omniture

Avidbots percepat pertumbuhan global dengan pembukaan pejabat serantau di Hong Kong.

Avidbots
2018-03-10 03:01 578

Pelanggan di Rantau Asia Pasifik terima robotik untuk pacu peningkatan produktiviti.

KITCHENER, Ontario, 10 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Avidbots Corp. hari ini mengumumkan pembukaan pejabat jualan dan perkhidmatan serantau di Hong Kong. Pejabat ini akan memberi sokongan kepada pelanggan di seluruh Rantau Asia Pasifik, dengan memberi tumpuan terhadap jualan langsung dalam pasaran Hong Kong dan Macau, selain menyokong penembusan pasaran ke tanah besar China.

Avidbots telah mencipta masa depan pembersihan lantai komersial. Avidbots Neo ialah robot penyental lantai binaan khas yang menggabungkan teknologi navigasi termaju dengan perkakasan yang direka untuk kemudahan penggunaan, tempoh perkhidmatan yang panjang, kebolehkhidmatan, keselamatan dan produktiviti yang tinggi. Penggunaan Neo membolehkan kemudahan inovatif dan kontraktor khidmat bangunan mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti pasukan cuci mereka dan meletakkan mereka di barisan hadapan inovasi pengurusan kemudahan.

Penerimaan teknologi terhubung untuk meningkatkan tahap kecekapan menjadi tonggak Bandar Pintar seluruh dunia. Rantau Asia Pasifik merupakan tumpuan pelbagai Bandar Pintar, dengan Hong Kong dan bandar-bandar Cina yang lain menerajui laluannya. Dengan kemampuan untuk menyediakan jualan dan perkhidmatan langsung untuk rantau ini, Avidbots akan berupaya meneruskan usaha peluasan globalnya yang pesat.

"Visi Avidbots adalah untuk membawa robot ke dalam kehidupan harian bagi meluaskan potensi manusia," kata Faizan Sheikh, Ketua Pegawai Eksekutif Avidbots. "Kami berasa teruja kerana dapat menyediakan perkhidmatan langsung kepada pasaran-pasaran Hong Kong, Macau dan China bagi membantu pasaran-pasaran berkenaan memanfaatkan kuasa robotik demi menyokong strategi Bandar Pintar mereka."

Avidbots Neo kini digunakan di 4 benua, memberi khidmat kepada beberapa pusat beli belah, lapangan terbang, kemudahan pendidikan, pusat penjagaan kesihatan, tapak pengilangan dan tempat-tempat komersial yang lain yang terkemuka di dunia. Ibu pejabat syarikat yang berkeluasan 40,000 kaki persegi terletak di Kitchener, Ontario, Kanada, dengan jualan dan perkhidmatan di AS, Kanada, Jepun, Singapura, Australia, Perancis, Norway dan juga UAE.

Latar Belakang Avidbots

Visi Avidbots Corp. adalah untuk membawakan robot ke dalam kehidupan harian bagi meluaskan potensi manusia. Produk pertamanya ialah penyental lantai pandu sendiri NEO, yang digunakan secara meluas dan dipercayai oleh kemudahan-kemudahan serta kontraktor khidmat bangunan yang terkemuka di dunia. Sebagai syarikat bersepadu 100% secara vertikal yang beribu pejabat di Kitchener-Waterloo, Kanada, Avidbots menawarkan jualan, perkhidmatan dan sokongan yang komprehensif kepada pelanggan di 4 benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.avidbots.com.

Untuk maklumat lanjut - Julie Smutniak, Pengurus Pemasaran, julie.smutniak@avidbots.com, +1.226.791.7986

Source: Avidbots
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics