omniture

dnata Ganding Bahu Dengan IBS Laksanakan Sistem iCargo

IBS Software
2018-03-13 20:23 1133

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 13 Mac 2018 /PRNewswire/ -- dnata, salah satu penyedia perkhidmatan udara yang terbesar di dunia, menandatangani satu kontrak dengan penyedia penyelesaian IT yang terkemuka dalam industri penerbangan global, IBS Software, bagi melaksanakan suit operasi terminal iCargo dalam seluruh stesennya. Penyelesaian hujung-ke-hujung itu akan membantu mengurus pergerakan kargo udara dnata di seluruh dunia dengan lancar.

generated by system

generated by system

dnata ialah pengendali darat pertama yang bakal melakukan pelancaran global iCargo dan menempatkan semua operasinya dalam satu platform tergabung menggunakan proses-proses seragam. Dijangka dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam seluruh sistem menjelang tahun 2020, iCargo bakal mempunyai kumpulan pelanggan seramai lebih 5,000 kakitangan melibatkan 27 stesen, di 10 negara, bermula dari AS ke Australia, berinteraksi secara lancar dengan sejumlah aplikasi sistem yang lain dalam lanskap perniagaan IT.

"Kami sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan luar biasa dan meningkatkan tahap keselamatan dan juga kecekapan. Dengan iCargo sebagai platform teknologi kami, kami yakin bahawa kami mampu untuk kekal tangkas dan dapat beradaptasi dengan keperluan pelanggan kami yang pantas berubah di seluruh dunia," kata Bernd Struck – Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Penerbangan Kargo & DWC UAE, dnata.

"iCargo ialah platform IT yang kukuh, stabil dan moden yang diterima secara meluas sebagai platform yang paling sesuai untuk membawakan perubahan transformatif dalam industri kargo penerbangan. Selama bertahun-tahun, pelaburan besar telahpun dibuat untuk memberikan iCargo pelan tindakan produk yang mantap, terus menggabungkan inovasi yang diterajui teknologi dan membina model pembangunan komuniti yang bersifat kolaboratif. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk mengalu-alukan dnata, salah sebuah syarikat Kendalian Darat yang paling pesat berkembang di dunia, sebagai pelanggan terbaharu kami untuk iCargo dan mengharapkan satu perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan," kata Ashok Rajan, Naib Presiden Kanan & Ketua Perkhidmatan Kargo Penerbangan, IBS Software.

Melalui iCargo, dnata akan mengautomasikan fungsi-fungsi perniagaan dan operasi utama – termasuk pengurusan ULD, pemantauan kualiti dan pengurusan mel menerusi platform tunggal yang bersepadu dengan lancar. Ketersediaan maklumat operasi pada masa sebenar melalui iCargo akan membantu menyediakan maklumat yang boleh diambil tindakan yang akan meningkatkan dengan ketara penjanaan pendapatan dan juga kecekapan operasi.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com.

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Transportation Licensing/marketing agreements