omniture

SafeDX Perkenal Khidmat Awan Generasi Seterusnya pada Infrastruktur Anjal, Cekap Kos Daripada Foxconn dan Intel

SafeDX
2018-03-12 09:29 597

PRAGUE, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ --

SafeDX memulakan penggunaan kluster OpenStack terbesar di Eropah Tengah (Prague, Republik Czech) untuk Perkhidmatan Awan Pusat Data Generasi Seterusnya. Infrastruktur Pusat Data ini direka dengan kerjasama Intel dan Foxconn bagi memberikan kecekapan kos dan keanjalan yang terbaik dalam kelasnya.

Perkhidmatan Awan Generasi Seterusnya SafeDX disesuaikan mengikut keperluan penyedia perkhidmatan awan antarabangsa yang mencari rakan kongsi untuk peluasan mereka ke Eropah Tengah dan Timur. Penggunaan infrastruktur terkini ini direka bagi memberikan prestasi anjal dan keperluan peruntukan kapasiti yang dituntut oleh pelanggan SafeDX. "Kami mencipta platform infrastruktur IT yang amat cekap kos dan anjal yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan kami," jelas Ketua Pegawai Eksekutif SafeDX Martin Smekal. "Kami menjalin kerjasama dengan Intel dan Foxconn bagi membawakan teknologi canggih dan inovasi bercirikan seni bina untuk dimanfaatkan oleh pelanggan kami sebagai satu kelebihan perniagaan."

SafeDX ialah penyedia perkhidmatan awan pertama di Eropah yang memanfaatkan keupayaan telemetri termaju daripada pemproses Xeon Scalable Intel® generasi terkini digabungkan dengan seni bina rujukan Rack Scale Design Intel® (RSD Intel®). RSD Intel ialah seni bina yang sejajar dengan industri untuk infrastruktur boleh digubah dan terpisah. "RSD Intel menawarkan asas untuk ketangkasan dan kecekapan yang diperlukan oleh Penyedia Perkhidmatan Awan bagi memenuhi keperluan pusat data moden yang berubah-ubah," kata Figen Ulgen, Pengurus Besar Rack Scale Design Intel. "Melalui kolaborasi bersama Intel dan Foxconn ini, SafeDX dapat menawarkan pelanggan mereka dengan akses kepada kemajuan terkini dalam infrastruktur pusat data."

SafeDX telah menyempurnakan fasa pertama penggunaan infrastruktur baharu dan telahpun mencapai tahap kecekapan tenaga yang lebih baik menerusi platform pengurusan DC pintar Intel. "Matlamat kami menerusi bukti konsep asal adalah meningkatkan tahap kecekapan penyejukan kami dengan ketara," tambah Martin Smekal. "Setelah menguji penyelesaian, kami mencapai penambahbaikan PUE sebanyak 25% apabila menggunakan teknologi inovatif daripada Intel ini." Kajian kes yang terperinci boleh didapati di http://www.safedx.eu/wp-content/uploads/2018/02/Intel-SafeDX-Case-Study.pdf.

Untuk butiran lanjut tentang Perkhidmatan Awan Generasi Seterusnya SafeDX, sila hubungi En. Mike Pokrovsky - Mike.Pokrovsky@safedx.eu untuk membuat penilaian di pusat reka bentuk termaju kami.

SafeDX 

SafeDX ialah satu usaha sama antara syarikat global Foxconn dan kumpulan pelaburan antarabangsa KKCG, yang menawarkan perkhidmatan pusat data berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.safedx.eu/en/

Foxconn - Untuk maklumat lanjut, layari http://www.foxconn.com
KKCG - Untuk maklumat lanjut, layari http://www.kkcg.com

Source: SafeDX
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services