omniture

Platform Pemasaran Prestasi Mudah Alih Yeahmobi Sertai IAB Tech Lab

Yeahmobi
2018-03-06 22:38 1092

XI'AN, China, 6 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Platform pemasaran prestasi mudah alih Yeahmobi mengumumkan bahawa syarikat secara rasminya menyertai Interactive Advertising Bureau (IAB) Tech Lab, sebagai ahli kumpulan kerja openRTB.

Yeahmobi sertai IAB sebagai ahli Tech Lab
Yeahmobi sertai IAB sebagai ahli Tech Lab

IAB Tech Lab ialah konsortium penyelidikan dan pembangunan yang bebas serta bertaraf antarabangsa yang bertanggungjawab menghasilkan dan membantu syarikat-syarikat melaksanakan piawaian teknikal industri global. Matlamatnya adalah untuk menyatukan industri, mengelakkan pergeseran dan mengekalkan pertumbuhan industri yang selamat dan terjamin.

Beberapa tahun kebelakangan ini, IAB terlibat secara aktif dalam mengubah pembangunan industri. Ia baru sahaja melancarkan program pematuhan pengukuran baharu, yang menggesa syarikat-syarikat untuk melaksanakan piawaian pengukuran industri yang penting. Ia juga berusaha untuk memerangi trafik palsu yang memudaratkan seluruh ekosistem perniagaan.

Ahli-ahli Tech Lab dihimpunkan mengikut kekuatan masing-masing. Yeahmobi menyertai kumpulan kerja OpenRTB, yang bertujuan untuk terus menaik taraf protokol OpenRTB. Protokol RTB yang digunakan oleh semua DSP seluruh dunia boleh dikesan semula mengikut kerja yang dilakukan oleh kumpulan tersebut. Ia sangat mengesyorkan kerja teknologi, dan para peserta perlulah merupakan pemilik produk atau pernah menjadi pemimpin teknikal yang lain.

Yeahmobi ialah penggiat utama dalam bidang pemasaran prestasi mudah alih. Ia dikhususkan untuk membantu syarikat-syarikat teknologi mudah alih mencapai pertumbuhan global, memperoleh pengguna aktif dan menjana keuntungan daripada inventori. Ia mempunyai produk-produk teknologi proprietari, seperti YeahTargeter dan YeahDSP. YeahTargeter ialah instrumen penyasaran semula yang direka khusus untuk pengiklan e-dagang, manakala YeahDSP menggabungkan sumber trafik premium, mendayakan pembidaan masa sebenar di sisi pihak pengiklan.

Menerusi pencapaian pembangunan teknologi, Yeahmobi telah membuktikan keupayaan untuk berusaha membangunkan spesifikasi OpenRTB yang terkini, bersama-sama ahli-ahli kumpulan yang lain seperti Amazon, Google, Twitter, FOX Networks, dsb.

Setelah menyertai IAB Tech Lab, Yeahmobi akan berupaya mengikuti dengan teliti piawaian industri dan menaik taraf produk-produk teknologi agar dapat memenuhi kriteria teknologi global.

Naib Presiden & Pengarah Perniagaan Antarabangsa Yeahmobi, Daisy Wu berkata, "Yeahmobi menggabungkan trafik iklan global dan berkhidmat untuk pelanggan di serata dunia. Setelah menjadi ahli IAB Tech Lab, kami dapat mengikuti trend teknologi yang terkini dengan lebih dekat dan berkomunikasi bersama para penggiat dalam industri pengiklanan dan pemasaran mudah alih."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180306/2072702-1  


Source: Yeahmobi
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements