omniture

Stenn International Perluas Program Modal untuk Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Dengan Kemudahan daripada Natixis

Stenn International Ltd
2018-07-26 11:58 2189

LONDON, 26 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Stenn International Ltd. ("Stenn"), penyedia bagi penyelesaian pembiayaan perdagangan dalam seluruh pasaran global, hari ini mengumumkan penutupan kemudahan pembiayaan senior dengan Natixis S.A. ("Natixis"). Dengan sasaran saiz sehingga $500 juta, kemudahan ini akan menyediakan kapasiti tambahan untuk Stenn memberikan penyelesaian modal kerja kepada pembekal dan pembeli yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Kemudahan Natixis, yang disokong oleh insurans pembiayaan perdagangan daripada syarikat insurans global AIG, menambah platform $300 juta yang dilancarkan oleh Stenn dan Crayhill Capital Management LP ("Crayhill") pada tahun 2016. Crayhill, sebuah firma pengurusan aset alternatif bertumpu kredit, memainkan peranan aktif dalam menjamin kemudahan Natixis dan terus menawarkan perkhidmatan sebagai rakan kongsi modal dan penasihat Stenn.

Pembiayaan senior kanan membolehkan Stenn untuk terus meluaskan penyelesaian pembiayaannya kepada pelanggan dan pasaran geografi tambahan yang kini kurang khidmatnya oleh pembiayaan bank tradisional. Stenn menyaksikan peningkatan permintaan terhadap pembiayaan jangka pendek yang fleksibel daripada pihak pembekal dan pembeli yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Program-program Steen menyediakan faedah aliran tunai kepada kedua-dua pihak dalam transaksi perdagangan rentas sempadan. Pembekal-pembekal dibayar serta merta apabila barangan dihantar, manakala pembeli berpeluang membayar pada kemudian hari. Stenn membiayai syarikat-syarikat daripada semua saiz merentasi pelbagai sektor industri. Pelanggan-pelanggan semasa melibatkan pemimpin global dalam segmen peruncitan, borong, pembuatan dan teknologi perindustrian.

"Mengambil kira peningkatan globalisasi rantaian bekalan, sekatan Basel III terhadap pembiayaan perdagangan dan peralihan global dalam peraturan tarif, bank-bank dipaksa mengehadkan penyertaan mereka dalam beberapa segmen pembiayaan perdagangan, seperti perdagangan antara ekonomi-ekonomi baru muncul dan maju," kata Greg Karpovsky dan Andrey Polevoy, Pengasas Bersama Stenn. "Ini mewujudkan jurang dalam pasaran yang mana Stenn, dengan sokongan Crayhill, Natixis dan AIG, berkedudukan baik untuk menjadi peneraju global."

"Stenn menyediakan modal kerja kepada semua jenis syarikat di seluruh dunia, bermula dengan syarikat besar kepada syarikat bersaiz sederhana dan lebih kecil yang tidak mendapat akses mencukupi kepada pembiayaan perdagangan rentas sempadan," kata Kerstin C. Braun, Presiden Stenn. "Dengan adanya kemudahan baharu ini, kami lebih bersiap sedia berbanding sebelum ini untuk merapatkan jurang pembiayaan ini."

"Kemudahan senior ini membolehkan Stenn untuk meneruskan kepimpinan globalnya dalam pasaran kurang khidmat untuk pembiayaan perdagangan antarabangsa," kata Josh Eaton, Rakan Pengurusan Crayhill. "Dengan pasukan berpengalamannya, sistem hujung-ke-hujung, kawalan pengurusan risiko dan program modal yang semakin luas ini, Stenn berkedudukan baik untuk menguasai bahagian pasaran dan menjadi pilihan utama untuk pembiayaan dalam kalangan pembekal pengguna dan barangan industri."

Emmanuel Issanchou, Ketua Kredit & Penyelesaian Berstruktur Global di Natixis menambah: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Stenn, Crayhill dan AIG untuk transaksi ini, yang konsisten dengan strategi membiayai penyahantaraan ekonomi kami yang semakin berkembang. Pengsekuritian berbilang bidang kuasa unik ini untuk dagangan belum terima rentas sempadan diwujudkan bagi menyokong pertumbuhan Stenn dengan memenuhi keperluan perniagaan khususnya. Kami berharap ia akan menandakan permulaan perkongsian yang berkembang pesat antara Natixis dan Stenn."

"Kami berbesar hati dapat menyediakan penyelesaian insurans pembiayaan perdagangan khusus untuk menyokong kemudahan senior Natixis dengan mitigasi risiko kredit Basel III dengan Natixis sebagai pembiaya dan struktur kerugian pertama yang cekap dengan kriteria kelayakan komprehensif untuk Stenn, membolehkannya memperluaskan pembiayaannya untuk perdagangan jangka pendek," kata Oliver Lambert, Pengarah AIG Trade Finance Ltd.

Untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran global, Stenn menambah kepimpinan kanan yang mempunyai pengalaman dalam pembiayaan perdagangan, peluasan kredit dan perniagaan, pelaburan dalam teknologi yang membolehkannya mengurus transaksi dengan pantas dan berkesan di samping mengawal risiko dan mengukuhkan kehadiran di negara-negara ekonomi utama di seluruh dunia agar dapat menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pembeli dan juga penjual.

Latar Belakang Stenn International Ltd. 
Stenn International Ltd. ialah penyedia pembiayaan perdagangan bukan bank yang berpangkalan di UK, mengkhusus dalam perdagangan rentas sempadan. Penyelesaian pembiayaan perdagangan Stenn adalah bersifat komprehensif dan dapat digabungkan untuk melindungi seluruh rantaian bekalan daripada pesanan belian kepada penyerahan barangan. Amalan-amalan inovatif membolehkan Stenn membiayai sektor-sektor dan kawasan geografi yang kini tidak mendapat perkhidmatan dalam perdagangan global. Syarikat beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai pejabat-pejabat di Los Angeles, Dallas, New York, London, Hamburg, Stuttgart, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Guangzhou dan Chongqing. Ketahui lebih lanjut di http://www.stenn.com

Perhubungan Media untuk Stenn International Ltd. 
Sue Hinton
sue.hinton@stenn.com 
+1-917-362-4518 

Latar Belakang Crayhill Capital Management LP 
Crayhill Capital Management LP ialah firma pengurusan aset alternatif yang berpangkalan di New York yang mengkhusus dalam peluang-peluang kredit persendirian berasaskan aset. Firma ini dilancarkan pada Ogos 2015 dan didaftarkan dengan SEC A.S. sebagai penasihat pelaburan. Crayhill berusaha untuk menyediakan penyelesaian modal melalui struktur pembiayaan yang disesuaikan, menumpu pada pasaran-pasaran di Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah. Strategi-strategi pelaburan berasaskan asetnya memanfaatkan kepakaran sektor yang mendalam dan hubungan yang terjalin dalam seluruh pasaran kewangan berstruktur dan kewangan khusus. Proses pelaburan Crayhill menumpu pada analisis asas terhadap cagaran digabungkan dengan penstrukturan aktif dengan memberi penekanan kepada perlindungan aset dan pemeliharaan modal. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.crayhill.com atau emelkan kepada info@crayhill.com.

Perhubungan Media untuk Crayhill Capital Management LP 
Zach Kouwe
Dukas Linden Public Relations
zkouwe@dlpr.com 
+1-646-808-3665

Latar Belakang Natixis 
Natixis ialah cabang perkhidmatan perbankan korporat dan pelaburan, pengurusan aset, insurans dan kewangan antarabangsa Groupe BPCE, kumpulan perbankan kedua terbesar di Perancis yang mempunyai seramai 31 juta pelanggan yang tersebar dalam dua jaringan perbankan jualan, iaitu Banque Populaire dan Caisse d'Epargne.

Menggaji lebih 21,000 kakitangan, Natixis mempunyai beberapa bidang kepakaran yang diaturkan ke dalam empat segmen perniagaan utama: Pengurusan Aset & Kekayaan, Perbankan Korporat & Pelaburan, Insurans dan Perkhidmatan Kewangan Khas.

Selaku pengusaha global, Natixis mempunyai kumpulan pelanggan syarikat, institusi kewangan dan pelabur institusinya sendiri selain kumpulan pelanggan individu, golongan profesional dan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana daripada jaringan perbankan Groupe BPCE.

Tersenarai dalam bursa saham Paris, ia mempunyai asas kewangan yang kukuh dengan modal CET1 di bawah Basel 3[(1)] sebanyak €11.7 bilion, Nisbah Basel 3 CET1 [(1)] sebanyak 10.7 % dan penarafan jangka panjang berkualiti (Standard & Poor's: A / Moody's: A1 / Fitch Ratings: A).

[(1)] Berdasarkan peraturan CRR-CRD4 seperti yang dilaporkan pada 26 Jun 2013, termasuk kompromi Denmark tanpa pengenalan secara berperingkat-peringkat.

Angka-angka setakat 31 Mac 2018 

Perhubungan Media untuk Natixis 
Sarah Whitehead 
sarah.whitehead@moorgategroup.com 
+44(0)-20-7377-4991    

Latar Belakang AIG 
American International Group, Inc. (AIG) ialah organisasi insurans global yang terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 1919, hari ini syarikat-syarikat ahli AIG menyediakan pelbagai jenis insurans harta dan kemalangan, insurans nyawa, produk persaraan dan perkhidmatan kewangan lain kepada pelanggan di lebih 80 negara dan bidang kuasa. Kepelbagaian tawaran ini termasuk produk dan perkhidmatan yang membantu syarikat dan individu melindungi aset mereka, mengurus risiko dan memperuntukkan jaminan persaraan. Saham biasa AIG tersenarai dalam Bursa Saham New York dan Bursa Saham Tokyo.

Maklumat tambahan mengenai AIG boleh didapati di at http://www.aig.com | YouTube: http://www.youtube.com/aig | Twitter: @AIGinsurance http://www.twitter.com/AIGinsurance | LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/aig. Rujukan ini berserta maklumat tambahan mengenai AIG disediakan sebagai kemudahan dan maklumat yang terkandung dalam laman sesawang berkenaan tidak dimasukkan oleh rujukan dalam siaran akhbar ini.

AIG ialah nama pemasaran untuk operasi-operasi insurans harta-kemalangan, nyawa dan persaraan, insurans umum seluruh dunia daripada American International Group, Inc. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman sesawang kami di http://www.aig.com. Semua produk dan perkhidmatan ditulis atau disediakan oleh subsidiari-subsidiari atau rakan-rakan sekutu American International Group, Inc. Produk atau perkhidmatan mungkin tidak disediakan di semua negara dan perlindungan adalah tertakluk kepada bahasa polisi sebenar. Produk dan perkhidmatan bukan insurans mungkin disediakan oleh pihak ketiga yang bebas. Perlindungan harta-kemalangan tertentu mungkin disediakan oleh syarikat insurans lini surplus. Syarikat insurans lini surplus biasanya tidak mengambil bahagian dalam dana jaminan negeri dan dengan itu, pihak yang diinsuranskan tidak dilindungi oleh dana-dana sedemikian.

Source: Stenn International Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Contracts