omniture

CRI Certification Dianugerahkan Akreditasi Pengurusan Antirasuah ISO 37001:2016 Pertama Seumpamanya oleh DAC

Corporate Research and Investigations
2018-03-07 19:57 744

Jabatan Akreditasi Dubai (DAC) secara rasmi mengiktiraf kebolehan firma global untuk membantu menjamin organisasi-organisasi memastikan sistem pengurusan mematuhi piawaian dan mencegah rasuah  

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Corporate Research and Investigations LLC "CRI Group"  (www.CRIGroup.com) hari ini mengumumkan ia telah diberikan perakuan akreditasi oleh Jabatan Akreditasi Dubai (DAC) bagi skop Badan Penilaian Pematuhan Sistem Pengurusan Antirasuah ISO 37001:2016. Akreditasi ini merupakan yang pertama seumpamanya yang dianugerahkan kepada badan pensijilan yang mengkhusus dalam piawaian risiko dan pematuhan berkaitan antirasuah dan antipenyelewengan global.

Beribu pejabat di Dubai, CRI Group ialah Badan Penilaian Pematuhan paling utama untuk Pensijilan Sistem Pengurusan Antiasuah ISO 37001:2016, menyediakan latihan juruaudit utama dan juruaudit dalaman berkepakaran melalui Pusat Kecemerlangan Antirasuah Antipenyelewengan (Anti-Bribery Anti-Corruption, ABAC®) yang bereputasi tinggi."

Cik Amina Ahmed Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif DAC, mengucapkan tahniah kepada Corporate Research and Investigations LLC - CRI Group, Dubai, UAE kerana menjadi badan pensijilan pertama dan satu-satunya yang memenuhi kriteria dan diiktiraf oleh DAC bagi pensijilan ISO 37001:2016. Beliau berkata bahawa DAC melancarkan skim akreditasi untuk pengurusan antirasuah sejajar dengan pendekatan oleh kerajaan Dubai ke arah mencapai piawaian dan ketelusan tertinggi dalam kalangan organisasi sektor awam dan swasta.

Akreditasi ini memperkasa CRI Certification untuk menyediakan tahap perkhidmatan audit yang tertinggi untuk organisasi-organisasi multinasional yang berusaha memastikan sistem pengurusan mereka mematuhi piawaian global (selaras dengan keperluan ISO 17021-1:2015), sekaligus mematuhi tahap piawaian yang sentiasa berubah yang ditentukan oleh kawasan-kawasan dengan pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia.

"Ini merupakan satu penghormatan istimewa apabila menjadi badan penilaian pematuhan yang pertama sekali diiktiraf di Timur Tengah, Asia dan UK," kata Zafar I. Anjum, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi CRI Group, syarikat induk Pusat Kecemerlangan Antirasuah Antipenyelewengan (Anti-Bribery Anti-Corruption, ABAC®). "Akreditasi ini merupakan bukti kepakaran jaringan pakar-pakar audit global kami dan hasil usaha selama 28 tahun menyediakan penyelesaian pengurusan risiko dan pematuhan tahap tinggi kepada organisasi-organisasi seluruh dunia yang berusaha memerangi kesan-kesan rasuah dan penyelewengan yang memudaratkan."

Pensijilan ISO 37001:2016 dapat membantu menubuhkan sebuah organisasi yang melaksanakan langkah-langkah yang munasabah dan seimbang bagi mencegah rasuah. Langkah-langkah ini melibatkan kepimpinan peringkat atasan, latihan, penilaian risiko, usaha wajar, kawalan kewangan dan komersial, pelaporan, audit dan penyiasatan.

"Pensijilan ini bukan sekadar piawaian 'yang memenuhi syarat-syarat yang perlu'," kata Anjum. "Ia merupakan proses rumit yang memerlukan organisasi-organisasi yang mengambil bahagian untuk memperlihatkan sepenuhnya pelaksanaan proses-proses dalaman, dasar-dasar dan kawalan melalui audit pelbagai peringkat berasaskan bukti yang menyeluruh. Bagi melakukannya, ia memerlukan pasukan audit yang amat cekap dan berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman dalam bidang yang substantif sebagai penyiasat, pengawai pematuhan dan pegawai profesional undang-undang."

Anjum terus menambah bahawa "CRI Group dibarisi oleh pakar-pakar bidang tertentu dengan pelbagai bidang kepakaran."

Organisasi-organisasi global semakin berusaha mendapatkan pensijilan ISO 37001:2016 tatkala mereka terus membuat pelaburan penting dalam penambahbaikan program pematuhan, menyaksikan pensijilan berkenaan sebagai satu kelebihan daya saing untuk mendapatkan perniagaan bersama syarikat-syarikat multinasional utama, dan juga sebagai satu strategi untuk mengelakkan berlakunya proses pematuhan yang pelbagai dan bertindih oleh rakan-rakan niaga mereka.

Pensijilan dapat meningkatkan tahap kredibiliti yang berbeza kepada sistem pengurusan organisasi sekaligus menawarkan pelbagai faedah tambahan:

  • Ia memastikan organisasi melaksanakan program pengurusan antirasuah berdaya maju yang menggunakan kawalan dan sistem yang diterima secara meluas.
  • Ia memberi jaminan kepada pihak pengurusan, pelabur, rakan niaga, kakitangan dan pemegang kepentingan lain bahawa organisasi tersebut aktif menjalankan proses-proses yang diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa bagi mencegah rasuah dan penyelewengan.
  • Ia melindungi organisasi, asetnya, pemegang saham dan pengarah daripada kesan rasuah.
  • Ia menyediakan bukti yang boleh diterima kepada pihak pendakwa atau mahkamah bahawa organisasi tersebut telah mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mencegah rasuah dan penyelewengan.

Meskipun pensijilan ISO 37001:2016 tidak menyediakan peruntukan perlindungan selamat terhadap penguatkuasaan peraturan, ia bertujuan untuk menjadi bukti bahawa sesebuah syarikat yang diperakui telah mengambil langkah-langkah bermakna ke arah pematuhan yang berkesan. Pematuhan sistem pengurusan yang diperakui oleh badan pihak ketiga yang diiktiraf boleh membantu menyingkirkan mana-mana tanggungjawab jenayah di bawah sistem juridikal tertentu.

LATAR BELAKANG CRI CERTIFICATION
CRI Certification beroperasi daripada Pusat Kecemerlangan Antirasuah Antipenyelewengan (Anti-Bribery Anti-Corruption, ABAC®) dan menyediakan pensijilan serta latihan yang diiktiraf kepada syarikat-syarikat yang ingin mengesahkan atau meluaskan rangka kerja pematuhan sedia ada mereka dengan melaksanakan proses-proses usaha wajar amalan terbaik yang terkini serta prosedur-prosedur yang diperlukan untuk menjalankan serta mengekalkan penggabungan pihak ketiga global.

HUBUNGI
Corporate Research and Investigations LLC
917-918, Liberty House, DIFC
Peti Surat 111794, Dubai, UAE

PEJABAT: 

+971 4 3589884

TEL. BIMBIT: 

+971 50 9038184

EMEL:

Javeria.Adeel@CRIGroup.com 

URL:

www.CRICertification.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/431851/Corporate_Research_and_Investigations_Logo.jpg

 

Source: Corporate Research and Investigations
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues