omniture

Hydroid Perkenal AUV Mikro Tinggi Kelajuan, Rendah Kos Baharu

Hydroid, Inc.
2018-03-13 12:00 494

REMUS M3V Kompak Mudah Dibawa Seorang Sedia untuk Terus Digunakan.  

POCASSET, Massachusetts, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hydroid Inc., sebuah subsidiari Kongsberg Maritime dan pengeluar robotik marin yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran REMUS M3V baharu yang rintis, iaitu kenderaan dalam air berautonomi (AUV) untuk seorang yang kompak dan mudah dibawa. Berkos rendah dan sedia untuk terus digunakan, AUV mikro ini menyokong pelbagai aplikasi termasuk carian dan tinjauan; perisikan, pengawasan dan pengintipan (ISR); penyelidikan marin; dan misi berbilang-kenderaan. REMUS M3V boleh menyelam sehingga jarak kedalaman 300 meter. Ia merupakan kenderaan saiz-A yang sebenar (36" x 4.875") tanpa sayap atau apendaj di luar kelongsong saiz-A dan boleh digunakan untuk pengaturan pelbagai domain.

Hydroid's New High Speed, Low Cost Micro AUV
Hydroid's New High Speed, Low Cost Micro AUV

"Pasaran AUV berkembang dengan pesat dan penting untuk penerokaan dalam air. Di Hydroid, kami terus meluaskan penawaran produk kami selain memajukan teknologi dan keupayaan terhadap kenderaan sedia ada kami," kata Duane Fotheringham, presiden Hydroid. "REMUS M3V mendapat manfaat daripada semua usaha pembangunan dan kerja pangkalan kod yang digunakan untuk membangunkan REMUS 100 AUV kami. Ia merupakan sebuah kenderaan yang mengubah industri. Kenderaan kami direkayasa, direka bentuk dan disepadukan sepenuhnya menggunakan perisian REMUS yang terbukti. Idea, reka bentuk dan ujian regresi, semuanya telahpun dijalankan bagi mencipta suatu produk mantap yang diyakini pelanggan."

REMUS M3V boleh mencapai kelajuan sehingga 10 knot dan dilengkapi dengan sistem kawalan ekor bersendi selain sistem kedudukan dan navigasi dalam konfigurasi standard. REMUS M3V juga mempunyai pusat graviti boleh ubah yang membolehkannya beroperasi dalam mod terapung. Dilengkapi dengan sonar imbas sisi, REMUS M3V mempunyai antena pada ekor yang berbilang fungsi termasuk Iridium, Wi-Fi dan Pengelip. REMUS M3V ialah sistem rendah-logistik yang serasi dengan keupayaan tinjauan dan AUV sedia ada.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang REMUS M3V yang revolusioner, sila kunjungi kami di www.hydroid.com/REMUS-M3V.

Latar Belakang Hydroid, Inc.

Terletak di A.S. dan merupakan subsidiari Kongsberg Maritime, Hydroid ialah pengeluar yang paling dipercayai di dunia bagi Kenderaan Dalam Air Berautonomi (AUV) yang canggih dan terbukti di lapangan. AUV REMUS dan sistem robotik marin kami menyediakan penyelesaian gambaran-penuh yang inovatif dan andal untuk pasaran penyelidikan marin, pertahanan, hidrografi dan luar pesisir/tenaga.

Perhubungan Media
Kaitlyn Rhue
Hydroid, Inc.
krhue@hydroid.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/652149/Hydroid___M3V_Square.jpg

 

Source: Hydroid, Inc.
Related Links:
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services