omniture

Penyejuk Carrier AquaEdge(R) 19XR, 23XRV dan AquaForce(R) 30KA, 30XA, 30XB, 30XW serta 30HXC Sedia Ada dengan Penyelesaian Bahan Penyejuk Pemanasan Global Bertahap Lebih Rendah

Alat pendingin Carrier boleh digunakan dengan bahan penyejuk baharu selain daripada legasi R-134a
UTC Climate, Controls & Security
2018-03-16 14:00 839

SHANGHAI, 16 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Adalah menjadi sebahagian daripada komitmen Carrier Asia untuk menyokong  usaha ke arah langkah penyelesaian  penurunan tahap pemanasan global.  Alat pendingin "Centrifugal" AquaEdge® 19XR, "Screw" 23XRV, "Screw" AquaForce® 30KA/XA/XB dan "Screw"30XW/HXC yang kini mengunakan bahan penyejuk R-134a, juga boleh mengunakan  pelbagai pilihan bahan penyejuk yang berpotensi rendah dalam pemanasan global [global warming potential (GWP)]. Ini termasuklah HFO dan campuran seperti R450A dan R513A.

Carrier merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian pemanasan, penyamanan dan penyejukan berteknologi tinggi. Ia adalah sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security iaitu sebuah unit di bawah naungan United Technologies Corp. (NYSE: UTX).

Carrier mengumumkan empar penyejuk air AquaEdge(R) 19XR, penyejuk skru 23XRV dan penyejuk skru 30XV penyaman udara AquaForce(R) yang mampu beroperasi dengan kedua-dua legasi R-134a dan bahan penyejuk GWP bertahap lebih rendah seperti R450A dan HFO-513A.
Carrier mengumumkan empar penyejuk air AquaEdge(R) 19XR, penyejuk skru 23XRV dan penyejuk skru 30XV penyaman udara AquaForce(R) yang mampu beroperasi dengan kedua-dua legasi R-134a dan bahan penyejuk GWP bertahap lebih rendah seperti R450A dan HFO-513A.

Pelanggan kami yakin dengan kualiti, ketahanan dan penggunaan jangka masa panjang alat pendingin Carrier. Mereka pasti gembira apabila mengetahui alat pendingin AquaEdge® 19XR, 23XRV, AquaForce® 30KA/XA/XB dan 30XW/HXC kami boleh beralih dari penggunaan R-134a kepada pelbagai pilihan bahan penyejuk yang berpotensi rendah dalam pemanasan global ( GWP)  Ini termasuk HFO dan campuran seperti R450A dan R513A. Pada masa yang sama, kami akan terus berusaha dalam mencari alternatif bahan penyejuk  lain yang mempunyai tahap pemanasan global yang lebih rendah," kata Sanjeev Yadav, pengarah Strategi, Pemasaran dan Komunikasi, UTC Climate, Controls & Security, Asia Pasifik.

"Kami percaya R-134a akan  masih mudah diperolehi dengan kos yang berpatutan serta selamat digunakan  bagi tempoh yang lama pada masa akan datang. Kemampuan menukar penyejuk R-134a kepada bahan penyejuk lain dalam alat pendingin kami akan memberikan pilihan yang lebih luas kepada pemilik dan pengurus fasiliti bagi memastikan penggunaan alat pendingin sepanjang hayatnya," kata Yadav.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alat pendingin Carrier, sila hubungi pakar Carrier tempatan anda atau layari carrier.com/commercial.

Mengenai Carrier 

Diasaskan oleh pencipta penyaman udara moden, Carrier adalah peneraju dunia dalam pemanasan, penyelesaian penyamanan dan penyejukan yang berteknologi tinggi. Pakar Carrier menyediakan penyelesaian yang mampan, mengintegrasikan produk cekap tenaga, kawalan bangunan serta perkhidmatan tenaga untuk sektor kediaman, komersial, peruncitan, pengangkutan dan penyegaran makanan. Carrier adalah sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security, iaitu sebuah unit di bawah United Technologies Corp., yang merupakan pembekal unggul dalam industri aero-angkasa dan sistem bangunan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carrier.com atau ikuti @Carrier di Twitter.

ASHRAE® adalah jenama perkhidmatan berdaftar Persatuan Jurutera Pemanasan, Penyejukan dan Penyamanan Amerika, Inc  (American Society of Heating, Refrigerating and Air-Conditioning Engineers)

Hubungi:

Hor Mei Peng
+65 6410-0111
Meipeng.hor@utc.com

Gambar - https://photos.prnasia.com/prnh/20180212/2054651-1 

Source: UTC Climate, Controls & Security
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services