omniture

Pilatus Clinical Services - Subsidiari Jerman PCS GMBH Dianugerah Sijil WDL & GDP

Pilatus Clinical Services
2018-03-14 17:17 1119

LONDON, 14 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada rancangan berterusan Pilatus Clinical Services untuk mengukuhkan kedudukannya di Eropah dan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mewujudkan jejak Globalnya, syarikat mengumumkan bahawa berikutan pemeriksaan yang dibuat baru-baru ini oleh pihak berkuasa kawal selia Jerman, kemudahan-kemudahan Jerman di Brandenburg dianugerahkan dengan Sijil WDL/GDP.

Pengarah Urusan, Philipp Hofmann berkata, "Kami telah mula berkhidmat dan berdagang sejak 4 April 2017, namun penting untuk kami bersiap sedia agar berada dalam kedudukan yang membolehkan kami beroperasi menerusi Sijil WDL/GDP ini. Saya berbangga dengan dedikasi yang diberikan oleh pasukan bagi memastikan kami mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kawal selia dengan begitu pantas."

Ini benar-benar akan dapat mengukuhkan kedudukan Pilatus Clinical Services di Eropah dan meningkatkan aksesnya kepada pengeluar serta pembekal di Eropah, bagi mengubah perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggannya.

Dengan Brexit yang semakin menghampiri, usaha ini akan dapat mengurangkan sebarang risiko pendedahan kepada Pilatus Clinical Services dan Pelanggan kami.

Pengurusan rantaian bekalan hujung-ke-hujung, agar anda tidak perlu bimbang tentangnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pilatus Clinical Services, sila kunjungi laman sesawang kami di http://www.pilatusclinicalservices.com/

Butiran perhubungan untuk PCS GMBH:
+49-3328-428-9909
p.hofmann@pilatuscs.com
http://www.pcs-deutschland.com
PCS GmbH, Mahlowerstr. 249, 14513 Teltow,
Amtsgericht Potsdam| HRB 30039 P | USt-IdNr. DE312595524

Sumber: Pilatus Clinical Services

 

 

 

Source: Pilatus Clinical Services
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion