omniture

Cambium Networks Lancar Penyelesaian Plat Tembok Wi-Fi Dayakan Pengalaman Tetamu Terunggul dalam Jaringan Hospitaliti

Cambium Networks
2018-03-05 23:00 647

e430W Perusahaan cnPilot™ sediakan sambungan Gelombang 2 802.11ac untuk Hotel

ROLLING MEADOWS, Illinois, 5 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan e430W cnPilot baharu, Titik Akses plat tembok Wi-Fi perusahaan diurus-awan. Menyokong piawaian Gelombang 2 802.11ac, titik akses ini amat sesuai untuk menyediakan fungsi ketersambungan di hotel, pusat peranginan dan unit berbilang-kediaman (MDU). AP yang dipasang pada tembok itu dilengkapi dengan berbilang port GigE untuk memacu akses rangkaian Wi-Fi dalam bangunan dan port berwayar melalui portal-portal terurus.

 "Hotel dan MDU mendapat permintaan yang tinggi terhadap sambungan yang andal, dan e430W menjadikannya mudah untuk menyediakan sambungan berkelajuan tinggi," kata Drew Lentz, Pengasas Bersama, Frontera Consulting. "Sistem ini menawarkan prestasi terbaik pada harga yang amat berpatutan. Menerusi peranti tunggal yang cantik dipandang, sesebuah hotel boleh menyediakan akses Wi-Fi kepada pelanggan, akses berwayar kepada IPTV dan litar VoIP kepada telefon dalam bilik."

Ciri-ciri e430W cnPilot termasuk:

  • Piawaian Gelombang 2 802.11ac dwijalur dengan teknologi MU-MIMO 2x2
  • Radio BLE untuk mendayakan perkhidmatan berasaskan kehadiran
  • Empat port Eternet Gigabit (GigE) untuk menghubungkan pelanggan berwayar seperti PC dan IPTV
  • Port keluar PoE untuk memberi kuasa kepada telefon IP dalam bilik
  • Port hantar-pintas untuk menyambungkan aksesori legasi seperti telefon biasa atau pelanggan IP berwayar dipacu Eternet
  • Pilihan penggunaan rintang gangguan

"e430W diurus-awan ialah AP dalam bilik berciri penuh yang direka untuk mengendalikan permintaan yang semakin meningkat yang dituntut oleh tetamu hospitaliti masa kini terhadap sistem Wi-Fi hotel," kata Puneet Batta, Pengarah Kanan Kejuruteraan, Cambium Networks.

"Platform awan cnMaestro™ menawarkan penyedia penyelesaian hospitaliti (HSP) dengan akses kepada API, ciri-ciri akses tetamu boleh disesuaikan dan terbina dalam, log masuk sosial dan ciri-ciri gerbang pembayaran," kata Rad Sethuraman, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk, Cambium Networks. "Ciri-ciri ini memberi nilai dengan menjadikannya lebih mudah untuk hotel-hotel menjana keuntungan daripada rangkaian Wi-Fi mereka berbanding sebelum ini dan pada masa yang sama berkhidmat untuk tetamu dengan yakin."

Ciri-ciri MSP cnMaestro termasuk:

  • Seni bina berbilang-penyewa
  • Akses rangkaian berasaskan peranan berbilang-pentadbiran
  • Kebolehan menghasilkan halaman Pengenalan (Splash) atau Destinasi (Landing) khusus untuk pelanggan (hotel)
  • API untuk penyepaduan terhad dengan penyelesaian ekosistem termasuk Sistem Pengurusan hartanah, Akses Tetamu dan penyelesaian Analitik
  • Peruntukan sifar sentuhan
  • Instrumen penyelesaian masalah termasuk pemantauan AP dengan imbasan jarak jauh
  • Paparan papan pemuka dengan penggera
  • Pengurusan inventori

e430 melengkapi e410 dan e600 dalam bangunan, dan e500 luaran, Titik Akses Wi-Fi bagi menyediakan penyelesaian rangkaian tanpa wayar yang lengkap untuk pengendali rangkaian hospitaliti dan MDU; semuanya diuruskan oleh cnMaestro.

Cambium Networks bakal mengadakan webinar secara langsung untuk membentangkan mengenai plat tembok e430W baharu. Acara percuma ini berlangsung pada jam 11 pagi Waktu Pusat AS pada hari Selasa, 13 Mac. Daftar untuk menghadiri webinar di sini.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang berpatutan, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian di 147 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungi: Sara Black, 1-213-618-1501, sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Hotels and Resorts Telecommunications Travel Wireless Communications