omniture

Penonton 2018 FIFA World Cup(TM) Boleh Keluar Dari Rusia Dengan FAN ID Elektronik

Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
2018-03-16 10:00 952

MOSCOW, 16 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia mengumumkan bahawa Undang-undang Persekutuan "Berkaitan persiapan dan penganjuran FIFA World Cup 2018™  dan Piala Konfederasi FIFA 2017 di Persekutuan Rusia serta pengenalan pindaan terhadap beberapa akta perundangan Persekutuan Rusia" telahpun disiarkan melalui laman sesawang rasmi Presiden Rusia (http://kremlin.ru/acts/news/57003).

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8290951-fan-id-2018-fifa-world-cup-exit-russia/

generated by system

Perubahan terhadap undang-undang tersebut mengambil kira tempoh kemasukan yang mungkin berlaku ke Persekutuan Rusia oleh pelancong yang merancang untuk menyeberangi sempadan persekutuan Rusia menggunakan FAN ID. Penonton dari luar negara dan warga tanpa kerakyatan boleh memasuki Rusia menggunakan FAN ID mereka dalam tempoh masa bermula 10 hari sebelum tarikh perlawanan pertama dan berakhir pada tarikh perlawanan akhir, iaitu, kemasukan ke Rusia menggunakan FAN ID dibolehkan mulai 4 Jun hingga 15 Julai 2018. Pemegang FAN ID hendaklah meninggalkan negara ini sebelum 25 Julai 2018. Penonton asing dan warga tanpa kerakyatan juga boleh meninggalkan Rusia menggunakan FAN ID sama ada dalam bentuk berlamina atau format elektronik sekiranya mereka mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

"FAN ID dalam bentuk elektronik ialah fail yang anda terima melalui mel setelah melengkapkan prosedur pengesahan FAN ID. Penonton asing boleh masuk dan keluar dari wilayah Rusia menggunakan format ini. Walau bagaimanapun, bagi mendapat akses ke stadium dan menyaksikan perlawanan, mereka perlu mendapatkan FAN ID dalam bentuk berlamina. Pusat Pengagihan FAN ID beroperasi di semua bandar tuan rumah. Penyerahan FAN ID di luar negara turut disediakan," kata Andrey Romankov, Timbalan Pengarah Jabatan Pelaksanaan Projek-projek Strategik, Kementerian Komunikasi dan Media Massa Persekutuan Rusia.

FAN ID ialah kad penonton peribadi yang merupakan sebahagian daripada sistem pengenalan peminat bola sepak.

Bagi mendapatkan FAN ID, seseorang perlu membuat permohonan di http://www.fan-id.ru/ atau mendaftar di Pusat Pengagihan FAN ID. Dengan fungsi gabungan bersama tiket perlawanan, FAN ID akan memastikan akses yang mudah dan pantas ke stadium. Anda boleh mendapatkan FAN ID di Pusat Pengagihan FAN ID di Rusia, pejabat-pejabat antarabangsa Rossotrudnichestvo, Pusat Permohonan Visa VFS di seluruh dunia atau memohon penghantaran melalui pos. 

Source: Ministry of Telecom and Mass Communications of the Russian Federation
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports