omniture

Telekom Malaysia Laksanakan AssistEdge untuk Tingkatkan Kecekapan dan Produktiviti

Infosys
2018-03-16 11:30 1073

BENGALURU, 16 Mac 2018 /PRNewswire/ -- EdgeVerve Systems, subsidiari milik penuh Infosys (NYSE: INFY), mengumumkan kejayaan pelaksanaan AssistEdge di Telekom Malaysia (TM), di bawah program OVAL (Susun Atur Aplikasi Satu Paparan). Telekom Malaysia ialah peneraju penumpuan negara tersebut dan penyedia perkhidmatan komunikasi tertumpu yang utama. AssistEdge daripada EdgeVerve Systems memainkan peranan penting dalam proses-proses pengautomatan, memacu kecekapan dan produktiviti melalui pusat-pusat khidmat pelanggan Telekom Malaysia dan mengurangkan purata masa pengendalian panggilan dengan ketara, seterusnya menghasilkan pengalaman pelanggan yang dipertingkat.

Sorotan Utama: 

  • Penyelesaian tersebut mendayakan papan pemuka tetingkap tunggal untuk semua aplikasi pusat hubungan bagi menjadikannya lebih mudah untuk ejen menavigasi sistem
  • AssistEdge membolehkan TM mengautomasikan semua data relevan yang diperlukan oleh ejen, oleh yang demikian mendayakan resolusi pertanyaan yang lebih pantas dan meningkatkan pengalaman pelanggan
  • Menerusi pelaksanaan ini, masa keseluruhan yang diperlukan untuk mengemas kini semua sistem dapat dikurangkan, oleh yang demikian meningkatkan produktiviti dan juga kecekapan operasi

Telekom Malaysia menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang komprehensif melalui jalur lebar, data dan talian tetap. Dengan AssistEdge, TM membawakan pengalaman pelanggan yang dipertingkat menerusi peningkatan kualiti khidmat pelanggan dan inovasi yang berterusan.

Nitesh Banga, Ahli Lembaga, EdgeVerve, berkata, "AssistEdge telahpun menjadi salah satu produk pengautomatan yang paling berjaya dalam pasaran dan sejumlah besar perusahaan global menggunakannya untuk beralih daripada pengautomatan deterministik kepada pengautomatan kognitif dengan jayanya. Kini kami terus bekerjasama dengan Telekom Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dan menyeragamkannya dalam saluran tradisional dan digital, dan kami berbesar hati kerana AssistEdge turut membantu mereka mengurangkan kos operasi dengan ketara."

Ahmad Nasri Mohamed, Naib Presiden, Transformasi Pengalaman Pelanggan, Telekom Malaysia, berkata, "TM menyasarkan untuk menjadi peneraju penumpuan, dan program OVAL, yang dikuasakan oleh AssistEdge membantu kami mewujudkan pengalaman pelanggan yang beraneka. Menerusi penyelesaian ini, kami yakin ejen-ejen kami berupaya menukarkan setiap perbualan menjadi hubungan, menggalakkan kami untuk mendorong kepuasan pelanggan dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi kami dengan mudah."

Latar Belakang EdgeVerve Systems Ltd 

EdgeVerve Systems, subsidiari milik penuh Infosys, membangunkan produk perisian yang inovatif dan menawarkannya di premis atau sebagai platform perniagaan dihoskan awan. Produk-produk kami membantu perniagaan-perniagaan menjalin hubungan yang lebih erat bersama pemegang kepentingan, memperkasa inovasi berterusan dan mempercepatkan pertumbuhan dalam dunia digital. Kami turut memperkasa pertumbuhan pelanggan kami dalam segmen-segmen yang pesat berkembang seperti perbankan, pemasaran digital, perdagangan interaktif, perdagangan pengedaran, perkhidmatan kredit, khidmat pelanggan serta pembelian perusahaan.

Hari ini, produk-produk EdgeVerve digunakan oleh syarikat-syarikat global melibatkan sektor perkhidmatan kewangan, insurans, peruncitan dan CPG, sains hayat, pengilangan dan juga telekomunikasi. Finacle, suit penyelesaian perbankan digital kami yang terkemuka dalam industri menjadi pilihan institusi-institusi kewangan merentasi 100 negara bagi menyediakan perkhidmatan kepada lebih satu bilion pengguna dan 1.3 bilion akaun.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://www.edgeverve.com.

Kenyataan Perlindungan Selamat 

Kenyataan-kenyataan tertentu dalam siaran akhbar ini berhubung prospek pertumbuhan masa depan kami merupakan kenyataan jangkaan berkenaan jangkaan perniagaan masa depan kami yang bertujuan untuk memenuhi 'kenyataan perlindungan selamat' menurut Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan. Risiko dan ketidaktentuan yang dikaitkan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidaktentuan berkaitan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar pertukaran mata wang asing, kemampuan kami mengurus proses pertumbuhan, persaingan yang sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang memberi kesan terhadap kelebihan kos kami, kenaikan gaji di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan ahli-ahli profesional yang berkemahiran tinggi, masa dan kos yang melebihi harga tetap, kontrak dalam tempoh masa yang tetap, penumpuan pelanggan, sekatan imigresen, penumpuan segmen industri, kemampuan untuk mengurus operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan terhadap teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk menyiapkan dan menyepadukan pengambilalihan yang berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk ganti rugi kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang menerima pelaburan strategik daripada Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, sekatan perundangan terhadap pengumpulan modal atau pengambilalihan syarikat di luar kawasan India, dan penggunaan tanpa izin harta intelek kami serta keadaan ekonomi umum yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko-risiko tambahan yang boleh menjejaskan keputusan operasi masa depan kami dinyatakan dengan lebih terperinci dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami dalam Borang 20-F bagi tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2017. Pemfailan ini tersedia di http://www.sec.gov. Infosys boleh, dari masa ke masa, membuat kenyataan jangkaan tambahan secara bertulis atau lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami untuk pihak pemegang saham. Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa mana-mana kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh siaran akhbar ini. Syarikat tidak mengambil tanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang mungkin dibuat dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Source: Infosys
Related Stocks:
NYSE:INFY
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Telecommunications Carriers and Services