omniture

Eva Herzigova Selected For GERRY WEBER - GERRY WEBER Tumpu pada Keinginan dengan Koleksi Kapsul Baharu

Gerry Weber International AG
2018-03-13 14:00 850

HALLE (WESTFALEN), Jerman, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Biarkan koleksi kapsul baharu GERRY WEBER mempesonakan anda. Diilhamkan menerusi keyakinan yang bergaya oleh ikon dan pakar fesyen Eva Herzigova, koleksi kapsul baharu ini dipersembahkan dengan keanggunan musim bunga. Nilai-nilai jenama iaitu "FEMININ - GAYA KASUAL - MENGILHAMKAN" ditafsirkan dengan cara yang benar-benar unik. Kapsul terhad ini mempunyai 6 fesyen dan 12 gaya secara keseluruhannya, dengan serlahan yang mengikut perkembangan fesyen seperi merah jambu yang berseri-seri dan bintik-bintik yang ceria bagi mencetuskan suasana untuk musim bunga. Jalur blok moden dan corak berbunga-bunga membawa kita ke Santorini tatkala kita disinari cahaya mentari dan angin sepoi-sepoi bahasa pulau Mediterranean.

generated by system

generated by system

Fesyen berwarna warni daripada koleksi kapsul ini dilengkapi dengan serlahan anggun berserta perincian renda yang indah.

Edisi terhad yang unik untuk wanita berkeyakinan ini dapat menemani kita sepanjang hari pada musim panas. Bermula dengan fesyen feminin-kasual dengan jaket, baju-T, seluar panjang sehinggalah blaus dan gaun berbunga-bunga sempena musim bunga dan juga gaya feminin yang anggun untuk waktu petang musim panas yang sempurna.

Terokai fesyen kegemaran oleh Eva Herzigova ini dan biarkan kolaborasi istimewa bersama GERRY WEBER ini menginspirasikan anda!

Koleksi kapsul "Eva Herzigova selected for GERRY WEBER" bakal disediakan di seluruh dunia mulai 16 Mac 2018.

Muat turun: https://app.box.com/s/9t92qukcpsux4wx0ywjj6ta5yrax7i9a

Latar Belakang GERRY WEBER Group 

Gerry Weber International AG, yang beribu pejabat di Halle/Westphalia, ialah sebuah syarikat yang beroperasi di seluruh dunia, menggabungkan lima kumpulan jenama yang kukuh di bawah satu bumbung: GERRY WEBER, TAIFUN, SAMOON, talkabout dan HALL HUBER. Ia merupakan salah sebuah syarikat fesyen terbesar yang tersenarai dalam bursa saham di Jerman (setakat April 2017). Pada tahun fiskal 2016/17 (1 November 2016 hingga 31 Oktober 2017), GERRY WEBER Group menjana pendapatan sebanyak 880.9 juta EUR.

gerryweber.com          

White Communications GmbH          
Christine Jaksch        
+49-89-36076648        
gerryweber@white.de         
Rosenheimerstr. 145e
81671 Munich/Jerman

Source: Gerry Weber International AG
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics New products/services