omniture

Scholastic Literacy Pro™ Dinamakan Pembekal Sumber/Peralatan Utama Tahunan di Anugerah GESS Education 2018

Scholastic
2018-03-12 09:00 341

Literacy Pro Diiktiraf kerana Padankan Pelajar dengan Judul Buku Asli dengan Minat Tinggi untuk Tingkatkan Pencapaian Membaca sekaligus Sediakan Pendidik dengan Data untuk Bezakan Pengajaran

NEW YORK, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Literacy Pro™, satu program membaca dan penilaian digital yang inovatif daripada divisyen antarabangsa Scholastic, syarikat penerbitan, pendidikan dan media untuk kanak-kanak yang bertaraf dunia, dipilih sebagai Pembekal Sumber/Peralatan Utama Tahunan oleh Anugerah GESS Education 2018. Anugerah GESS Education mengiktiraf produk, sumber, perkhidmatan dan individu dalam bidang pendidikan yang berkualiti tinggi serta pelbagai selain pertubuhan pendidikan terbaik dan ahli-ahli daripada profesion perguruan yang paling berdedikasi.

Untuk maklumat lanjut tentang Literacy Pro, layari scholastic.com/literacypro.

Sebagai Pembekal Sumber/Peralatan Utama Tahunan, Literacy Pro diiktiraf atas kekuatannya dalam membimbing para pendidik untuk membantu para pelajar dalam gred 2-12 mencapai sasaran kemahiran membaca, menghubungkan mereka dengan buku-buku asli yang akan memaksimumkan pencapaian mereka dan mewujudkan budaya membaca di sekolah.

Kini digunakan di 47 negara, Literacy Pro menyediakan penilaian adaptif dalam talian yang dapat mengukur tahap kefahaman membaca pelajar-pelajar dan menghasilkan senarai buku peribadi yang berpadanan dengan tahap membaca setiap pelajar serta minat individu. Setiap judul buku menyediakan kuiz kefahaman yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperoleh mata ke arah peringkat sijil dalam program tersebut. Para pendidik juga mendapat akses kepada papan pemuka yang membolehkan mereka melihat laporan terperinci yang menunjukkan keputusan pengajaran dan memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap kemahiran membaca yang diperlukan, yang semuanya boleh disesuaikan dalam program tersebut bagi menyokong penanda aras kurikulum yang berbeza.

Literacy Pro Library, satu penambahan kepada program tersebut, menawarkan perpustakaan ebuku interaktif yang mengandungi lebih 900 judul siri buku popular termasuk Goosebumps™, Discover More, A True Book™ dan banyak lagi. Perpustakaan ini menyediakan sumber-sumber seperti buku audio, perbendaharaan kata interaktif dan ciri rakaman pelajar bagi memberikan pengalaman diperibadikan untuk semua pembaca. Di samping itu, para pendidik boleh menetapkan buku kepada pelajar mengikut tahap bacaan dan bahagian kandungan serta memantau tahap kemajuan bacaan mereka.

PETIKAN KATA-KATA:

Anne Boynton-Trigg, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Eksport di Scholastic
"Kami berbesar hati kerana Scholastic Literacy Pro dinamakan sebagai 'Pembekal Sumber/Peralatan Utama Tahunan' dan mendapat pengiktirafan sebagai program yang dapat diharapkan oleh pelajar dan pendidik untuk menyampaikan pengajaran di bilik darjah dan sebagai bacaan bebas. Kebolehan program yang mudah memadankan pelajar dengan buku-buku asli dan menarik yang ingin dibaca oleh mereka mewujudkan budaya membaca yang dapat melibatkan setiap kanak-kanak sekaligus membina asas yang mereka perlukan untuk menjadi pelajar sepanjang hayat.

Leticia Becerril, Pendidik dan pengguna Literacy Pro, Colegio Cuernavaca, Mexico
"Literacy Pro dan Literacy Pro Library menyediakan data berasaskan bukti untuk guru-guru agar kami dapat membuat keputusan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik demi meningkatkan kemajuan pelajar-pelajar kami untuk menjadi pembaca yang berjaya dan mahir.

Sejak tahun 2017, Scholastic Literacy Pro menerima anugerah BESSIE untuk Laman Sesawang Sumber Celik Huruf Utama Terbaik dan merupakan finalis untuk anugerah BETT 2018 bagi kategori Sumber Kandungan Utama Terbaik.

Untuk maklumat lanjut tentang Scholastic, layari http://mediaroom.scholastic.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/344322/scholastic_logo.jpg

 

Source: Scholastic
Related Stocks:
NASDAQ:SCHL
Keywords: Books Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards Hispanic-oriented news