omniture

Huawei Tempa Nama sebagai Peneraju dalam Platform Perkakasan Pusat Data untuk SDN

Huawei
2018-03-14 15:25 1046

SHENZHEN, China, 14 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan ia menempa nama sebagai Peneraju dalam laporan baharu "The Forrester Wave™: Hardware Platforms For Software-Defined Networking, Q1 2018" (Platform Perkakasan Untuk Perangkaian Tentuan Perisian, Suku Pertama 2018) yang diterbitkan oleh Forrester Research, firma penyelidikan dan khidmat nasihat industri teknologi yang terkemuka. Ini merupakan kali pertama Forrester Research menilai platform perkakasan pusat data untuk perangkaian tentuan perisian (SDN) dan melibatkan sembilan penggiat dalam industri. Menurut laporan ini, suis bersiri CloudEngine, komponen utama dalam Penyelesaian CloudFabric Huawei, mendapat skor tertinggi dalam kategori strategi produk dan skor ketiga tertinggi dalam kategori-kategori penawaran semasa dan kehadiran pasaran. Kami percaya ini merupakan bukti untuk Huawei menjadi peneraju global dalam rangkaian pusat data.

Ahli-ahli profesional infrastruktur dan operasi daripada sejumlah perusahaan yang semakin bertambah menggunakan platform perkakasan pusat data untuk SDN bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan juga tahap kecekapan perkhidmatan. Platform perkakasan dijangka dapat memenuhi keperluan perusahaan untuk pelbagai fasa evolusi bermula daripada pusat data tradisional kepada awan persendirian dan awan hibrid. Ini bermakna platform perkakasan hendaklah bersifat terbuka dan anjal serta mampu berkembang sepanjang 5 hingga 7 tahun akan datang.

Suis bersiri CloudEngine Huawei menyediakan portfolio produk yang paling luas dalam industri dan seni bina yang seragam, terbuka dan boleh diatur cara, yang mendayakan evolusi lancar daripada rangkaian pusat data tradisional kepada SDN dan berbilang awan. Selain itu, ia menyediakan API standard untuk berkolaborasi dengan platform pengkomputeran pihak ketiga, pengawal dan instrumen pengurusan berautomasi bagi memenuhi kehendak pelanggan yang anjal selain menyediakan keupayaan penerimaan bersepadu yang matang.

Forrester Research mengiktiraf sepenuhnya kedudukan pasaran Huawei dalam laporan tersebut, dengan menyatakan: "Huawei, selaku vendor perangkaian paling pesat berkembang menurut penilaian kami, … mempunyai salah satu portfolio perangkaian data terbesar dan mengekalkan bahagian pasaran perangkaian yang terbesar di China, selain mempunyai kehadiran kukuh di Afrika, Asia, Eropah dan juga Amerika Selatan."

Zhong Kaisheng, Presiden Barisan Produk Get Laluan Suis & Perusahaan Huawei berkata: "Kami berasa bangga apabila Forrester Research meletakkan Huawei sebagai Peneraju dalam platform perkakasan pusat data untuk SDN. Suis bersiri CloudEngine Huawei diiktiraf oleh pasaran atas kapasiti pensuisannya yang utama dalam industri selain sifat keterbukaan dan kebolehskalaan yang sangat baik. Pada masa depan, Huawei akan membantu perusahaan-perusahaan membangunkan rangkaian dipacu hasrat menerusi lebih banyak keupayaan pengutomatan dan kecerdasan, lantas memudahkan pencapaian kejayaan perniagaan mereka."

Sejak dilancarkan pada tahun 2012, Penyelesaian CloudFabric Huawei dan suis bersiri CloudEngine telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh dan membangunkan banyak amalan komersial menerusi platform rangkaian generasi seterusnya yang terkemuka dalam industri-industri seperti penyedia perkhidmatan awan, kewangan, media & hiburan serta pembawa telekomunikasi. CloudFabric Huawei digunakan oleh lebih 2,800 perusahaan di lebih 120 negara.

Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian CloudFabric Huawei, sila layari http://e.huawei.com/go/cloudfabric.

Hubungi:
Kiara Kang  
No. Telefon: +86 10 82829670   
Kangran@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research