omniture

Hatton National Bank Beroperasi Dengan MoneyWare Custody dalam Usaha Jadi Kedai Sehenti untuk Pelanggan

Miles Software
2018-05-17 11:43 568

MUMBAI, India dan COLOMBO, Sri Lanka, 17 Mei 2018/PRNewswire/ -- Miles Software, pakar Teknologi Kewangan dalam pengurusan Kekayaan, Aset, Portfolio dan perniagaan Jagaan, hari ini mengumumkan Pengoperasian MoneyWare Custody di Hatton National bank, iaitu bank komersial sektor swasta ulung di Sri Lanka.

Baru-baru ini, Hatton National bank (HNB) melancarkan operasi jagaannya di negara ini bagi mengukuhkan keluasan produk dan penawaran perkhidmatan. Sebagai salah sebuah bank komersial swasta tempatan pertama terlibat dalam bidang Jagaan dan Pemegang Amanah memberikan bank satu platform untuk berada dalam kedudukan yang memberikan perkhidmatan khususnya pelanggan-pelanggan rentas sempadan yang menembusi pasaran modal Sri Lanka. 

En. Tyrone Hannan, Ketua –Perniagaan Jagaan dan Pemegang Amanah, menambah, "Pewujudan perniagaan Jagaan dan Pemegang Amanah mengukuhkan penawaran kami dan menjadi bukti komitmen HNB untuk menyediakan penyelesaian perbankan bertaraf dunia kepada pelanggannya. Kami menumpu pada penyelesaian yang tangkas, boleh diskala, anjal dan mempunyai seni bina moden bagi mengendalikan perkhidmatan pengurusan jagaan dan perakaunan dana. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukan Miles memberikan usaha 100% untuk mencapai peralihan pantas Pengoperasian."

En. Ruwan-bakmedeniya, Ketua Pegawai Maklumat, terus menambah, "Perubahan kedinamikan perniagaan dan rangka kerja hal jagaan yang rumit memerlukan kami untuk mematuhi piawaian global. Penting untuk mempunyai platform teknologi yang mengurus kitar hayat lengkap bagi hal jagaan global. MoneyWare Custody membolehkan kami melakukannya dengan ciri kefleksibelan dan kecanggihan sekaligus menyokong keperluan kami terhadap inovasi perniagaan." 

"Kami teruja untuk menerima HNB ke dalam senarai pelanggan jagaan kami yang semakin bertambah. Ia menjadi keutamaan tertinggi kami untuk bekerjasama dengan bank ulung HNB di Sri Lanka. HNB kini amat sesuai menjadi pengusaha serius dalam pasaran modal dengan menetapkan kedudukannya sebagai pengusaha tempatan dalam bidang perkhidmatan jagaan dan pemegang amanah," kata Milan Ganatra, Ketua Pegawai Eksekutif Miles Software.

Hatton National Bank: Bank komersial sektor swasta ulung yang beroperasi di Sri Lanka dengan 251 cawangan yang tersebar di seluruh pulau tersebut. Bank berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Asian Banker Magazine sebagai 'Bank Peruncitan Terbaik di Sri Lanka' sebanyak sembilan kali sejak tahun 2007 hingga 2016.

Miles Software: Pengusaha Teknologi Kewangan global dalam bidang pengurusan Kekayaan, Portfolio dan Aset. MoneyWare, produk kemegahan kami disenaraikan sebagai penyelesaian perbankan Persendirian #1 (IBS Sales League Tables 2016 dan 2017, IBS Intelligence, UK).

Perhubungan Media:
Nithya K. Mahesh
+91-8879239476
Nithya.mahesh@milessoft.com 

Sumber: Miles Software

Source: Miles Software
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology