omniture

JA Solar Terima Mohor PV Jenama Terbaik daripada EUPD Research Tiga Tahun Berturut-turut di Eropah

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-03-15 21:24 1019

BEIJING, 15 Mac 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO), salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk-produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia telah dianugerahkan "Mohor PV Jenama Terbaik 2018" daripada EuPD Research, sebuah firma penyelidikan dan khidmat runding pasaran antarabangsa yang terkemuka, buat kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2016.

EuPD Research begitu dikenali dalam industri fotovolta Eropah. Berdasarkan tinjauan komprehensif dalam kalangan syarikat pemasangan fotovolta dan pengguna akhir, EuPD Research menganugerahkan mohor kepada syarikat-syarikat cemerlang dalam seluruh industri. Keputusan tinjauan menunjukkan nilai rujukan yang mantap untuk pelanggan yang memilih produk-produk fotovolta berkualiti tinggi. Sebagai pemegang paten PERC, JA Solar menyediakan produk-produk berprestasi tinggi dan khidmat pelanggan cemerlang yang menarik dalam pasaran Eropah, selain mendapat reputasi yang kukuh dalam kalangan pelanggan Eropah.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar, mengulas, "JA Solar terus mengekalkan kedudukan utamanya dalam pasaran-pasaran Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom, Belanda, Switzerland dan Austria. Di samping itu, Syarikat menjadi salah satu rakan kongsi paling popular untuk pengedar dan pemasang bersaiz besar. JA Solar akan terus menaik taraf teknologi dan meningkatkan penyelesaian perkhidmatan, bagi menyediakan pelanggannya dengan modul solar berkeandalan tinggi dan juga perkhidmatan terunggul."

Latar Belakang JA Solar

Ditubuhkan pada tahun 2005, JA Solar komited untuk menyediakan modul-modul dengan kadar penukaran serta tahap keandalan tinggi dan produk-produk solar dengan kecekapan hasil yang tinggi. Dengan 11 kemudahan di serata dunia, syarikat menjalankan perniagaan di lebih 100 negara. Pada akhir tahun 2017, JA Solar mencatatkan penghantaran kumulatif melebihi 27GW, menyumbang sebanyak 10% daripada pasaran global.

Perhubungan Media:
Sun Xiaorui 
86-010-63611888 x1698 
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards