omniture

Haier Dijenamakan Semula sebagai Platform Penyelesaian Kediaman Pintar Utama Dunia untuk Era IoT Pamerkan Penyelesaian Kediaman Pintar Baharu Menjelang AWE 2018

Haier
2018-03-07 20:33 1234

SHANGHAI, 7 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi perkakas rumah Cina Haier, iaitu jenama perkakas No.1 di dunia, akan mempamerkan prestasi cemerlang enam subjenama global utamanya menjelang pembukaan Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2018 (AWE 2018) di Shanghai. Haier mempercepatkan pencapaian kejayaan awal bagi capaian globalnya semasa era IoT baharu dengan menyediakan penyelesaian kediaman pintar yang tersuai serta popular, yang digunakan untuk membangunkan portfolio yang terdiri daripada jenama-jenama terkenal di dunia, menandakan bermulanya era Internet Komunikasi Benda (IoT) yang baharu untuk penyelesaian kediaman pintar. Acara ini bakal diadakan di Pusat Ekspo Shanghai.

Diumumkan setahun yang lalu, strategi pemasaran berbilang jenama Haier membolehkan syarikat menyelaraskan pembangunan enam jenama utamanya, termasuk GE Appliances di Amerika Syarikat, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun, berserta jenama-jenama dari tempat asal Haier, Casarte dan Leader. Kini, semua model di bawah semua jenama akan berupaya disepadukan kepada kediaman pintar menggunakan produk-produk Penyelesaian Kediaman Pintar Haier.

"Untuk Haier mencapai kecemerlangan dalam satu segmen adalah mudah, tetapi menguasai semua bidang merentasi seluruh rangkaian jenama kami adalah satu pencapaian hebat," kata Li Huagang, Naib Presiden Haier Group dan Ketua Pegawai Pemasaran China. "Seluruh usaha kami untuk menjadikan jenama-jenama Haier sebagai jenama yang lebih tinggi kualitinya, lebih pintar dan lebih popular dalam kalangan komuniti berhasil."

Peralihan daripada strategi jenama-tunggal telah mencapai hasil yang luar biasa sepanjang tahun lalu, dengan pendapatan global meningkat 20 peratus kepada RMB 241.9 bilion, keuntungan kendalian meningkat 41 peratus manakala bahagian pasaran global mencecah 10.5 peratus.

Pertumbuhan terselaras bagi enam jenama utama Haier meletakkan asas yang kukuh kepada kumpulan bagi menjadi peneraju global dalam segmen perkakas rumah dan pelopor dalam kediaman pintar. Strategi ini dibangunkan bersandarkan kekuatan Haier dalam perkakasan, penyelesaian dan teknologi pintar, yang berpunca daripada keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pengeluaran global Haier.

Konsep yang sama terpakai untuk semua aspek dalam mengekalkan seisi rumah pintar menerusi Penyelesaian ini, dan menerusi sokongan data termaju, ia dapat memberi perhatian terhadap butiran terkecil dan keperluan yang dituntut oleh pengguna, termasuk hal-hal seperti cadangan resipi dan pengaturan aliran udara.

Latar Belakang Haier

Haier, jenama Perkakas Utama No. 1 di dunia, mempunyai 10.5% jumlah bahagian pasaran. (Sumber: Euromonitor International Limited; jumlah jualan mengikut unit berdasarkan data tahun 2017). Pada masa kini, jenama-jenama Kumpulan terdiri daripada Haier, Casarte, Leader dari PRC, GE Appliances dari A.S, AQUA dari Jepun, Fisher & Paykel dari New Zealand. Setiap jenama mempunyai kedudukan pasaran yang tersendiri dan memberikan pengalaman kediaman pintar untuk pengguna. Haier Group mempunyai 66 syarikat dagangan, 10 Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D), 108 tapak pengilangan dan 24 taman perindustrian inovatif berserta lebih 73,000 kakitangan di seluruh dunia. Haier Group membangunkan rangkaian jualan global yang terdiri daripada 143,300 outlet jualan yang mencakupi lebih 160 negara. Pendapatan global Haier Group bagi tahun 2017 mencecah 241.9 bilion RMB, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20%. Haier merupakan jenama utama global pada hari ini bagi perkakas kediaman utama dan kini berubah daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka. Haier akan meluaskan ekosistemnya kepada rangkaian sosial dan ekonomi komuniti, di samping membangunkan ekosistem kediaman pintar, dan terus meningkatkan nilai pengguna melibatkan produk dan perkhidmatan Haier, bagi menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling terhubung serta produk-produk berkualiti di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.haier.net/en/

Source: Haier
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news