara meluas dengan AI dibenamkan dalam antara muka penglibatan pelanggan, asas pengetahuan dan sistem penghantaran kerja.

Menyasarkan rangkaian berautonomi sepenuhnya dengan liputan dan kapasiti yang dioptimum, ZTE mengenal pasti beberapa senario aplikasi bernilai tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan. Pembentuk Alur MIMO Besar-besaran 5G Berbantu AI dapat meningkatkan kapasiti rangkaian tanpa wayar tanpa memerlukan spektrum tambahan. Pengimbangan Beban Mobiliti Pintar sebahagian besarnya akan terus mengimbangi rangkaian masa depan untuk Cap Jari Frekuensi Radio yang dapat mengenal pasti dengan unik pemancar fizikal. Hirisan Rangkaian Maya Pintar 5G akan digunakan untuk pelbagai perkhidmatan inovatif yang bakal disokong oleh rangkaian 5G masa depan. Amat penting untuk membahagikan secara dinamik rangkaian fizikal tersebut kepada rangkaian maya yang berbeza demi mengoptimumkan penggunaan sumber mengikut keperluan prestasi yang berbeza.

ZTE menjadikan AI sebagai satu keutamaan pelaburan strategik dalam konteks 5G. Rangkaian 5G akan datang akan bergantung penuh pada keupayaan AI bagi menampung pengurusan infrastruktur, pengurusan fungsi rangkaian dan perniagaan serta sokongan operasi.

Untuk memuat turun kertas putih 'Mempercepatkan AI untuk Operasi dalam Rangkaian Masa Depan', sila klik: http://www.zte.com.cn/mediares/zte/Global/Solutions/Expediting_AI_for_Operations_in_the_Networks_of_Future.pdf

Latar Belakang IDC

International Data Corporation (IDC) ialah penyedia terunggul di dunia bagi risikan pasaran, khidmat nasihat dan acara-acara untuk pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna. IDC membantu ahli-ahli profesional IT, eksekutif-eksekutif perniagaan dan komuniti pelaburan membuat keputusan berdasarkan fakta tentang pembelian teknologi dan strategi perniagaan. Lebih 1,100 penganalisis IDC menyediakan kepakaran global, serantau dan tempatan berhubung peluang-peluang teknologi dan industri serta trend di lebih 110 negara seluruh dunia. Selama 50 tahun, IDC menyediakan maklumat yang strategik untuk membantu pelanggan-pelanggan kami mencapai objektif perniagaan utama mereka. IDC ialah subsidiari IDG, syarikat media teknologi, penyelidikan dan acara yang terkemuka di dunia.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.  

Perhubungan Media:

Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment