omniture

GFSI Labuh Tirai Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018 Pecah Rekod di Tokyo

Global Food Safety Initiative
2018-03-12 09:53 584

TOKYO, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018 melabuhkan tirai dengan jayanya pada 8 Mac 2018 dengan bilangan delegasi yang mencatat rekod menyertai acara tersebut di The Grand Nikko Hotel di Tokyo, Jepun. Dianjurkan oleh Inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI) The Consumer Goods Forum, ini merupakan kali pertama acara tersebut diadakan di Jepun, dengan lebih 1,200 delegasi industri makanan dari 52 negara berhimpun bagi membincangkan isu-isu dan trend yang paling penting dalam segmen keselamatan makanan. Teknologi, inovasi dan masa depan keselamatan makanan merupakan tema-tema utama sepanjang berlangsungnya persidangan ini, dengan beberapa pengumuman penting dibuat bagi menggalakkan kolaborasi yang lebih hebat antara pengawal selia kerajaan dan sektor swasta demi kemajuan keselamatan makanan.

Acara-acara kemuncak termasuk pelancaran versi terkini Keperluan Penandaarasan GFSI, iaitu set dokumen yang menggariskan ciri-ciri sistem keselamatan makanan yang baik dan mendayakan penandaarasan program-program pensijilan keselamatan makanan. Pengumuman-pengumuman lain termasuk perkongsian global antara GFSI dan International Finance Corporation (IFC) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengukuhkan perkongsian awam-swasta, selain perkongsian strategik bersama agensi keselamatan dan kualiti makanan Chile, ACHIPIA yang menumpu untuk membina kapasiti keselamatan makanan di kemudahan-kemudahan Chile berdasarkan Program Pasaran Global GFSI.

Sokongan luar biasa oleh Jepun terhadap GFSI di peringkat tempatan dan kawasan-kawasan yang lebih luas ditonjolkan menerusi pesanan video pembukaan daripada Perdana Menteri, Shinzo Abe, yang mengalu-alukan kehadiran para delegasi dan meletakkan persidangan ini sebagai pernyataan perlindungan Jepun terhadap keselamatan makanan yang telah lama berlangsung. Persidangan ini turut menampilkan pembentangan daripada Ketua-ketua Pegawai Eksekutif daripada beberapa syarikat berpengaruh dalam industri tempatan seperti AEON, Ajinomoto dan Euglena serta melabuhkan tirainya dengan pembentangan daripada Pesuruhjaya Agensi Sukan Jepun, Daichi Suzuki yang memberikan maklumat mendalam tentang kepentingan keselamatan makanan, khususnya menjelang tahun 2020 ketika Jepun menerima kehadiran para atlet dan peminat sukan dari serata dunia.

Turut diumumkan bahawa edisi Persidangan Keselamatan Makanan Global yang seterusnya bakal diadakan di Nice, Perancis pada tahun 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Lisa Prevert
l.prevert@theconsumergoodsforum.com

Source: Global Food Safety Initiative
Keywords: Food/Beverages Trade show news