omniture

Kejohanan Duatlon Powerman Asia Malaysia 2018: Rangkul Gelaran Juara Tiga Kali Berturut-Turut oleh Nombor Dua Dunia

Thomas Bruins Dari Belanda Sekali Lagi Raih Gelaran Juara Asia yang Jadi Rebutan
E-Plus Global Sdn Bhd
2018-03-06 00:16 823

PUTRAJAYA, Malaysia, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Edisi tahun ini bagi kejohanan duatlon kompetitif yang terbesar di dunia, anjuran E-Plus Global Sdn Bhd - Kejohanan Duatlon Powerman Asia Malaysia 2018 melabuhkan tirainya menerusi seramai 3,756 atlet duatlon elit terbaik, atlet berbilang sukan dan para peminat dari 41 negara berlari dan berbasikal sepuas hati mereka. Juara bertahan dari Belanda, Thomas Bruins berjaya merangkul gelaran juara tiga kali berturut-turut bagi Kategori Elit Lelaki manakala atlet yang pertama kali bertanding di Malaysia, Anna Eberhardt-Halasz dari Hungary meraih gelaran juara bagi Kategori Elit Wanita.

Keputusan: 

Kejohanan Duatlon Powerman Asia Malaysia 2018 (Lelaki)

Pertama

Thomas Bruins

(Belanda)

02:38:17

Kedua

Matt Smith

(Australia)

02:47:26

Ketiga

John Leerams Chicano

(Filipina)

02:47:26

 

Kejohanan Duatlon Powerman Asia Malaysia 2018 (Wanita)

Pertama

Anna Eberhardt-Halasz

(Hungary)

02:54:04

Kedua

Miriam Van Reijen

(Belanda)

03:04:04

Ketiga

Monica Torres

(Filipina)

03:06:42

 

Kejohanan Asia Duatlon Jarak Sederhana ASTC Putrajaya 2018 (Lelaki)

Pertama

John Leerams Chicano  

(Filipina)  

02:47:26  

Kedua

Emmanuel Commendador  

(Filipina)  

02:51:54  

Ketiga

Raymund Torio  

(Filipina)  

02:55:45  






 

Kejohanan Asia Duatlon Jarak Sederhana ASTC Putrajaya 2018 (Wanita)

Pertama

Monica Torres  

(Filipina)  

03:06:42  

Kedua

Airi Sawada  

(Jepun)  

03:18:04  

Ketiga

Jelsie Sabado  

(Filipina)  

03:32:43  






 

Kejohanan Duatlon Powerman Asia Malaysia 2018 terdiri daripada empat kategori - Klasik Individu dan Pasukan Klasik Berganti-ganti (10km - 60km - 10km) serta Jarak Dekat Individu dan Pasukan Jarak Dekat Berganti-ganti (5km - 30km - 5km) diadakan pada hari Ahad, 4 Mac 2018.

Perlumbaan PowerKIDS mencakupi empat kumpulan usia - 5 hingga 7 tahun (0.4km - 1km - 0.4km), 8 hingga 10 tahun (0.8km - 2km - 0.8km) dan 11 hingga 12 tahun (1.2km - 3 km - 1.2km) diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2018.

Kejohanan Duatlon Powerman Asia - Malaysia 2018 dipromosikan dan dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd (www.eplusglobal.com), diluluskan oleh Persatuan Powerman Antarabangsa, Persekutuan Triatlon Asia  dan Persatuan Triatlon Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.powermanmalaysia.com.

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports