omniture

Laporan GEM Tunjuk Kebanyakan Usahawan Mulakan Perniagaan Kerana Peluang Bukan Keperluan

Global Entrepreneurship Research Association
2018-03-19 08:40 806

Global Enterpreneurship Monitor 2017/2018 (GEM) melaporkan bahawa tahap keusahawanan kekal stabil di seluruh dunia dan dikuasai oleh usahawan yang didorong peluang.

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 19 Mac 2018 /PRNewswire/ -- 74% usahawan yang kukuh di seluruh dunia telah memulakan perniagaan dalam usaha untuk mencari peluang dan bukannya keperluan – ini menurut Laporan Dunia Global Enterpreneurship Monitor (GEM) 2017/2018 yang dikeluarkan dalam bulan Februari bersama para penaja  Babson College, Universidad Del Desarrollo, Universiti Tun Abdul Razak, dan Yayasan Keusahawanan Korea.

"Sering terdapat salah tanggapan bahawa keperluan merupakan pendorong kebanyakan usahawan di rantau seperti Afrika dan Amerika Latin. Hakikatnya, peluang merupakan pendorong keusahawanan yang paling biasa di hampir setiap ekonomi yang kami tinjau dalam tahun 2017," ulas Mike Herrington Pengarah Eksekutif GEM. "Dapatan ini adalah konsisten – GEM telah memerhatikan corak yang stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini."

Lima puluh empat ekonomi mengambil bahagian dalam tinjauan tahunan GEM 2017/18, yang meliputi 68% penduduk dunia dan 86% KDNK dunia. Dalam tahun ke-19 berturut-turut, laporan ini terus berkhidmat sebagai kajian keusahawanan tunggal terbesar di dunia.

Menurut Laporan Dunia Global Enterpreneurship Monitor(GEM) 2017/18:  

Jumlah Aktiviti Keusahawanan Peringkat Awal (TEA) – yang mengukur usahawan keperluan dan peluang – adalah tertinggi di Amerika Latin dan Caribbean (LAC) di mana kurang daripada satu perlima orang dewasa yang bekerja terlibat dalam aktiviti keusahawanan peringkat awal. Kadar TEA adalah terendah di Eropah pada 8%.

Walaupun keusahawanan peluang yang didorong oleh penambahbaikan mendominasi dalam semua ekonomi kecuali India, ekonomi yang mempunyai tahap pembangunan ekonomi yang lebih tinggi pada umumnya melaporkan tahap keusahawanan yang didorong peluang dan tahap inovasi yang lebih tinggi (diukur oleh sejauh mana usahawan memperkenalkan produk-produk baharu yang tidak dikenali kepada semua atau sesetengah pelanggan dan ditawarkan oleh beberapa atau tiada pesaing). Bercakap tentang rantau, Amerika Utara mendahului indeks motivasi dalam tahun 2017/18 dengan 5.2 usahawan peluang yang didorong penambahbaikan untuk setiap usahawan yang didorong keperluan. Afrika melaporkan tahap terendah dengan nisbah hanya 1.5. Nisbah serantau lain dalam susunan menurun ialah: Eropah 3.4; Asia/Oceana 3.2; LAC 2.2.

Amerika Utara juga merupakan rantau dengan jumlah usahawan yang tertinggi (29.5%) yang dijangkakan akan mewujudkan enam atau lebih pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Rantau berprestasi terendah ialah Afrika di mana hanya 17% usahawan yang merancang untuk mewujudkan enam atau lebih pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

LAC, dan Amerika Utara, menunjukkan kadar tertinggi dalam keusahawanan wanita (17% dan 13%). Kedua-dua rantau ini juga mempunyai kadar tertinggi untuk keusahawanan belia (17% dan 14%). Kadar terendah untuk keusahawanan wanita dan belia juga didapati di Eropah (6% dan 7% masing-masing).

Pendesak hebat pembangunan dasar

Menurut Herrington, keusahawanan dan inovasi tetap menjadi pendesak utama untuk mewujudkan pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi, dan data GEM terus membuat sumbangan bernilai kepada penggubalan dasar di seluruh dunia.

GEM menjejaki 12 komponen ekosistem keusahawanan yang dianggap sebagai penyumbang penting dalam pembinaan persekitaran yang merangsang usahawan dan mereka yang mempunyai hasrat keusahawanan. Secara keseluruhannya, Amerika Utara mempunyai keadaan rangka kerja keusahawanan yang lebih kondusif dan Afrika yang paling kurang memberikan dorongan.

Perubahan dalam persekitaran untuk keusahawanan secara umumnya berlaku secara perlahan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda positif boleh dilihat bahawa di kalangan ekonomi yang didorong kecekapan dan inovasi yang turut serta dalam GEM pada tahun 2016 dan 2017, kebanyakan keadaan rangka kerja keusahawanan kekal hampir sama atau menunjukkan peningkatan yang kecil. Dalam kalangan 25 ekonomi yang didorong kecekapan, peningkatan kecil dapat dilihat dalam kewangan usahawan, dan dalam keadaan kerajaan dan pendidikan, dari tahun 2016 hingga 2017. Dasar-dasar dan program-program kerajaan menerima penarafan yang lebih tinggi dalam tahun 2017, serta pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah dan pasca-sekolah.

Untuk memuat turun Salinan Laporan Global GEM 2017/18 dengan butiran statistik setiap ekonomi dan purata serantau klik di sini.

Untuk sumber tambahan termasuk Ringkasan Eksekutif maklumat grafik dan pos media sosial layari: http://rothko.co.za/gem-global-report-2017-18/

Latar Belakang Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 

Global Enterpreneurship Monitor (GEM) telah dimulakan dalam tahun 1999 sebagai sebuah usaha sama Babson College dan London Business School. Bermula dengan penyertaan 10 ekonomi, projek ini telah berkembang dengan melibatkan 73 ekonomi dalam kaji selidiknya dalam tahun 2014. GEM adalah unik kerana, tidak seperti kebanyakan set data keusahawanan yang mengukur firma-firma yang lebih baharu dan lebih kecil, GEM mengkaji tingkah laku individu dari segi memulakan dan menguruskan perniagaan. Pasukan akademik GEM di setiap ekonomi yang mengambil bahagian ialah ahli kepada projek penyelidikan eksklusif yang menyediakan akses kepada pengetahuan kolektif beberapa penyelidik dan institusi terkemuka di dunia yang terlibat dalam penyelidikan keusahawanan. Ikuti GEM di Twitter.

Dikeluarkan oleh Rothko bagi pihak Global Entrepreneurship Monitor.

Untuk mengatur temubual sila hubungi Michelle Ford michelle@rothjo.co.za, +27-21-448-9457

Source: Global Entrepreneurship Research Association
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research Data Analytics