TAMPA, Florida, 15 Mac 2018 /PRNewswire/ -- David "The Bullet" Smith memecah gelaran GUINNESS WORLD RECORDS beliau bagi Jarak Perjalanan Terjauh sebagai Peluru Meriam Manusia sempena pelancaran permainan Xbox yang seterusnya, Sea of Thieves.
David dilancarkan setinggi 195 kaki ke udara yang keluar dari Pirate Blaster Xbox, sebuah meriam sepanjang 34 kaki di Stadium Raymond James, memecahkan gelaran GUINNESS WORLD RECORDS terdahulu milik beliau pada ketinggian 193.8 kaki. Pelancaran ke udara tersebut merupakan satu perjalanan yang hebat bagi David yang berada di udara kira-kira selama lima saat sebelum pemberhentian hentaman pada beg udara pendaratan. Para peminat mengikuti strim langsung ini melalui Mixer Xbox Channel, dan meninggalkan ulasan yang memberi dorongan kepada Dave sepanjang acara yang amat menyeronokkan dan interaktif ini.
Sea of Thieves akan mula disediakan pada 20 Mac ini sebagai sebahagian daripada Xbox Game Pass yang membolehkan peminat menggunakan meriam mereka sendiri bagi memusnahkan kapal musuh. Masukkan lanun anda ke dalam meriam, tujukan ke destinasi anda, nyalakan sumbu dan nikmati perjalanannya! Sea of Thieves kini tersedia untuk prapesanan di Microsoft Store dan membolehkan pemain mengalami dunia fantasi dan beraneka yang dipenuhi lanun, bahaya serta penemuan – semuanya dalam 4K dan HDR natif!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gelaran hebat yang mencatat rekod bagi permainan yang lain, sila baca buku Edisi Pemain Guinness World Records 2018.
Perhubungan Media: Erica Teller, 212-774-6829, eteller@endeavorco.com
Video - https://mma.prnewswire.com/media/654056/SOT_Human_Cannonball_Launch_Broll.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/654051/Sea_of_Thieves_Human_Cannonball_Launch_Xbox.jpg