omniture

Menarini Menggaji Kakitangan ke-17,000

Menarini Group
2018-03-13 12:00 696

FLORENCE, Itali, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Kakitangan ke-17,000 di Menarini ialah Lara, 28 tahun, seorang siswazah muda berkelulusan dalam Teknologi Kimia dan Farmaseutikal daripada University of Florence, yang kini bekerja di Menarini Ricerche.

generated by system

generated by system

generated by system

Menarini berada di 136 negara seluruh dunia dan terus membuat pelaburan besar di Itali: daripada seramai 17,000 kakitangan Kumpulan, lebih 3,700 bekerja di Itali, hampir 300 kakitangan diambil bekerja sepanjang dua tahun lalu dan bekerja di ibu pejabat Florentine Kumpulan.

Dengan purata usia 29 tahun, lebih 90% kakitangan Menarini berkelulusan ijazah atau diploma teknikal dan melibatkan profil-profil yang amat berkelayakan.

"Kami berbangga dengan pencapaian ini," kata Lucia Aleotti dan Alberto Giovanni Aleotti, Pengerusi dan Naib Pengerusi Menarini Group, "dan mengambil peluang ini untuk menekankan bahawa keupayaan menggaji kakitangan ke-17,000 sebahagian besarnya disebabkan oleh usaha luar biasa yang dilaksanakan oleh semua kakitangan kami yang mana, dengan semangat dan keazaman mereka, merupakan pencetus kejayaan sebenar Menarini Group."

Menerusi pembukaan dua syarikat gabungan baharu di Peru dan Colombia, pelaburan yang dibuat di pusat penyelidikan Berlin dan Pisa serta pertumbuhan di Asia Pasifik, strategi Menarini sememangnya menumpu pada kedua-dua kualiti produk dan pengantarabangsaan. Menarini melabuhkan tirai tahun 2017 dengan nilai pusing ganti mencecah 3.6 bilion Euro.

Latar Belakang Menarini Group
Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal Itali, syarikat ke-12 di Eropah daripada sejumlah 5,255 syarikat, dan syarikat ke-36 di dunia daripada 20,862 syarikat, dengan nilai pusing ganti mencecah lebih 3.5 bilion Euro dan menggaji lebih 16,700 kakitangan. Menarini Group sentiasa berusaha mencapai dua objektif strategik: Penyelidikan dan Pengantarabangsaan serta terlibat dalam segmen terapeutik yang paling penting termasuk produk-produk untuk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi/antibiotik, diabetologi, agen antikeradangan/analgesik. Menerusi 16 tapak pengeluaran dan 6 pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Menarini Group mempunyai kehadiran yang kukuh di seluruh Eropah dan Asia, Afrika, Amerika Tengah dan juga Amerika Selatan. Produk-produk Menarini boleh didapati di 136 negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.menarini.com

Source: Menarini Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion