omniture

Quantcast lantik Meredith Long sebagai Ketua Pegawai Hasil di Amerika Utara

Quantcast
2018-03-06 00:50 638

Mantan Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Berita, Kemewahan & Gaya di Time Inc. akan memimpin pasaran terbesar Quantcast demi membantu jenama-jenama berkembang

SAN FRANCISCO, 5 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Quantcast, platform tingkah laku audiens dipacu-AI yang terbesar di dunia untuk Internet terbuka, hari ini mengumumkan pelantikan Meredith Long sebagai Ketua Pegawai Hasil untuk Amerika Utara. Menerusi jawatan eksekutif ini, Cik Long akan memimpin organisasi jualan Amerika Utara syarikat, iaitu pasaran milik syarikat yang terbesar. Ditempatkan di pejabat syarikat di New York, beliau akan melapor diri kepada Ketua Pegawai Operasi Quantcast, Rob Horler.


Seorang peneraju industri dan penerima anugerah Dewan Pencapaian American Advertising Federation (AAF) 2016, sebelum lantikan ini Cik Long menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Berita, Kemewahan & Gaya di Time Inc. Beliau bertanggungjawab terhadap jenama-jenama Time Inc. termasuk TIME, Fortune, Money, InStyle, Food & Wine, Travel + Leisure dan Departures, memimpin prestasi kewangan dan strategik keseluruhan. Beliau turut mengurus francais- francais utama jenama-jenama berkenaan serta acara-acara langsung termasuk Food & Wine Classic tahunan di Aspen, TIME 100 dan Fortune Live Media Division, yang melibatkan Wanita Paling Berpengaruh Fortune, Forum Global Fortune, CEO Initiative, Brainstorm Tech dan banyak lagi. Kini beliau berkhidmat untuk Jawatankuasa Eksekutif Dewan Pencapaian AAF dan merupakan Presiden New York Women in Communications (NYWICI.)          

"Terdapat hanya segelintir eksekutif dalam bidang media, pemasaran dan pengiklanan yang mempunyai kekuatan dan keluasan pengalaman dalam membantu jenama-jenama berkembang seperti Meredith. Beliau pernah bekerjasama dengan para eksekutif peringkat tertinggi, eksekutif pemasaran dan agensi selama bertahun-tahun dan menjadi rakan kongsi dipercayai serta penasihat untuk pemasar-pemasar jenama," kata En. Horler. Beliau turut memahami cabaran dan peluang untuk penerbit jenama, setelah menjadi Penerbit Kumpulan untuk TIME, Fortune dan Money, yang mana beliau memacu keuntungan secara keseluruhan berbanding tahun sebelumnya (YOY), meluaskan hasil merentasi segmen video, digital dan cetakan. Ini semua bergantung pada bakat dan Meredith ialah pemimpin terbukti, yang mengetahui bagaimana untuk membina pasukan berprestasi tinggi yang dapat mengukuhkan perkongsian strategik dan memacu pertumbuhan. Beliau merupakan satu penambahan hebat kepada keluarga Quantcast."  

"Jenama-jenama berhadapan dengan krisis pertumbuhan dan tercari-cari rakan kongsi sebenar yang dapat dipercayai untuk membantu mereka mengenali audiens mereka," kata Cik Long. "Hanya terdapat segelintir rakan kongsi yang benar-benar dapat membantu jenama-jenama berkembang pada masa kini dan Quantcast ialah salah satu daripadanya. Setelah mewujudkan "graf tingkah laku", Quantcast mempunyai data pihak pertama berskala Internet, model prediktif swasuai dan pengutomatan serta pengoptimuman AI yang terunggul yang menyediakan maklumat, penyelesaian bersasaran dan penyelesaian pengukuran untuk perisikan audiens. Saya berasa teruja untuk menyertai pasukan berbakat luar biasa ini!"

Latar Belakang Quantcast

Selaku peneraju global bagi teknologi kecerdasan buatan, Quantcast menggunakan pembelajaran mesin untuk mendorong pembelajaran manusia demi membantu jenama-jenama berkembang dalam era-AI. Ditubuhkan pada tahun 2006, Quantcast ialah platform maklumat dan pengukuran audiens langsung dipacu-AI yang terbesar di dunia. Mengukur lebih 100 juta web dan destinasi mudah alih, Quantcast ialah nadi masa sebenar bagi Internet yang membantu pemasar, penerbit, agensi dan pakar runding memahami, mengoptimumkan dan meramalkan interaksi pengguna bagi memacu hasil perniagaan. Beribu pejabat di San Francisco, Quantcast menggaji lebih 800 kakitangan di 22 pejabat merentasi 10 negara.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/405575/QUANTCAST_WORDMARK_PADDING_RGB_BLACK_R.jpg

 

Source: Quantcast
Keywords: Advertising Computer/Electronics Publishing/Information Service Personnel announcements