omniture

Pengimejan Retina berasaskan Telefon Pintar Berserta Kecerdasan Buatan Perhebat Pengesanan Retinopati Automatik, Sensitif dan Awal

Remidio Innovative Solutions
2018-03-13 12:11 840

BANGALORE, India, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Kajian baharu diterbitkan dalam Nature Eye Journal antarabangsa menunjukkan kepekaan amat tinggi untuk mengesan Retinopati Diabetes (DR) (95.8%) dan DR yang merosakkan Penglihatan (99.1%) menggunakan alat Fundus pada Telefon (FOP) Remidio -  alat pengimejan retina berdasarkan telefon pintar yang didaftarkan dengan FDA 510k dan mendapat tanda CE serta algoritma Kecerdasan Buatan EyeArt Eyenuk

Diabetes, satu gejala yang menjejaskan kesihatan lebih 422 juta orang di seluruh dunia, boleh membawa kepada masalah yang merosakkan penglihatan, dikenali sebagai Retinopati Diabetes (DR). 90% daripada penglihatan yang hilang disebabkan oleh DR boleh dicegah melalui pengesanan peringkat awal dan rawatan yang tepat pada masanya. Pemeriksaan untuk mengesan DR tidak dapat dilakukan, terutamanya disebabkan oleh dua cabaran utama: (a) Alat Pengimejan Retina yang Berkos Tinggi (b) Kekurangan akses kepada doktor pakar mata, cth., hanya terdapat 15,000 pakar yang dapat memeriksa lebih 70 juta pesakit diabetes di India.

generated by system

Remidio Innovative Solutions yang berpangkalan di Bangalore, India telah mengubah bidang pengimejan retina menerusi alat berkualiti tinggi mereka yang mudah dibawa. Fundus pada Telefon (FOP) Remidio yang berfungsi melalui telefon pintar, seberat 1/20 daripada saiz sistem biasa, berkos hanya 1/5 daripada harganya dan boleh merakam imej tanpa pembesaran anak mata (pupil).

Sehinggalah baru-baru ini, DR hanya dapat dikesan oleh pakar oftalmologi dan penggred terlatih. Kecerdasan buatan (AI), kini dapat digunakan untuk menggred imej retina, khususnya bagi retina penghidap DR yang merosakkan penglihatan.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Yayasan Penyelidikan Diabetes Madras (MDRF), Chennai dan diterbitkan oleh Nature Eye , foto-foto retina diambil pada pesakit diabetes menggunakan FOP Remidio (disahkan terlebih dahulu mempunyai kepekaan klinikal 93% dan kekhususan 98%) dan digred oleh pakar oftalmologi serta algoritma AI EyeArt. Kajian ini menunjukkan, penggunaan AI terautomasi EyeArt berserta Fundus pada Telefon (FOP) Remidio mempunyai tahap kepekaan yang amat tinggi bagi mengesan Retinopati Diabetes (95.8%) dan DR yang merosakkan penglihatan (99.1%). Ini berkemungkinan merupakan kajian pertama yang meninjau peranan dan ketepatan pengesanan DR berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) secara automatik menerusi pengimejan retina menggunakan telefon pintar.

Dr. Anand Sivaraman, Ketua Pegawai Eksekutif Remidio Innovative Solutions Pvt. Ltd., berkata, "Ciri ringkas penggunaan Fundus pada Telefon Remidio berasaskan telefon pintar apabila digabungkan dengan Kecerdasan Buatan seperti EyeArt, kini membolehkan pemeriksaan kesihatan awam secara meluas dilakukan untuk Retinopati Diabetes di seluruh dunia."

Untuk pertanyaan akhbar hubungi:
Dr. Anand Sivaraman
+91-9845155475
anand@remidio.com

Sumber: Remidio Innovative Solutions

Source: Remidio Innovative Solutions
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services