omniture

Universiti Hamad Bin Khalifa Alu-alukan Permohonan Antarabangsa untuk Program Siswazah Unik

Hamad bin Khalifa University
2018-03-03 01:16 1756

DOHA, Qatar, 3 Mac 2018/PRNewswire/ --

Institusi berpangkalan di Qatar tawar pendidikan antara disiplin untuk pelbagai kumpulan pelajar

Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU), sebuah institusi pendidikan yang berpangkalan di Qatar, kini menerima permohonan antarabangsa untuk 17 pilihan program ijazah sarjana bertaraf dunia Universiti tersebut. HBKU ialah anggota Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF).

generated by system

generated by system

Sebagai sebuah universiti intensif penyelidikan yang memperkasa perubahan positif, HBKU terdiri daripada empat kolej yang menyampaikan pendidikan berkualiti dalam bidang-bidang pengajian penting: Kolej Sains dan Kejuruteraan (CSE), Kolej Undang-undang dan Dasar Awam (CLPP), Kolej Kemanusiaan dan Sains Sosial (CHSS) dan Kolej Pengajian Islam (CIS).

Dr. Ahmad M. Hasnah, presiden HBKU berkata, "Kami berbangga dengan tradisi kami yang menerima pelajar-pelajar antarabangsa - lebih 600 pelajar dari hampir 60 negara berbeza kini mengikuti program-program siswazah kami - dan tahun ini, kami berharap dapat menerima lebih ramai pelajar."

"Kami mengundang para pelajar yang cemerlang dari seluruh dunia untuk mengikuti dan mendapat manfaat daripada ekosistem yang inovatif di tengah-tengah Qatar. Fakulti dan sumber-sumber kami yang mengagumkan membantu kami menunaikan janji kami untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang cemerlang, manakala program-program berbilang disiplin kami pula menjadi bukti terhadap kualiti pendidikan yang kami tawarkan," sambung beliau.

HBKU terletak di Bandar Pendidikan - sebuah komuniti bertenaga yang terdiri daripada golongan ilmuwan, penyelidik dan pelajar - ibu negara Qatar, Doha. Bandar Pendidikan ini menempatkan kemudahan-kemudahan penyelidikan yang canggih dan kampus-kampus cawangan beberapa universiti AS dan Eropah yang terkemuka di dunia. Universiti-universiti ini termasuk Virginia Commonwealth University School of the Arts di Qatar; Weill Cornell Medicine - Qatar; Texas A&M University di Qatar; Carnegie Mellon University di Qatar; Georgetown University di Qatar; Northwestern University di Qatar; HEC Paris di Qatar; dan UCL Qatar.

HBKU berusaha untuk menyediakan peluang-peluang yang mana penyelidikan dan penemuan adalah penting untuk pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat. Universiti tersebut melantik fakulti yang terkemuka dari seluruh dunia untuk menyampaikan kurikulumnya yang unik.

CSE menawarkan ijazah sarjana dan ijazah PhD dalam Pembangunan Mampan, Sains Hayat serta Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran. Penyediaan program-program CSE mendapat manfaat daripada kolaborasi mantap bersama institut-institut penyelidikan HBKU: Institut Penyelidikan Alam Sekitar dan Tenaga Qatar, Institut Penyelidikan Bioperubatan Qatar dan Institut Penyelidikan Pengkomputeran Qatar. Para pelajar CSE berpeluang untuk menjalankan projek-projek sebenar yang sejajar dengan cabaran masa depan yang dihadapi oleh negara dan wilayah tersebut. Program Genomik dan Ketepatan Perubatan kolej yang dilancarkan baru-baru ini adalah unik dan menggalakkan penyelesaian bertumpu pesakit di hospital yang dapat menangani isu-isu perubatan yang penting.

CLPP menawarkan ijazah Doktor Perundangan (Juris Doctor, JD), iaitu program ijazah sarjana undang-undang pertama seumpamanya di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara. Program ini menumpu pada pertembungan antara pelbagai sistem undang-undang di Qatar dan aplikasinya dalam industri-industri utama seperti tenaga, penjagaan kesihatan, pembangunan infrastruktur, kewangan dan pelaburan global, endowmen budaya dan juga media.

CHSS HBKU menawarkan program Ijazah Sarjana Kesenian (MA) dalam Kemanusiaan dan Masyarakat Digital; Wanita, Masyarakat dan Pembangunan; Pengajian Penterjemahan dan Penterjemahan Audiovisual. Program-program CHSS berada di persimpangan antara kemanusiaan dan teknologi. Program-program Pengajian Penterjemahan dan Penterjemahan Audiovisual kolej tersebut mendapat akreditasi daripada Universiti Geneva.

Akhir sekali, CIS menawarkan MA dalam Pengajian Islam dan juga MS dalam Kewangan Islam untuk para pelajar siswazah. MS dalam Kewangan Islam ialah salah satu daripada program yang amat terhad bilangannya bagi Kewangan Islam khusus dan berkualiti tertinggi yang disediakan di mana-mana jua.

Peluang-peluang pembiayaan dan biasiswa ditawarkan secara merit kepada pelajar-pelajar yang diterima untuk memasuki HBKU.

HBKU mengambil bahagian dalam Jerayawara Bandar Pendidikan pada awal Februari lalu di Kuwait, mengunjungi universiti-universiti dan menyediakan reruai bagi mempamerkan pelbagai pilihan program yang ditawarkan. Universiti ini turut merancang untuk menjelajah ke Oman dan Turki bagi meluaskan aktiviti-aktiviti mendekati pelajar.

Negara Qatar mengukuhkan negaranya dengan pesat sebagai penggiat rantau yang penting di Timur Tengah. Ia merupakan pengeksport gas asli cecair yang utama di dunia dan mempunyai salah satu KDNK per kapita tertinggi di peringkat dunia, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa. Negara ini turut bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022.

Para pemohon antarabangsa yang berminat boleh memohon kemasukan sehingga 1 April. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://www.hbku.edu.qa.  

Latar Belakang Universiti Hamad Bin Khalifa

Menginovasi Hari Ini, Membentuk Masa Depan 

Universiti Hamad Bin Khalifa (HBKU), anggota Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai sebuah universiti intensif penyelidikan yang bertindak sebagai pemangkin demi perubahan transformatif di Qatar dan wilayah tersebut sekaligus memberi impak global. Terletak di Bandar Pendidikan, HBKU komited untuk membina dan memupuk keupayaan manusia melalui pengalaman akademik yang diperkaya, ekosistem inovatif dan perkongsian yang unik. HBKU menyediakan program-program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pelbagai bidang melalui kolej-kolejnya, serta menyediakan peluang-peluang penyelidikan dan biasiswa melalui institut-institut serta pusat-pusatnya. Untuk maklumat lanjut tentang HBKU, layari http://www.hbku.edu.qa .

Butiran perhubungan: Aisha Jassim, +974(0)331-78-848, ajassim@webershandwick.com

Source: Hamad bin Khalifa University
Keywords: Education Higher Education