omniture

Logicalis Umum Kevin Siow sebagai Pengurus Negara Baharu untuk Operasi Malaysia

Logicalis
2018-03-12 09:00 361

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Logicalis Group, penyedia penyelesaian IT dan perkhidmatan terurus, hari ini mengumumkan pelantikan Kevin Siow sebagai Pengurus Negara baharu untuk Operasi Malaysia, berkuatkuasa dari 1 Mac 2018. Kevin akan melapor kepada Chong-Win Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Logicalis Asia.

Logicalis Umum Kevin Siow sebagai Pengurus Negara Baharu untuk Operasi Malaysia
Logicalis Umum Kevin Siow sebagai Pengurus Negara Baharu untuk Operasi Malaysia

Kevin akan bertanggungjawab untuk operasi Logicalis di Malaysia, termasuk jualan dan Untung & Rugi. Beliau akan memimpin pasukan jualan Logicalis Malaysia, bekerjasama rapat dengan rakan-rakan kongsi untuk memacu strategi pertumbuhan Malaysia dan membangunkan penyelesaian tersuai untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Kevin mempunyai lebih 17 tahun pengalaman kepimpinan jualan yang berjaya dalam industri teknologi. Sebelum Logicalis, Kevin merupakan Ketua Jualan untuk Dimension Data Malaysia. Sepanjang tempoh 17 tahun bersama Dimension Data, Kevin telah memegang beberapa peranan kepimpinan dari kepimpinan Unit Teknikal dan Perniagaan ke Jualan dan Pengurusan Penyelesaian.

Kevin memegang ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Perisian dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia. 

Mengulas mengenai pelantikan ini, Chong-Win Lee berkata, "Saya sangat gembira Kevin menyertai kami dan memimpin operasi Malaysia. Dengan rekodnya yang terbukti dan pengalaman kepimpinan yang kukuh, Kevin berada di kedudukan yang baik untuk memajukan Logicalis Malaysia ke fasa pertumbuhan seterusnya sambil kami terus membantu para pelanggan kami memanfaatkan teknologi sepenuhnya dalam perjalanan transformasi digital mereka."

Latar Belakang Logicalis

Logicalis ialah penyedia penyelesaian pelbagai kemahiran bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pengupayaan digital demi membantu pelanggan memanfaatkan teknologi digital dan perkhidmatan yang inovatif bagi memberikan hasil perniagaan yang mantap.

Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai industri dan kawasan geografi; tumpuan kami adalah untuk terlibat dalam dinamik pasaran vertikal pelanggan kami; termasuk perkhidmatan kewangan, TMT (telekomunikasi, media dan teknologi), pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan, kerajaan, pembuatan dan khidmat profesional, selain memanfaatkan kemahiran 4,500 kakitangan kami dalam memodenkan tunggak digital yang utama; pusat data dan khidmat awan, infrastruktur keselamatan dan rangkaian, komunikasi dan kolaborasi ruang kerja, strategi data dan maklumat serta pemodenan operasi IT.

Kami turut memberi sokongan kepada pelanggan kami untuk beberapa syarikat teknologi utama di dunia termasuk Cisco, HPE, IBM, CA Technologies, NetApp, Microsoft, Oracle, VMware dan ServiceNow.

Logicalis Group memperoleh hasil pendapatan tahunan melebihi $1.5 bilion, menerusi operasi syarikat di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Pasifik dan Afrika. Ia merupakan satu divisyen Datatec Limited, tersenarai dalam Bursa Saham Johannesburg, dengan hasil perolehan melebihi $4 bilion.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.logicalis.com/

Hubungan Akhbar:
Raymod Tan/Gene Vallejo
Arcis Communications
+65-62743283
raymond@arciscommunications.com / gene@arciscommunications.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180307/2073977-1

Source: Logicalis
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements