omniture

Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat Shri Rajnath Singh Ucap Tahniah kepada Penerima Geran HCL 2018

HCL Foundation
2018-03-12 09:17 537

NOIDA, India, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Tiga NGO yang menang terima Geran sehingga INR 15 kror 

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Kesatuan Shri Rajnath Singh mengucapkan tahniah kepada para pemenang Geran HCL 2018 pada majlis hari ini di Kampus HCL Technologies, Noida. Tiga NGO merentas kategori Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Alam Sekitar memenangi geran sehingga INR 5 kror masing-masing.

generated by system

Majlis juga telah diserikan oleh Dr. Mahesh Sharma, Yang Berhormat Menteri Negeri  (Kuasa Bebas) untuk Kebudayaan dan Menteri Negeri untuk Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim, Kerajaan India, diplomat, orang kenamaan, birokrat kanan, Shri Shiv Nadar, Pengasas & Pengerusi, HCL, Smt. Roshni Nadar Malhotra, Ketua Pegawai Eksekutif, HCL Corporation dan Pengerusi Jawatankuasa CSR untuk Lembaga Pengarah HCL Technologies, Shri C Vijayakumar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, kepimpinan HCL Technologies dan HCL Group.

Penerima-penerima Geran HCL 2018 ialah:

  • Kesihatan - Persatuan Kristian Eleutheros
  • Alam Sekitar - Yayasan Keystone
  • Pendidikan - Persatuan Komanwel Diraja untuk Orang Buta (Sightsavers)

Shri Rajnath Singh, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Kerajaan India berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang Geran HCL dan HCL atas usaha yang mereka lakukan. Hasrat saya semoga dalam tahun-tahun akan datang nilai sosial Yayasan HCL akan terus meningkat."

"Ini merupakan langkah inovatif ke arah mewujudkan semula nilai tadbir urus yang kukuh dalam dunia masyarakat sivil dan menyediakan keterlihatan antarabangsa kepada NGO India yang melakukan usaha membuka laluan kepada arena pembangunan luar bandar," kata Cik Robin Abrams, Mantan presiden Palm Computing dan ahli Lembaga Pengarah HCL Technologies yang paling lama berkhidmat.

Edisi ketiga Geran HCL menyaksikan sambutan yang memberangsangkan daripada kira-kira 3,500 pemohon yang mana sembilan NGO telah dikenalpasti untuk penilaian akhir Juri.

Cik Nidhi Pundhir, Pengarah - CSR dan Ketua - Yayasan HCL, berkata, "Sambutan memberansangkan dari sektor pembangunan kepada Geran HCL mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memperkasa NGO yang berusaha ke arah pembangunan luar bandar. Kami tetap komited untuk menyokong organisasi yang mendekati komuniti luar bandar yang terpinggir dan kurang membangun."

Geran HCL menyokong projek-projek yang meliputi 22 Daerah dengan kira-kira 2450 kampung, mencapai lebih 6 lakh penerima luar bandar. Projek-projek ini beroperasi di banyak negeri di India, termasuk Uttar Pradesh, Andhra Pradesh, Odisha, Jharkhand dan Maharashtra.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.hclfoundation.org/hcl-grant

Latar Belakang Geran HCL

http://www.hclfoundation.org/hcl-grant

Latar Belakang HCL

http://www.hcl.com

Source: HCL Foundation
Keywords: Computer/Electronics Awards Corporate Social Responsibility