omniture

Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas Buka Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global Baharu PETRONAS di Turin

PETRONAS
2018-03-16 01:53 942

TURIN, Itali, 16 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Juara Dunia F1 empat kali, Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Valtteri Bottas, semalam meraikan pembukaan Pusat Penyelidikan & Teknologi (R&T) Global baharu PETRONAS yang bernilai $60 juta di Turin, Itali.

generated by system

Kedua-dua Juara Dunia itu turut serta bersama para tetamu dalam pratonton kemudahan canggih penaja utama Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, tempat di mana cecair teknikal yang memberikan kuasa kepada mereka dalam menyandang gelaran juara pemandu dan pembina sebanyak empat kali berturut-turut ini bakal dihasilkan di masa depan.

Acara ini menekankan usaha PETRONAS terhadap masa depan yang bertanggungjawab dan cekap tenaga, termasuk pembangunan produk untuk Mercedes W09 EQ Power+ berkuasa hibrid, yang akan direka bentuk, diuji dan diadun di Pusat R&T Global baharu berkenaan. Ia juga akan menjadi pusat bahan api untuk enjin kereta jalan raya generasi seterusnya yang menggunakan teknologi yang terbukti di trek perlumbaan.

Lewis Hamilton berkata: "Sudah bertahun-tahun kemudahan ini dibina, maka hebat rasanya apabila dapat merasai bagaimana kemudahan hebat ini berfungsi. PETRONAS ialah tonggak utama pasukan kami dan setiap kejayaan yang kami kecapi telah dicapai bersama-sama. Amat penting untuk meletakkan pencapaian yang dilakar oleh kami di trek perlumbaan ke dalam perspektif yang lebih luas, dan kemudahan baharu ini menonjolkan kekuatan teknologi yang merupakan aspek penting yang memberi kuasa kepada kereta-kereta kami."

Valtteri Bottas berkata: "Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global baharu PETRONAS berkisar pada pembangunan penyelesaian teknologi baharu yang akan membawa kami melangkah lebih jauh, dan membantu kami melaksanakannya dengan tahap kesedaran terhadap tanggungjawab kami untuk menggunakan tenaga dengan cara yang cekap dengan lebih baik."

"Sebagai sebuah syarikat, kami berdedikasi untuk menggerakkan dunia dengan penyelesaian teknologi cecair yang lebih baik dan lebih cekap. Kejayaan kami dalam mencapai matlamat tersebut membawa kepada kejayaan yang dikecapi oleh pelanggan dan rakan kongsi kami, yang ditunjukkan menerusi rekod Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport bagi gelaran juara pembina dan pemandu sebanyak empat kali berturut-turut," kata Giuseppe D'Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS Lubricants International.

"Melalui F1, PETRONAS menonjolkan bahawa ia merupakan peneraju dunia dalam industri cecair global – kemudahan baharu ini memperlihatkan keluasan program pembangunan syarikat yang bercita-cita tinggi," kata Toto Wolff, Ketua Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport.

"Setelah mengunjungi kemudahan yang canggih ini dan bertemu dengan saintis-saintis berbakat yang bakal bekerja di sini, jelas sekali betapa komited pihak PETRONAS untuk melabur dalam masa depan yang lebih cerah melalui penyelidikan dan teknologi," tambah beliau.

"Sebagai sebuah pasukan perlumbaan, kami bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi-teknologi generasi seterusnya buat pengeluar automotif yang terkemuka di dunia – dan misi kami ditonjolkan menerusi Pusat R&T Global baharu PETRONAS."

 

Source: PETRONAS
Keywords: Oil/Energy Utilities New products/services