omniture

Undian Wanita: Botak Tidak Seksi

Eksperiman Sosial Mendedahkan Bahawa Wanita Yang Mencari Cinta Di Laman Temu Janji Dalam Talian Lebih Tertarik Kepada Lelaki Yang Berambut Berbanding Dengan Lelaki Yang Rambutnya Semakin Berkurang Atau Botak.
Alpecin Malaysia
2018-03-15 09:00 890

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Satu eksperimen sosial yang dijalankan oleh Alpecin, jenama penjagaan rambut lelaki nombor 1 Jerman*, telah mendedahkan bahawa 2 daripada 3 wanita Malaysia di Paktor (aplikasi temu janji dalam talian) lebih berkemungkinan terus tertarik dengan lelaki yang masih berambut lebat.

The profile showing the man with a full head of hair received 2,260 right swipes compared to 1,160 received for the image showing him with thinning and receding hair.
The profile showing the man with a full head of hair received 2,260 right swipes compared to 1,160 received for the image showing him with thinning and receding hair.

Dalam eksperimen dua minggu, dua profil orang yang sama telah diposkan di laman temu janji dalam talian. Seorang yang menunjukkan penipisan rambus di bahagian atas kepala dan seorang lagi dengan kepala rambut penuh. Kedua-dua profil menyatakan bahawa dia sedang mencari cinta sebagai seorang doktor perubatan berusia 28 tahun yang mengasihi haiwan, pegemar gim dan aktiviti mencabar dan peminat kulinari.

Perkara ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana pekerjaan sebagai doktor, seringkali dianggap sebagai pekerjaan yang paling menarik bagi seorang lelaki. Eksperimen sosial ini seterusnya menggambarkan bahawa dalam dunia temu janji dalam talian, gambar seseorang jauh lebih penting daripada profil personaliti mereka.

Profil yang menunjukkan lelaki yang masih berambut menerima 2,260 leretan ke kanan berbanding 1,160 yang diterima oleh profil yang menunjukkan rambut semakin menipis.

Penemuan dengan lebih lanjut dari kalkulator Alpecin kebotakan adalah 1 dari 5 lelaki Malaysia berisiko menjadi botak pada usia 40 tahun. Ini kerana bukan sahaja kehilangan rambut akibat keturunan tetapi juga faktor penyumbang lain seperti tekanan hidup dan diet yang tidak seimbang. Di samping itu, 31% lelaki Malaysia melihat permulaan kekurangan rambut sebelum umur 40 tahun.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180312/2077420-2

Source: Alpecin Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Survey, Polls & Research